Bencana Air Naik Jika Ingkar Rabbul Jalil
Images By Mr. Google |
Sekarang ni tengah musim tengkujuh atau musim banjir...
Tahun ni negeri yang paling teruk dilanda banjir negeri area utara Kedah & Perlis...boleh tahan dasyat gak banjir kali ni...sampai berpuluh ribu orang terpaksa berpindah ke tempat selamat...tahun depan tak tahu lagi kat mana banjir ni akan singgah
Hope tak berulang lagi banjir besar yang melanda johor dulu...negeri-negeri lain pun harap tak lah banjir sama
Tapi agak mustahil kalau banjir tak berlaku sebab dunia sekarang dah makin panas...panas bukan sebab fenomena pemanasan global jek, tapi sebab dosa-dosa pun ada...banjir ni macam bala jugak..."U pay for that!"
Ais kat kutub utara & selatan pun dah makin cair kalau tengok discovery channel agak mengerikan gak...banyak tempat dijangka akan tenggelam dalam masa 20-50 tahun akan datang...kampung aku muar pun dijangka akan tenggelam gak tapi tak tahu bila...coming soonlah...habis aku nak duk mana ek?
Teringat aku peristiwa banjir besar yang melanda negeri Johor pada pertengahan bulan Disember tahun 2006...tiap-tiap tahun ramai yang ramal biasanya area pantai timur Kelantan, Pahang & Terengganu yang akan banjir besar, tapi trend pada tahun tu berubah...semua jangkaan meleset
Ramai orang Johor yang tak sangka & tak buat apa-apa persediaan untuk hadapi banjir...tu yang jadi kelam kabut bantuan pun lambat tiba...sekali air datang habis semua tenggelam
Kota Tinggi yang disangka tinggi & tak pernah@jarang banjir pun boleh tenggelam sampai nampak bumbung rumah...bandar Kota Tinggi pada masa tu dah jadi Kota Tenggelam walaupun namanya Tinggi tapi akhirnya tenggelam jugak macam kapal Titanic "U jump I jump"
Kota Tinggi pun dah tak selamat inikan pula kota yang rendah-rendah & tak berapa nak tinggi...segamat, batu pahat, muar pun antara daerah yang teruk kena banjir...sampai ada certain kawasan terputus terus jalan darat sebab jambatan pun runtuh...terpaksa hantar bantuan makanan, ubat-ubatan, & barangan keperluan pakai helikopter
Time tu area muar memang macam zon perang...helikopter sibuk terbang ke sana sini nak loading & hantar bantuan...bandar muar jadi hub untuk hantar bantuan coz area sini tak tenggelam dek banjir...padang ragbi dekat tanjung emas jadi port helikopter landing
Yang mana jakun tak pernah tengok heli pun berduyun-duyunlah datang sana tengok dengan mata kepala sendiri termasuklah aku...tapi aku bukan jakun tengok heli just nak tengok proses penghantaran bekalan makanan jek...tolongnya tak coz dah ramai ahli sukarelawan tang terlibat
Budak-budak pulak sibuk terjerit-jerit bila tengok helikopter terbang melintas atas kepala dieorang...padahal bukannya pilot heli tu dengar pun suara korang...wat habis air liur & memekakkan telinga orang yang dengar jek...tapi aku dulu time kecik-kecik pun sama gak camtu
"Helikopter! helikopter!...kapal terbang! kapal terbang! turun kami disini" jerit si kanak-kanak pra sekolah sambil berlari-lari anak mengejar heli yang buat dono jek
Kalau helikopter tu jatuh hempap kepala baru tau langit tu tinggi ke rendah...
