"Alahai Si Belang Alahai Si Kayu"
Kambing Jamnapari dari India dah pun Si Belang rasa...dagingnya masih terselit lagi digigi...memang saja Si Belang biarkan kerana bukan selalu dia dapat rasa daging kambing jamnapari ni
Akan tetapi, tahun ini saja dah 2 tahun Si Belang rasa...mungkin rezekinya menjadi tahun ni...banyak haiwan yang dapat diratahnya hidup-hidup tak seperti tahun-tahun sudah, terpaksa mengikat perut
Si Mata Sepet, Si Belang dah pun jamah...walaupun itu jajahan kepunyaan si mata sepet...Si Belang langsung tak peduli kerana ada perut yang perlu di isi
Gigi dah cukup tajam?...taring dah cukup panjang?...kuku dah cukup mencengkam?...ngauman dah cukup nyaring?
Pening juga kalau difikirkan...tapi setakat ini Si Belang belum pernah lagi melangkah kaki sejauh ini...ke hutan belantara yang hanya ada satu pesaing, dengan berbekalkan kayu ditangan
4 tahun lalu Si Belang tak mampu melangkah sejauh ini...mungkin ketika itu Si Belang belum cukup matang, hanyalah seekor harimau muda yang baru belajar berjalan betul
Dah alang-alang sampai sejauh ini, takkan Si Belang nak pulang dengan tangan kosong...mesti ada mangsa yang perlu dibaham...atau dia yang kena baham?
35 minit + 35 minit = 70 minit...siapa pun tahu nak jawab soalan ini...tapi Si Belang lagi tahu jawapannya
5 minit awal & 5 minit terakhir dah boleh atasi ke? Bukankah itu kelemahan Si Belang?
Yang kuning ataupun yang kuning seakan-akan pudar yang Si Belang mahu?...tentulah yang kuning sama seperti warna badan Si Belang...kaum-kaum Si Belang semua mahukan yang kuning
Harap-harap dapatlah merasa daging biri-biri dari gigit jari sendiri macam mambang mabuk minum brandi...Si Belang boleh punya!
Kalau tak boleh macam mana?...nak pukul Si Belang dengan kayu?
Taklah sampai macam tu sekali...tapi teringin sangat nak lihat Si Belang tumpaskan mangsa dengan kayu bukan dengan gigitan atau terkaman...beduk Si Biri-biri dengan kayu...hayun kuat-kuat sampai dia mengaduh
Bukan senang Si Belang kamu nak sampai sini...buatlah yang terbaek demi bangsa Si Belang
*nota kaki berbau : suka makan BBQ daging kambing biri-biri dari Pakistan cicah sambal belacan bersama budu
0 KOMEN:
Post a Comment