24 January 2011

SEMANGKUK MEGI, SEKOTAK TEH BUNGA, SEBATANG CONE SUNDAE


Hujung minggu yang lalu semangkuk megi goreng telah menyelamatkan 2 insan dari terus kelaparan...semangkuk megi goreng yang dibuat dengan penuh kasih sayang dikongsi bersama tatkala perut sedang bergurindam & berkeroncong...dua bungkus megi goreng siap dimasak seawal menjelang subuh sebagai bekalan ketika sedang berdating

Asyik berborak bertaut hati...perut kosong tak pula diisi, lantaran banyak kisah dikongsi...semangkuk megi kini menanti...dikongsi diratahi tak tinggal isi...sambil menyanyi megi dinikmati...sampai lupa sesuatu sedang menanti

Sedang syok layan megi goreng bersama-sama, tiba-tiba anak tekak terasa dibelit oleh si mi megi durjana...malangnya air minuman terlupa nak dibawa...mujur ada insan prihatin yang sudi menghulurkan sekotak air teh bunga...buat penghilang dikala dahaga...berbekal muka tak malu air kotak diambil dengan selamba...ucapan terima kasih tak pernah kami lupa

Ribuan terima kasih diucapkan kepada si pemberi minuman...jasa anda tidak kami lupa...kalau tak kerana sekotak air teh bunga, mahu air tasik Putrajaya kami togok bersama...masih ada lagi rakyat Malaysia yang begitu prihatin rupanya...alangkah bertuahnya jadi rakyat Malaysia...tolong-menolong & budi bahasa dibawa ke sini sana

Balik dari dating singgah pulak Mc D...sebatang aiskrim Cone Sundae dari Mc D macam biasa sekali lagi dikongsi bersama...sedang tak sampai 10 kali aiskrim dijilat tiba-tiba malang datang menimpa

Cone sundae jatuh menyembah ke bumi...terpaku dua insan tanpa sebarang bunyi...meratapi aiskrim cair bersalut pasir berulamkan bumi...malang sungguh tidak terperi...sekadar melihat sambil berdiri...berlalu insan seraya pergi...memohon restu doa illahi agar hidup sentiasa dirahmati 

Itulah kisah minggu ini....

*nota kaki berbau :
Perasaan cinta itu adalah satu anugerah Allah kepada insan yang ingin membina kebahagiaan dalam perkongsian hidup dengan teman yang dapat menawan hati selama-lamanya

7 KOMEN:

mr.cape said...[Mari Balas Komen Ini]

sesungguhnya insan berhati mulia masih ada lagi disekeliling kita.. Alhamdulilah.

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@mr.cape...yup stuju! muka yg sengkek perut yg boroi tapi kdg2 hatinya lbh mulia...

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...[Mari Balas Komen Ini]

heehee!! sentiasa ada kebaikan dalam hidup kita ni even xlepas dr kejahatan atau musibah..Insan2 yg mulia masih wujud..cewwwaahh~~ baca entry megi...tetiba lapooo!!

Journey of Youth said...[Mari Balas Komen Ini]

mkn megi goreng tepi tasik putrajaya tue ke?
romantik betul..hahaha

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Journey of Youth...romntik ker mkn megi jek? hoho...xmmpu nk cndle light dnner tepi tasik lyn megi pn jdlh...

afifah said...[Mari Balas Komen Ini]

takziah kpd encik sundae~

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Nurul Afifah...en sundae dah bahagia disana...hoho!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...