28 November 2010

LELAKI JAHAT WANITA PUN JAHAT


Image By Mr.Google

"Lelaki Suci + Wanita Suci = Dajjal Suci?"

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26

Ambil cermin dan cuba nilai diri anda sendiri...

Adakah anda tergolong dalam golongan orang-orang yang baik?...atau sederhana baik? ataupun tak baik langsung?

Adakah pasangan anda sekarang ini adalah seorang yang boleh dikategorikan sebagai orang yang baik-baik?

"Nama saya Habibah...saya baik, tapi kenapa saya dapat lelaki yang tak berapa nak baik? Selalu pukul saya, selalu marah saya & lagi teruk lagi sekarang dia telah menduakan saya? Tak fahamlah dengan perangai lelaki ni!...geramlah saya!" (hentak-hentak meja sambil mengetap bibir)

Bertenang...cuba baca semula petikan ayat tersebut & fahamkan baik-baik...ada perkataan 'kebiasaannya'... yang antara lain bermaksud; bukan semua wanita yang baik akan dapat lelaki yang baik...begitu juga sebaliknya tak semestinya lelaki yang baik akan dapat wanita yang baik

Mungkin itu adalah salah satu ujian dari Allah Taala untuk menguji sejauh manakah kesabaran hambanya dalam menghadapi ujian hidup...kalau kita tabah & berjaya mengatasinya, maka kita dianggap sebagai orang yang berjaya dalam hidup

Siapa agaknya yang boleh judge anda samada anda seorang yang baik atau tak baik? Diri sendiri ataupun orang lain?

Kalau kita judge diri sendiri dah macam masuk bakul & angkat sendiri...boleh ker kita dah masuk dalam bakul lepas tu nak angkat sendiri?...tak bolehlah aku dah cuba banyak kali...pandai gak orang yang cipta perumpamaan macam ni...maybe dia pun dah cuba buat eksperimen ni dulu sebelum buat perumpamaan tu

So, yang boleh cakap kita baik ialah orang-orang yang berada disekeliling kita...merekalah yang lebih mengenali diri kita kerana ada benda yang diri sendiri tak perasan, tapi bila orang lain tegur barulah kita perasan...tapi kadang-kadang penilaian orang terhadap diri kita tak selalunya betul

Bak kata bidalan orang puteh yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu "Jangan menilai sesuatu buku itu melalui kulitnya"

Kadang-kadang cover buku memang menarik penuh warna-warni, kulit tebal 5 inci, tajuk bukan main lagi, tapi bila tengok isinya hampeh langsung takde bahan ilmiah & bosan untuk dibaca... penuh dengan cerita-cerita sampah

Lihatlah majalah-majalah hiburan yang ada dipasaran sekarang...cover majalah yang ada gambar gadis or artis yang seksi-seksi sure laku macam goreng pisang yang baru digoreng...berbeza kalau cover majalah yang ada gambar masjid atau perempuan yang pakai tudung memang payah nak laku

Padahal, isi yang ada dalam majalah yang laku tu bukannya bagus pun...tak banyak sangat info yang berguna...balik-balik cerita yang sama yang kita dah boleh hafal & kalau ada modal boleh keluarkan majalah sendiri dengan cerita-cerita yang sama

Baik itu apa? Terbaik? Berbaik? Sebaik? Baiklah?

Baik itu adalah sesuatu yang subjektif, bukannya objektif yang dah tersedia pelbagai pilihan jawapan either A,B,C atu D...cuma perlu bulatkan saja jawapan dalam kertas jawapan OMR

Kepada Habibah, "Adakah anda benar-benar seorang wanita yang baik a.k.a solehah?"

Ada orang yang luarnya nampak baik tapi dalamnya hancur, hitam legam, bangkai, busuk hati, dengki, khianat, riak, takabbur, ujub dan segala penyakit hati yang lain...ingat hati ingatlah Al-Jabbar (macam yang tertulis dalam iklan surat khabar Metro)

Ada jugak orang yang sekali kita pandang macam jahat...tengok muka macam 'Jebon' tapi perangai macam 'Cik Embon' yang penuh dengan sopan santun, berbudi pekerti serta berhati mulia

Ada yang muka hensem macam 'James Bond' tapi sebenarnya berlakon macam seorang lelaki yang budiman, dibelakang perangai macam orang yang kurang siuman...perangai yang sebenarnya mengalahkan 'baboon' buntut merah yang ada dalam kurungan

Ramai yang tertipu & terpedaya dengan orang lelaki yang semacam ini...kalau tak takdelah ramai wanita yang jadi 'keldai dadah'

"Mana nak cari orang yang betul-betul baik?...ada lagi ke orang yang macam tu kat dunia ni atau dah pupus? Nobody perfectlah even Mr. Perfect pun kadang-kadang kalah dalam wrestling dengan Mr. Ultimate Warrior"

Ada kalau kita rajin cari & selalu berdoa untuk dapatkan yang terbaik...kalau nak dapatkan orang yang baik-baik kita kenalah cari kat tempat yang baik-baik & elok-elok...kalau selalu pergi tempat yang tak baik memanglah jawapannya terbalik bukannya terbaik

“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.” – Riwayat Ahmad

Carilah seseorang yang apabila saja memandang wajahnya boleh membuatkan kita tersenyum ceria seperti pelangi...senang cerita bila pandang hati jadi sejuk, jiwa jadi tenang & hidup jadi indah...tapi harus diingat, "Dunia itu adalah satu kenikmatan & sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah"

*nota kaki berbau :
Saya tak baik, tapi saya cuba jadi yang terbaik dikalangan orang yang baik-baik, baik dari segi perbuatan mahupun baik dalam percakapan, berbaik-baiklah sesama kita, doakan yang terbaik untuk saya, baik sungguh hati kamu, jalan baik-baik ya, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan jagalah ia sebaik mungkin, baiklah saya undur diri sekarang...baik baik baik

10 KOMEN:

Hairun Azmi said...[Mari Balas Komen Ini]

Saya berusaha untuk menjadi orang baik...

Persib Bandung nak beli Safee Sali

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Miecyber...tahniah!

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...[Mari Balas Komen Ini]

nobodys perfect but kita boleh berusaha untuk menjadi baikk..tq for da info!! likeee!!

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

nak jadi baek lah :D

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@syrupmasin...skrg pun dah baek cuma perlu teruskn jd org yg terbaek...hoho

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

aku pon dok usaha gak ni nk jd lelaki yg baik :p

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@HARITH ISKANDAR...baguslh camtu ada cita-cita...dh dpt pahala tu wlupun baru berniat...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@HARITH ISKANDAR...baguslh camtu ada cita-cita...dh dpt pahala tu wlupun baru berniat...

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Salam.., hai OdahOne.. maaf sekadar menegur cara u membuat tafsiran sendiri atas surah an nur dan hadis ..., sewajarnya u refer someone yg ade pengetahuan tentang tafsir bukan sekadar terjemahan bahasa shj..

Sekian..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Anonymous...wsalam...ok thanx sbb tlg tegur...xde niat pun nk tafsir surah an-nur or hadis nabi coz mmg xlayak pun nk buat tfsiran sbb cetek ilmu agama...just jdkn pnduan jek...kalo u baca elok2 OdahOne xwt tafsiran bdasarkn ayat tsebut tapi just cerita secara umum...sori kalo ada kesilapan...pasni OdahOne akan berhati2 utk tulis entry...cuma kalo boleh nk menegur biarlah guna nama anda jadi OdahOne boleh refer pada you tntg apa2 kesalahan...tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...