17 November 2010

TEMBOK PUAKA 7 KETURUNAN


Tembok Puaka 7 Keturunan
Madu dihirup racun kau tinggalkan
Anak cucumu kini hidup bergelendangan
Musuh seteru hidup berpeleseran
Nyawa dan tubuh jadi taruhan
Akibat tamak hasutan syaitan
Ajaran agama semua kau lupakan
Kimak bak babi persundalan
Caci dan maki jadi hamburan
Buat insan hilang pedoman

Usiamu kian menjamah 30an
Sesen harta tak jadi tinggalan
Motor pusaka jadi sandaran
Kian dimamah karat-karatan
Tiada lagi kilau-kilauan
Tercicir jauh zaman kegemilangan
Akibat sakit menimpa tuan
Musibah melanda berterus-terusan

Rakan taulan berkejar-kejaran
Mengumpul harta dan kekayaan
Engkau disini terkulai kehinaan
Apakan daya tiada kekuatan
Hanya mengharap belas kasihan
Dikala tubuh sedang kelemahan
Menghambur-hambur peluang pekerjaan
Namun tak jua mampu kau kerjakan
Babak malang berterus-terusan
Bak rembulan yang sedang kesiangan

Hidupmu kini hanya anganan
Apa dirancang tinggal impian
Kekasihmu nun jauh kejauhan
Hanya mengharap belas dan ehsan
Agar sihat insan pilihan
Namun tak tercapai dek kesihatan

Hidup bergantung ubat-ubatan
Tak satu pun berkuasa menyembuhkan
Takdir yang Esa terus menentukan
Umpama roda sedang berputaran
Baik buruk jadikan teladan
Akal fikiran jadi sempadan
Zikir Al-quran jadi peneman
Dikala hidup menuju kesesatan

Hidung bernafas tiada kebebasan
Lubang rongga seakan sekatan
Oksigen umpama meminta bayaran
Bernafaslah insan penuh kepenatan
Mulut terkaku tiada percakapan
Bibir longlai cuba digerakkan
Mujur pandai berisyarat tangan
Malang tak ramai yang berkemahiran
Kaki melangkah penuh kelesuan
Bahu seakan memikul beban
Perut umpama bunting 5 bulan
Itulah tanda gangguan si setan

Tubuhmu diusung dek ambulan
Kerna sakit tiada pertimbangan
Dada meraung mencari pernafasan
Derita kau tanggung tiada tertahan
Hati memekik jerit-jeritan
Memamah jiwa tanpa perasaan
Episod duka yang tak berkesudahan
Hidupmu kini kian tertekan

Dibantu doktor dan pembantu perubatan
Maka bermulalah kaedah rawatan
Penyakit kronik tidak dikesan
Menanti engkau penuh kehampaan
Jiwa dan mental yang dipersalahkan
Ayah ibu tertunduk kebisuan

Bomoh dan ustad habis di ikhtiarkan
Penawar syifa tiada kemunculan
Mungkin belum tiba keserasian
Si malang menanti penuh pengharapan
Mencari ubat pelbagai rintangan
Pawang bomoh ada yang beralasan
Mungkin sesuatu cuba di elakkan
Hingga kini jadi persoalan

Pantang dan larang jadi makanan
Hampir semua tak boleh kau telan
Namun gering tiada perubahan
Menanti cuma menara kesakitan
Wang dan masa jadi taruhan
Hingga mencecah ribu-ribuan
Penawar dicari utara ke selatan
Sampai kapan tiada jawapan

Wahai insan bernama Borhan
Jangan sakit dijadikan alasan
Walau bergenang air mata sesalan
Itu bukan jadi ukuran
Sekadar menguji darjat dan keimanan
Agar tak dibuai dek kesenangan
Alang-alang berseluk tangan
Biar sampai ke pangkal lengan
Itulah ia kata bidalan
Menjadi semangat sebagai bekalan

Dirimu hanya seorang insan
Tak lari dari segala ujian
Bukan kau pinta tercampak ke lautan
Kerna kau tak daya bersendirian
Apatah lagi berenang ketepian
Ini bukan sekadar bualan
Jauh sekali sebagai omongan
Semat di hati jadikan coretan
Bukan persoalan atau pertanyaan
Nantikanlah kau zaman kebangkitan...

