Showing posts with label ayat gwang. Show all posts
Showing posts with label ayat gwang. Show all posts

24 January 2011

SEMANGKUK MEGI, SEKOTAK TEH BUNGA, SEBATANG CONE SUNDAE


Hujung minggu yang lalu semangkuk megi goreng telah menyelamatkan 2 insan dari terus kelaparan...semangkuk megi goreng yang dibuat dengan penuh kasih sayang dikongsi bersama tatkala perut sedang bergurindam & berkeroncong...dua bungkus megi goreng siap dimasak seawal menjelang subuh sebagai bekalan ketika sedang berdating

Asyik berborak bertaut hati...perut kosong tak pula diisi, lantaran banyak kisah dikongsi...semangkuk megi kini menanti...dikongsi diratahi tak tinggal isi...sambil menyanyi megi dinikmati...sampai lupa sesuatu sedang menanti

Sedang syok layan megi goreng bersama-sama, tiba-tiba anak tekak terasa dibelit oleh si mi megi durjana...malangnya air minuman terlupa nak dibawa...mujur ada insan prihatin yang sudi menghulurkan sekotak air teh bunga...buat penghilang dikala dahaga...berbekal muka tak malu air kotak diambil dengan selamba...ucapan terima kasih tak pernah kami lupa

Ribuan terima kasih diucapkan kepada si pemberi minuman...jasa anda tidak kami lupa...kalau tak kerana sekotak air teh bunga, mahu air tasik Putrajaya kami togok bersama...masih ada lagi rakyat Malaysia yang begitu prihatin rupanya...alangkah bertuahnya jadi rakyat Malaysia...tolong-menolong & budi bahasa dibawa ke sini sana

Balik dari dating singgah pulak Mc D...sebatang aiskrim Cone Sundae dari Mc D macam biasa sekali lagi dikongsi bersama...sedang tak sampai 10 kali aiskrim dijilat tiba-tiba malang datang menimpa

Cone sundae jatuh menyembah ke bumi...terpaku dua insan tanpa sebarang bunyi...meratapi aiskrim cair bersalut pasir berulamkan bumi...malang sungguh tidak terperi...sekadar melihat sambil berdiri...berlalu insan seraya pergi...memohon restu doa illahi agar hidup sentiasa dirahmati 

Itulah kisah minggu ini....

*nota kaki berbau :
Perasaan cinta itu adalah satu anugerah Allah kepada insan yang ingin membina kebahagiaan dalam perkongsian hidup dengan teman yang dapat menawan hati selama-lamanya

22 December 2010

HELO! HELO! KITTY DISINI










Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh cantik sekali
Buat insan tersenyum pagi
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh comel sekali
Warna pink penyejuk hati
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh bergaya sekali
Baju stylo trend terkini
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh tembam sekali
Muka sentol nampak di pipi

Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh sexy sekali
Jantung berdegup seakan terhenti
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh cun sekali
Bikin cair hati lelaki
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh putih sekali
Suci bersih seperti bayi
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh lucu sekali
Bila ketawa nampak gigi

Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh baik sekali
Hati rungsing tiada lagi
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh bijak sekali
Dia pandai membawa diri
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh hebat sekali
Keras hati seperti besi
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh tabah sekali
Segala rintangan mampu ditempuhi

Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh pemurah sekali
Wang ringgit semua diberi
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh peramah sekali
Pandai memikat jiwa sanubari
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh bertuah sekali
Dapat hadiah di harijadi
Helo! Helo! Kitty Disini
Kitty sungguh penyayang sekali
Buat dia terus disayangi…


Hasil Nukilan : Si Kucing Jantan Buat Si Kitty…Meow…

*nota kaki berbau : 
Helo! helo! kaki berbau disini...kaki sungguh busuk sekali...sekali hidu macam nak mati


10 December 2010

ROMANTIK KAH ANDA?



Perkara Yang akan Membuatkan Pasangan Anda Berkata, "You ni romantiklah...?"

Berikan pasangan anda sekuntum atau sejambak bunga, candle light dinner, hadiahkan teddy bear atau coklat, melancong ke tempat-tempat yang menarik dan sebagainya...itu semua adalah gaya romantik yang biasa dilakukan oleh pasangan-pasangan yang bercinta...ia juga memerlukan kos dan masa yang banyak bagi membuatkan anda kelihatan romantik & dalam masa yang sama muka anda berkerut sebab duit simpanan anda habis dibelanjakan untuk anda digelar 'Romantik'

Di bawah ini ada beberapa cara yang jarang dilakukan yang mungkin sesuai dipraktikkan tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak tapi anda masih dianggap sebagai seorang yang 'Romantik'...