Time banjir aku sibuk roger kawasan-kawasan kat area pinggir bandar muar yang ditenggelami air...yang paling teruk area kesang & sempadan sg. rambai...memang nampak bumbung jek rumah-rumah kat situ
Balai polis pun tenggelam, sempadan muar melaka yang nampak cuma jambatan sg rambai...scary gak nak lalu atas jambatan tu...nasib baik beca muar tu tinggi, so taklah tenggelam sama...malah boleh jadi tempat perlindungan kalau air naik lagi
Area batu pahat pun sama terjejas teruk...yang peliknya hujan dah berhenti berhari-hari tapi air tetap takat tu gak tak mahu surut...orang panggil fenomena 'banjir termenung'...air tu stay lagu tu gak tak mahu surut-surut even hujan dah beberapa hari berhenti...macam orang yang suka termenung pagi-pagi hari tak mahu bergerak pergi cari kerja...orang macam ni dipanggil 'biawak idup'
"Waduh!...waduhhh!...rumah wak masuk air...habis tenggelam banjir rumah wak takde satu yang timbul" keluh Wak Banjir salah seorang mangsa banjir di daerah batu pahat
Dalam pada tu ada pulak buaya peliharaan yang terlepas...budak-budak seronok main air sambil berenang-renang & tak tahu yang dieorang sedang berenang bersama-sama sang buaya...nasib baik takde kes yang kena baham buaya
Alhamdulillah area rumah aku tak banjir teruk...air naik gak paras dada tapi paras dada itik jek...haha... tapi masalah lain pulak yang datang iaitu masalah ketiadaan bekalan air...serius jugak masalah ni
Hampir 1 minggu kawasan muar terputus bekalan air kerana semua empangan loji tapisan air terpaksa ditutup kerana ditenggelami air...hari pertama & kedua family aku still boleh survive lagi...takde masalah nak mandi, amik air semayang, memasak & qadak hajat
Sampai hari yang ke-3 semua bekalan air kat rumah aku dah kering-kontang setitik eye mo pun tarak...perut pulak asyik nak meragam time-time camni...ini sudah jadi masalah negara
Langkah alternatif perlu dicari...semua orang berlumba-lumba & berebut-rebut mencari sumber bekalan air bersih...air banjir banyaklah tapi kalau nak kena penyakit taun or air kencing tikus minumlah...lagipun air macam kopi susu kurang susu tak selera nak buat mandi apatah lagi nak minum
Pada masa tu cerita or gosip-gosip artis semua tenggelam bersama-sama banjir...kalo ada fesbuk pada masa tu pun akan tenggelam sama orang dah takde masa nak layan...yang timbul ialah bagaimana nak cari air untuk keperluan harian...pelbagai usaha dilakukan...pantang tau ada jek port air maka berduyun-duyunlah manusia yang datang serbu
Barulah semua tau betapa berharganya nilai setitik air...selalu orang bazir-bazir air buang sana sini...sekarang harga air dah macam harga emas
Kebetulan area kedai yang berdekatan dengan rumah aku tu ada Mc Gyver yang dah hack pili bomba kat situ...so memancut keluarlah air kat situ macam minyak yang keluar dari perut bumi...itulah rezeki yang dinanti-nanti
Apa lagi semua orang serbu untuk tadah air kat area tu...boleh dikatakan semua penduduk area bandar muar datang kat situ amik air coz ramai yang datang aku tak kenal & bukan penduduk area situ...dah macam satu pesta tong air, botol, baldi dan segala bekas untuk mengisi air sebab semua orang yang datang situ bawak benda yang sama, disamping tujuan yang satu iaitu 'AIR'
Pada ketika itu, bekas-bekas untuk mengisi air tiba-tiba menjadi laris macam goreng pisang panas...tersenyum lebar tokey-tokey yang jual barangan plastik...tong racun pun orang guna buat isi air
Time tu lah kita dapat tengok kerakusan si kaya menindas si miskin...segala perangai haram jadah semua keluar, selfish, pentingkan perut sendiri, gila air, sombong, bongkak, kurang ajar, tak hormat orang, kronisme, nepotisme semua ada
Si kaya datang dengan membawa 4x4 pajero, ranger, triton dan lori 1tan yang dipenuhi dengan tong-tong air yang besar gedabak berkapasiti untuk mengisi air bergelen-gelen...manakala si miskin hanya datang membawa tong air kecik yang cukup setakat berqadak hajat, sambil berjalan kaki dan menaiki motosikal
Bila si kaya dah conquer port menadah air free tu, jangan harap orang lain nak tumpang sama...masa yang diambil untuk penuhkan tong-tong air dieorang jek dah dekat 1-2 jam
Memang tamak air giler sampaikan makcik yang datang just nak tadah air yang tak sampai 1liter pun dieorang tak mahu bagi & dia suruh tunggu turn...tunggulah si makcik berjam-jam semata-mata nak dapatkan seliter ayor...memang kejam dan zalim
Lagi menambahkan kesulitan bila si kaya start calling dieorang punya kroni untuk datang situ join dieorang tadah air bersama-sama...langsung tak mahu diserahkan kepala pili bomba tu pada orang lain
Habis jek air yang ditadah turn berikutnya akan disambung oleh kroni yang lain...begitulah seterusnya
