Aleeya & Badak Sumbu |
Kimie & Si Memerang |
Aleeya & Si Tenggiling |
Kimie & Bapak Cempedak |
Kanak-kanak (juga digelar senagai budak-budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai akil baligh
Semua kanak-kanak suka bermain sebab bermain tu termasuk dalam salah satu kaedah pembelajaran...bermain tu penting bagi kanak-kanak sebab benda ni menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, mental, bahasa, emosi dan sosial...kanak-kanak selalunya belajar sesuatu yang baru time diaorang bermain
Contohnya; bila aku tengok anak saudara aku main sembunyi-sembunyi@nyorok-nyorok...kat situ diaorang boleh belajar mengira...walaupun dari satu sampai sepuluh tapi kalau tak reti nak mengira tak boleh main gak permainan tu...ada budak yang nak join game tu tapi sebab kecik lagi & tak pandai nak kira 1,2,3 so, terpaksalah jadi penonton ...tengok jeklah member-member main sambil dalam hati berkobar-kobar nak belajar mengira

Time tu jugak aku tengok ada yang belajar nak menipu sebab kalau ikut peraturan sebenarnya kena tutup mata sambil mengira & menghadap kebelakang, tapi ada yang skodeng bukak mata sikit & tengok member-member menyorok kat mana...so, senang sikit nak cekup...kecik-kecik dah pandai menipu ek, tapi benda ni natural aku dulu pun buat macam tu gak...menipu time main games ni standardlah
Dari segi perkembangan bahasa pulak, ketika bermain kanak-kanak dapat menambah perbendaharaan kata atau orang puteh panggil vocabulary...mereka berinteraksi secara aktif sesama mereka, belajar bercakap dan bertanya soalan dan menjangkakan (expect) jawapan untuk soalan yang ditanya
Tapi yang aku tak minat bila balik rumah ada sahaja perkataan orang dewasa yang diaorang ucapkan tanpa rasa bersalah...tak kiralah dalam Bahasa Melayu or omputeh...kadang-kadang boleh pulak nyanyi lagu yang bukan-bukan...kalau setakat lagu yang dia belajar kat sekolah tu takpelah

Emosi kanak-kanak selalunya jadi stabil bila bermain...ada perasaan gembira, puas hati dan seronok...yang aku pelik, selalunya budak-budak ni mula-mula main semua enjoy & gembira tapi selalunya ending mesti bergaduh & menangis...tapi sekejap jek gaduh esok lusa dah boleh main sama-sama...no heart feelinglah orang kata tak macam orang dewasa makan dalam, ada hati kecik & sifat hasad dengki
Kanak-kanak ni akan sentiasa mencari peluang & ruang untuk bermain tak kiralah kat mana or keadaan pun...dalam bilik air, dalam almari, bawah katil, semua tempat diaorang bantai nak bermain...kain selimut & bantal pun diaorang boleh buat macam rumah...kreatif jugak budak-budak ni aku tengok...ada sekali tu anak sedara aku bikin botol plastik jadi macam sayap sambil cakap kat aku; "tengok! adik boleh terbang"
Yang tak best kadang-kadang aku punya handset pun diaorang bikin jadi macam kereta mainan main sorong-sorong sampai habis bercalar...hati aku pun tercalar bila tengok handset ku yang agak mahal dah diconvert jadi mainan seakan 'hot wheels'...sabar jeklah tak baik pukul kanak-kanak setahun jagung yang baru nak belajar...better bagi nasihat dah cukup

Kita sebagai orang dewasa ni tak bolehlah pandang remeh pada apa yang kanak-kanak main...kena alert jugak sebab diaorang ni akal masih kurang...yang dah dewasa pun ada yang kurang berakal inikan pula kanak-kanak ribena...pantaulah apa yang diaorang main takut benda yang tak boleh main pun diaorang nak main jugak
Ada kes yang kanak-kanak tangkap lipan sebab nak tengok dia pakai bateri apa...bahaya tu, punyalah curios kanak-kanak ni sampai macam tu sekali...semangat ingin tahu kanak-kanak ni memang hebat mengalahkan orang dewasa yang suka buat tak tahu
Lastly, biarkanlah anak-anak bermain tapi pantau & jagalah apa yang mereka mainkan kerana bukan semua permainan sesuai untuk mereka
In a dark moment I ask, "How can anyone bring a child into this world?" And the answer rings clear, "Because there is no other world, and because the child has no other way into it." ~Robert Brault, www.robertbrault.com
*nota kaki berbau :
5 KOMEN:
mak aih,sedapnye nampak cempedak 2...hu3
@aleen aiden...cmpedak gergasi tu...mkn sbijik kyg utk setahun...
best...dulu main sampai lupa makan
haha...
kalau dapat main sampai ke ptg tu memang seronok sangat
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI
@.::: Princess MOMOY :::....jom kmbali ke zmn knak2
xnaklah kembali zaman kanak2...rugi woh!coz aku dah kawin...wakaka...
Post a Comment