1. Berikan hadiah yang tidak seberapa mahal atau dianggap sebagai hadiah yang biasa-biasa saja kepada pasangan anda. Tapi, ceritakan kesusahan & kesukaran yang anda tempuhi semata-mata untuk membeli hadiah tersebut. Ianya lebih bermakna daripada anda membeli hadiah yang 'grand-grand'. Contoh ayat;

"Waktu I nak beli hadiah ni dompet I tertinggal kat rumah. Bila hadiah dah siap dibalut & masa I nak bayar barulah I perasan yang dompet I tertinggal. So, terpaksalah I cuci pinggan kat foodcourt selama 1jam semata-mata nak belikan hadiah ni untuk you...nasib baik tokey foodcourt tu bagi I kerja cuci pinggan on the spot, semata-mata nak dapatkan duit untuk bayar hadiah ni...Huh!" (dengan gaya kepenatan).

**Kesungguhan anda bercerita dengan gaya yang dramik lagi gramatis (walaupun anda mereka-reka cerita tersebut) akan menyebabkan Si Dia begitu tertarik dengan hadiah tersebut. Ini secara tidak langsung dapat menutupi kelemahan hadiah yang anda berikan yang mungkin di beli ketika poket anda tengah kering.

2. Ketika keluar berjalan-jalan, ambil gambar pasangan anda seolah-olah anda adalah jurugambar untuk majalah hiburan atau Paparazzi. Gunakan kamera handset anda (jika ada fungsi kamera) supaya nampak lebih pelik. Biarkan pasangan anda berasa dirinya seakan-akan artis yang sedang popular & meletop pada masa kini walaupun untuk seketika. Jika perlu tanyakan soalan-soalan seperti yang selalu ditanyakan oleh seorang wartawan hiburan..."Apa filem terbaru yang Diva anda bintangi"..."Dengar cerita you ada hubungan dengan Datuk Ehem Ehem betul ke? Amboi amboi amboi..."

3. Buat satu post dalam blog anda yang hanya anda dan pasangan anda sahaja yang faham mengenainya. Contohnya cerita-cerita lawak atau apa-apa sahaja peristiwa yang anda berdua lalui bersama. Biarkan orang lain yang membaca post tersebut tertanya-tanya apa yang anda ingin disampaikan sebenarnya melalui post tersebut dan memberikan komen ??? atau 'Dang' anda jika post tersebut di update dalam 'Innit'. Lagi banyak dang yang anda terima, semakin berjayalah usaha anda.

4. Sekiranya anda memesan makanan 'Nasi Goreng Pataya', cuba minta si tukang masak untuk membuat bentuk 'love' di atas hidangan tersebut dengan menggunakan sos. Untuk lebih kreatif lagi, anda boleh buat apa-apa ucapan atau hiasan yang boleh membuatkan pasangan anda berasa sayang untuk menikmati hidangan tersebut dan lebih rela melihat sahaja hidangan & hiasan yang anda buat walaupun perutnya lapar ketika itu.

5. Memuji pasangan anda ketika berada dikhalayak ramai ataupun post kat wall Facebook anda. Contohnya seperti; "Awek saya pandai membuat bakul telur yang diperbuat daripada surat khabar, saya sayang awek saya". Nantikan komen-komen dari rakan Facebook anda. Anda juga boleh menggunakan pembesar suara di shopping complex untuk menyatakan ucapan cinta anda kepada Si Dia. Tetapi, dilarang untuk menggunakan pembesar suara di masjid-masjid ataupun di surau.
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Ini adalah di antara contoh idea-idea romantik yang 'outside the box' yang boleh anda buat atau praktikkan jika anda mahu...lain-lain idea akan menyusul kemudian...untuk itu kita akhiri entry pada kali ini dengan lagu yang agak romantik dari Abang Salih Yaacob yang sememangnya seorang lelaki yang amat romantik...

