Ewah! Pungut Jangan Tak Pungut...Dua Untuk Aku, Dua Untuk Kau! |
Hujan yang turun bagaikan mutiara berkilau bersinar berkedipan...tapi ni bukan hujan air or hujan air batu, ini hujan duit syiling 50sen, 20sen & 10sen...
Pukul 3 petang semalam, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang bawak duit syiling dah pun terbalik dalam satu kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas...orang ramai yang tengok kejadian tu pun apa lagi berpestalah pungut duit syiling yang berterabur kat atas jalan sampai ada yang duduk bersila...dah macam cerita Nujum Pak Belalang; "Satu untuk aku satu untuk kau, eh eh! untuk kau eh eh! untuk aku"...siap masuk dalam beg plastik & helmet lagi
"Higher Risk Higher Return" mungkin itulah prinsip orang yang syok kutip duit syiling ni...bahaya tu kereta laju-laju kat highway tapi diaorang tak kesah pun bahayakan nyawa sendiri demi duit syiling yang 50sen tu (nilai paling tinggi bagi matawang syiling kat Malaysia)...even 50, 20 & 10 sen pun kalau dikumpul banyak-banyak kaya gak ek?...RM999.90 takkan jadi RM1k kalau tak ditambah dengan duit 10sen
Dengar cerita total duit yang ada kat dalam kenderaan 4x4 tu lebih dari RM70k...tak tahulah kalau semuanya syiling, no wonder boleh terbalik kalau semua duit yang dia bawak tu duit syiling sebab berat sangat kot...driver tu cakap dia kena langgar dari belakang & hilang kawalan terus terbalik (macam jenayah terancang pun ada)...nasib baik dia & rakan kat sebelah tak cedera parah, cuma duit yang diaorang bawak lesap sikit-sikit kena kutip dengan orang ramai
Yang mana naik motor tu senanglah nak kutip, park motor terus kutip sambil sumbat dalam helmet...tapi yang naik kereta tu susah sikit kena parking kat tepi highway turun kereta & join kutip duit sambil sumbat kat dalam bonet kereta (bagi yang tamak macam Si Kassim Baba)...aku rasa ada yang naik kereta besar-besar teringin gak nak kutip tapi terpaksa jaga status pulak...malu doh! pakai kereta BM & Merc tapi terbongkok-bongkok dok kutip duit kat tepi jalan
Diaorang ni syok jek kutip duit orang padahal ada Polis yang jaga sambil tuan punya kenderaan dok perhatikan jek gelagat diaorang yang mendapat untung hasil daripada musibah yang menimpa orang lain...nasib baik dia terbalik kat area highway, cuba bayangkan kalau kenderaan ni terbalik kat area perumahan yang padat dengan penduduk?...sure tak sampai 15 minit syiling ni dah habis licin...berduyun-duyunlah penduduk kampung or taman datang bersama-sama bala tentera untuk mengutip syiling yang bertaburan kat atas jalan macam penyamun
Nasib baik duit syiling RM1 dah dihapuskan kalau tak lagi kaya diaorang ni...lagi cepat dapat hasil...anyway, tak eloklah rembat harta benda orang lain yang bukan kepunyaan kita...duit syiling ni hak milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka...so, dah kira macam mencuri jugak cuma caranya agak sopan...sopan ker?
Aku pernah tengok lori yang bawak beras & bawak arak terbalik...orang berebut-rebut kutip beras yang bertabur kat atas jalan tu sampai bawak besen & baldi....masalahnya itu bukan hak kita & kalau makan nanti jadi darah daging kan tak best bagi anak bini makan...macam tu gak dengan lori yang bawak arak terbalik...aku tengok ada jugak orang Melayu yang mengaku Islam kutip botol-botol arak yang bertaburan tu sambil cakap; "Aku bukannya nak minum air kencing setan ni, tapi aku nak jual kat Si Ah Chong & Maniam"...Gulp! telan air liur aku
Sedih jugak bila tengok situasi yang macam ni jadi kat depan mata...tapi tahulah aku tak pernah berdepan lagi dengan situasi yang macam dalam gambar tu...kalau aku ada kat tempat kejadian apa agaknya reaksi aku ek?...either nak join sama kutip duit or perhatikan jek...hoho!...selagi tak terdesak sangat aku tak buat camtu kot...korang camne?
Berita lanjut : myMetro
Berita lanjut : myMetro
*nota kaki berbau :
Hujan emas di negeri orang, hujan duit syiling di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri?
10 KOMEN:
stuju ngan odahone.. diorang tak sedar ke syiling tu semua bukan hak diorang.. Haram tu.. Tima kasih odahone, sudi jenguk + follow blog Ros yg xseberapanya itu.. ^_^
sama2 bunga ros...
akak nora pun berfikir kalo akak di situ..ish..terang2 duit org..dah lah dalam musibah..ish..tak nak la kandar kat akhirat nanti..dosa yang ada pun belum tentu..astagfirullah..
akak follow odahone jugak..tq follow akak ya..
manusia bila nampak duit..mata pun jadi buta..ishk3
http://www.ciksalmie.com/2011/01/desperatenya-mereka-amik-hak-orang-lain.html
Kalau kita kutip duit syiling tu, macam kita mencuri jugak,
Cuma kali ini kita mencuri di tempat terbuka di depan polis dan tuan punya syiling tu...haru...
Tips berkaitan madu
maybe diorang tolong kutip kot. sebab tu polis tu buat dek je. haha
Cara lajukan speed line broadband
nak buat macham mana lagi
gelap mata akibat duit dan orang malaysia kan klise
doa doa lah kita tak tergelap sebab duit sekali
tapi kalo tuan duit tu halalkan
pahala pegi kat die kan
pahala sedekah
investment untuk masa depan tu
hehe
@[silkyhazwan]...yela kalo singit 2 hinggit bleh kot halalkan...tapi berpuluh ribu cmni tuan dia nk halakan ker?...xtaulh kalo dia mmg pemurah orgnya..hoho!
Salam.
dah jadi kebiasan kat Malaysia ni. Orang eksiden kita ambik dulu harta dia yang berharga. Alasan nak membantu? sebab syiling-syiling tu semua jatuh atas jalan dan takut ada kereta yang terlanggar. Semoga Polis cepat membuat siasatan. RM75K bukannya sikit tu.
@lunaticg...wsalam...kalau yg jtuh tu durian ada yg nk tlg kutip x? hoho!
Post a Comment