Hasil nukilan : acahia kapinatodongok buat seorang sahabat 'Si Borhan'


Ini bukan 'tembok puaka'...tapi dibuat oleh 'si puaka' yang suka curi & merampas tanah orang, lepas tu mengaku dia punya...dah kau kepung orang tu dengan tembok macam mana orang tu nak hidup puaka!

Inilah dia sebenar-benar puaka dalam dunia...tembok ini wajib kita runtuhkan...Ayuh!



Tembok yang dipercayai boleh di lihat dari bulan iaitu 'Tembok Besar China'...panjangnya kira-kira 6400 km...dibina pada zaman Dinasti Ming untuk mempertahankan negara China daripada serangan Puak Mongol dan Turkik

Ia juga digelar sebagai 'kubur terpanjang di dunia' kerana ramai yang telah mati terkorban semasa membinanya






Tembok Berlin...tembok yang memisahkan di antara Jerman Barat & Jerman Timur...teringat kembali sejarah pada tahun 1990, dimana pasukan Jerman menjulang piala dunia yang pada ketika itu dikenali sebagai West Germany...minat sangat dengan jersi pasukan Jerman pada masa tu



Tembok Penjara Pudu...yang kini hanya tinggal kenangan setelah dirobohkan pada tahun 2010...aku kenal dengan salah seorang banduan yang terlibat dalam melukis mural tembok ni...dah meninggal pun orang tu...tembok penjara inilah yang memisahkan para banduan dengan dunia luar



Tembok Ratapan...sebuah tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim...ia adalah sisa dinding Bait Suci di Jerusalem..panjang tembok yang aslinya adalah sekitar 485 meter dan sekarang yang tinggal hanyalah sepanjang 60 meter

Orang yahudi percaya bahawa tembok ini takkan hancur kerana di situlah tinggalnya 'Shekhinah' (kehadiran Illahi)...maksudnya berdoa kat situ sama ertinya berdoa kepada tuhan

Tembok ini dulunya dikenali sebagai 'Tembok Barat' tetapi kini disebut 'Tembok Ratapan' kerana disitu orang-orang Yahudi meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan...merataplah mereka puas-puas

Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang di tulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu...tak tahulah siapa yang nak baca

Bagi umat Muslim pula dinding ini merupakan sebahagian daripada dasar Masjid Al-Aqsa dan Masjidil Omar serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa 'Isra & Mikraj' dengan menaiki kenderaan 'Buraq'



Tembok Zulkarnain...

Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Ya'juj & Ma'juj telah membuat kerosakan di bumi, maka engkau binalah satu tembok pembatas antara kami dan mereka (Surah Al-Kahfi 18:94)



Tembok Contengan @ Grafitti...orang yang suka conteng tembok serta menunjukkan skill mereka samada secara legal ataupun secara vandalisme...tapi kadang-kadang contengan grafitti secara illegal tu cantik gak ek? cuma tak kena pada tempatnya








Tembok Luahan Perasaan...orang yang suka meluahkan perasaan pada tembok...ada luahan yang positif tapi ada gak yang negatif

Bagi luahan yang negatif tu, maybe si penconteng mengalami masalah gangguan jiwa atau jiwa kacau yang perlukan rawatan dengan kadar segera agar terselamat tembok-tembok yang lain







Tembok Tandas Awam...apa motifnya tulis macam ni?

" Dasar pelacur tandas yang mahu menjaja diri di tembok tandas!! "

Inilah agaknya perangai si muka tembok yang malu nak tunjukkan muka tapi berselindung di sebalik tembok dengan perangai yang buruk semacam beruk yang dah lama terperuk di hutan ceruk, hidupnya sekadar menyibuk sampai gunakan tandas pun lupa nak cebok...dasar jantan/betina terkutuk lebih baik kau di buat jeruk di makan oleh si babi tonyok




Muka Tembok...perumpamaan bagi orang yang tak tahu malu...dah berkali-kali di tegur tapi still buat benda yang sama tanpa perasaan bersalah...buat donno jek...apa punya jenis manusia ni

*muka di atas hanyalah sekadar hiasan



Tembok Rumah Aku...tembok yang telah diconteng oleh anak-anak buah...hope dah besar nanti mereka jadi pelukis yang disegani seperti Leornado da Vinci atau Van Gough bukan kaki conteng tembok pada dinding-dinding tandas awam @ kaki vandalisme yang tak bertamadun


* nota kaki berbau : seringkali menatap dan merenung tembok jamban untuk mencari idea & mood di pagi hari sebelum memulakan tugasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...