Maka, makin bertambah panjanglah queue orang yang nak menadah air...kalau nak diibaratkan queue orang nak beli tiket tengok perlawanan akhir piala malaysia pun tak panjang macam ni...queue orang beratur nak beli tiket time cuti hari raya pun tak sepanjang ini
Keaadan menjadi bertambah tegang bila si kaya tetap dengan egonya...si miskin tetap bersabar menunggu turn...namun kesabaran si miskin ada hadnya...akhirnya si miskin mula bertindak...hampir-hampir saja terjadinya pergaduhan disebabkan oleh se tong air
Segala bekas-bekas air hanya menunggu masa saja untuk melayang...aku mula mencari tempat perlindungan sambil menggenggam erat tong bekas sos tomato agar tak melayang sama
Nasib baik kebetulan paip yang ada di kawasan situ semuanya boleh di hack oleh beberapa orang Mc Gyver dan berupaya mengeluarkan air...ada 3 batang paip luar bangunan yang berfungsi...apalagi berebut-rebutlah orang keluar baris sambil buat barisan yang baru meninggalkan si kaya yang sombong dengan pili bombanya
Tuhan itu maha kaya, sebaik saja ketiga-tiga batang paip itu berfungsi maka tekanan air di pili bomba menjadi semakin perlahan...sehinggalah sampai ke satu tahap air hanya meleleh kuar...si kaya mula hilang punca dan hilang air
"Haha! padan muka kau si kaya! air kencing aku pun lagi laju dari air kat pili bomba tu!" jerit salah seorang si miskin
Si kaya tertunduk malu kebingungan dengan situasi yang tak terduga...kali ini mereka pula dipermainkan...tong-tong besar mereka masih belum terisi sedangkan si miskin berlumba-lumba menadah air yang mencurah-curah
Tapi kuasa wang pula digunakan...mujur pada ketika ini wang tidak berharga bagi si miskin...air itu lebih penting disamping maruah yang perlu dijaga...maka berlalu pergilah si kaya mencari sumber air yang lain sambil menanggung maruah yang tercalar dek sifat tamak haloba
Kesimpulannya, kebanyakan si kaya harta miskin budi pekerti & segala sifat keji semua ada pada mereka or bahasa kasarnya 'no manners'...tapi si miskin harta sebenarnya kaya dengan budi bahasa, hormat-menghormati, tolong menolong dan beberapa sifat terpuji yang lain...wang bukanlah segala-galanya di masa darurat
Pencaraian air aku masih berterusan masuk hari yang ke-4 dan ke-5 kerana air yang ada kat situ cuma mampu bertahan tak sampai 2 hari...merantaulah aku sampai ke melaka bersama-sama tong air...segala lubuk air aku redah
Kebetulan, di melaka tiada masalah bekalan air & kebetulan gak rumah akak aku ada kat melaka...berulang-aliklah aku dari muar ke melaka kerana disitulah punca bekalan air kami sekeluarga...aktiviti memasak, membasuh & keperluan yang lain semua berlaku disitu
Masuk hari yang ke-7 krisis bekalan air di muar pulih sepenuhnya...alhamdulillah tak perlulah aku pergi ke hulu hilir macam xplore race dalam misi mencari air...walaupun banjir air melimpah-limpah tapi bekalan air bersih pulak susah nak dapat...pengalaman yang sungguh berharga...hargailah air anda
*Try cari lagu Banjir En. Harun Salim Bachik tapi tak jumpa pulak..."Banjir! Oh Banjir! Oh... rumah kita naik airrrr oh! airrrr oh!"... so layan jeklah lagu ni
Banjir
Artist: Pengantar Minum Racun (PMR)
Yang hujan turun lagi
Angkatin jemurannya yang kau cuci
Yang panas datang lagi
Jemur pakaian yang kau angakat tadi
Kalau hujan lagi
Engkau angkat lagi
Sebaiknya kau bakar di api
Yang tidurlah di dapur
Didalam kamar air apda ngucur
Kita bercerita
Tentang orang kaya
Yang tidur diatas kasur mewah
Banjir banjir banjir datang lagi sayang
Yuk kita ngungsi kerumah orang
Aduh aduh aduh tidak ada lowongan
Tempatnya dipakai penuh barang
Lebih baik tidur
Dalam hotel saja
Disana kita berfoya-foya
Yang enakan disini
Tempatnya bersih dan teratur rapih
Soal bayar nanti jangan pikir lagi
Kita pulang tunggu orang sepi
(Yang... kita bagaimana nih pulangnya
Kan kita gak punya duit untuk bayar hotelnya... hayoo
Aduh nggak usah khawatir deh
Kita kan udah punya teorinya
Tinggal praktekin
Kalo begitu kita praktekin ajah sekarang yang yok
Ayok, kita mo pulang neh yah
Itung 1 2 3
Ada satpamnya gak?
Oh iya, tunggu yah gwe liat dulu yah
Oh udah tidur satpamnya
Udah tidur?
Oke deh, eh tar dulu, (Aapaan?)
Itu asbak kita bawa pulang, enak tuh
Wah boleh juga tuh
Kasurnya empuk
Wah boleh
Kita buat tidur dirumah (Okeh sip)
Kita pulang... (Hayoooo)
Yah masih banjir.....)
Banjir banjir banjir datang lagi sayang
Yuk kita ngungsi kerumah orang
Aduh aduh aduh tidak ada lowongan
Tempatnya dipakai penuh barang
Lebih baik tidur
Dalam hotel saja
Disana kita berfoya-foya
Yang enakan disini
Tempatnya bersih dan teratur rapih
Soal bayar nanti jangan pikir lagi
Kita pulang tunggu orang sepi
Soal bayar nanti jangan pikir lagi
Kita pulang tunggu orang sepi
*nota kaki berbau :Sediakan baju hujan sebelum hujan, sediakan tong air sebelum takde air
0 KOMEN:
Post a Comment