Romantika Di Tampoi

jangan kamu mumula ketawa wa
walaupun geli li
lihatkan saja
memang tidak dak
dapat dilupa pa
pada cerita ta
taman bahagia

macam-macam gila
terjadi sini sana
membuat kita ketawa
seribu satu cerita
bila jadi kaya semuanya nak dirasa
macam dunia yang dia yang punya
enjoy disini sana

romantika di tampoi
membuat kita enjoy (mak oi)
romantika di tampoi
memang untuk orang tak betul
romantika di tampoi
kena jaga betul-betul
jangan sampai
kau yang biol nanti kau yang bejol
jangan kamu mu
mula ketawa wa
walaupun geli li
lihatkan saja
memang tidak dak
dapat dilupa pa
pada cerita ta
taman bahagia

gila orang muda
asyik leka bercinta
bila makwenya tak suka
panyakit angau pun tiba
gila no kuda
asyik-asyik nak teka
tapi tak pernah dia kena
habis semua harta

*nota kaki berbau :
Ramai di antara pasangan-pasangan yang hanya tahu 'Romance' sahaja tapi langsung tidak ada sifat-sifat yang layak digelar sebagai 'Romantik'

10 November 2010

SEHARI BERSAMA SI DIA



Sehari Bersama Si Dia
Pelbagai tempat habis diteroka
Baik bandar mahupun desa
Semua ceruk jelajah merata


Sehari Bersama Si Dia
Ke hulu hilir sambil berkereta
Asyik berborak bergurau senda
Destinasi di tuju tak tiba-tiba


Sehari Bersama Si Dia
Berjalan sakan ke sini sana
Tak kira hari tak kira cuaca
Asal puas hati empunya


Sehari Bersama Si Dia
Pelbagai ragam pelbagai cerita
Penuh gelak senyum ketawa
Bagai dunia ana yang punya


Sehari Bersama Si Dia
Bermacam juadah sempat dirasa
Ada yang sedap sungguh berperisa
Ada yang masam semacam cuka


Sehari Bersama Si Dia
Bertanya khabar dan juga berita
Berbagai topik bual bicara
Agar jiwa tak meronta-ronta


Sehari Bersama Si Dia
Berdua bersama berdamping ceria
Tiada duka tiada sengsara
Merawat hati yang sering lara


Sehari Bersama Si Dia
Gumbira sungguh hingga tak terkata
Bukan sekadar mencuci mata
Bahkan berkongsi suka dan duka


Sehari Bersama Si Dia
Mata memandang penuh curiga
Mulut manusia tak boleh dijangka
Penuh umpat bersulam cerca


Sehari Bersama Si Dia
Saat berlalu bagaikan roda
Detik berpisah sudah dijangka
Entah bila akan bersua


Hasil nukilan : Musang Si Guntang Buat Si Dia


* nota kaki berbau : hari ini kau datang riang tersenyum buat ku senang

16 September 2009

AKU RINDU PADAMU

hidup sunyi tanpamu....
tunggu akan aku datang padamu
untuk hapus semua hutang rindu kita
kau ku sayang
kau segalanya

11 September 2009

CINTAKU UNTUKMU JUA


Disebalik gigimu yg kuning
Putih lagi hatimu yg tulus
Disebalik hidungmu yg besar
Besar lagi harapanku kepadamu
Disebalik kulitku yg gelap
Cerah lagi masa depanku bersamamu
Disebalik tahi lalat didagumu
Mujurlah ia tidak berbulu
Disebalik perutku yg boroi
Belum tentu ia kalis peluru

Disebalik kegelapan
Pasti ada sinar dihujungnya
Disebalik Kesusahan dan kepayahan
Tentu ada kesenangan
Disebalik kesakitan
Belum tentu ada kesembuhan
Disebalik kesembuhan
Disitu ada kesabaran
Disebalik kesabaran
Sudah tentu ada rintihan
Disebalik rintihan
Timbulnya ketabahan
Disebalik ketabahan
Disitu ada Odah & One...


CINTAKU UNTUKMU


masih seperti dulu
malah lebih dari dulu
tak mungkin kurang dari dulu
akan hanya untukmu selalu
kerana tak mungkin akan ada
cinta lain selain untukmu
cinta hatiku hanya kamu
biar masa berlalu
biar hari berganti
namun cinta yang aku ada
cuma cintamu
cinta yang aku mahu
juga cintamu
simpan semua cintamu untukku
kuserah semua cintaku untukmu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...