08 January 2011

BERCINTA ITU MACAM ORANG TUNGGU BAS


Bercinta ni kadang-kadang macam orang tunggu bas...bila lalu bas yang kita berkenan kita tahan suruh bas tu berhenti...tapi kadang-kadang tak jadi nak naik pulak bila tengok bas tu dah full house or dah penuh macam sardin, so kita tunggulah bas yang lain pulak

Takkanlah kita sanggup berhempit-hempit, especially bila ramai foreign workers kat dalam tu...peh macam-macam bau ada, belacan, ikan masin, sotong goreng tepung, sweet sour masak tiga rasa n pelbagai bau tungkik yang menusuk ke lobang idung...bernasib baiklah orang yang ada lobang idung kecik

Macamlah korang takde pengalaman bersesak-sesak dalam bas...dalam ramai-ramai tu ada pulak yang nak ambik kesempatan meraba & gesel kat sana sini...gurl gak yang jadik mangsa cabul dalam bas

Sebab tu komuter sediakan gerabak khas untuk ladies...tapi ada gak gentleman yang naik koc gurl sebab tak bape reti nak baca arahan & buta warna tak kenal kaler pink, or die mmg jenis laki dua alam yang suka kaler pink macam kaler kotak jusmate5 Dr Rozmey tu...hoho

Bas yang sesak jugak jadi sarang buat pickpocket yang sangat suka mencuri duit, so hati-hati bila naik bas camni...banyak betul cabaran ek takkan korang nak naik bas yang camtu??? the choice is yours...

Lagipun banyak lagi bas yang ada tak payah bersesak-sesak, rapid kl ada, metro bas ada, bas sri jaya ada, bas express & macam-macam lagilah...kalau tak mahu bas yang panjang bas mini yang pendek pun ada

Sabar tunggulah bas yang lain pulak mana tau dapat bas yang elok sikit ker kan dapat duduk dengan selesa tak perlulah nak berdiri tunggu "queue"...dalam maksudnya tu pandai2 lah korang tafsirkan maksud yang tersurat, tersirat & tersiat...untung-untung dapat duduk kat sebelah guy or gurl yang ensem-ensem & cun melecun, boleh ayat mana tau dapat...boleh wat kesah "Cintaku diatas bas"

Dalam pada tu kena gak pilih bas yang elok-elok & good condition...kalo dapat bas yang dah macam tukun tiruan watpe kita nak naik gak...kan cari nahas tu, kalo dah terbalik bas tu kat tengah jalan kita gak yang susah...terus gi final destination dah tak singgah mana-mana perhentian bas lagi dah


Sekarang ni banyak kejadian bas terbabas & terbalik...bas yang maintenance ok & good condition pun boleh terbalik inikan pula bas yang macam nak gi perang tu...bas ok tapi kalau sikap driver tak ok tu yang jadi terbalik agaknya...entahlah

Lagi satu kita kena tengok gak driver tu camne coz dia yang akan guide & drive kita ke destinasi yang di tujui either ke parit, longkang, gaung or kat bawah lori...hope selamatlah sampai ke tempat yang kita nak pergi

Kalau tak selamat sampai rugi jek bayar duit tiket...dah lah harga tiket sekarang ni makin mahal...penting tu kena tau latarbelakang syarikat bas & performance dia punya driver dia punya history...itulah gunanya merisik sebelum bertunang

Disamping itu, ada jugak orang yang suka naik bas berhenti-henti or bas combat...macam touch & go lah perumpamaan bahasa sekarang ni...u touch u go...go to hell lah org yang camni...bila dia rasa nak berhenti dia pun tekanlah loceng, maka driver pun turunkanlah kat mana dia nak berhenti...lepas tu naik pulak bas lain...asyik macam tu jeklah

Tapi kadang-kadang dah tekan loceng berpuluh-puluh kali pun driver tak mahu berhenti gak...nasiblah dapat driver camtu, terpaksalah menapak jauh sikit...kadang-kadang passenger gak yang salah nape ko gi tekan loceng kat tempat yang bas tak leh nak berhenti

Ni nak cite sikit tentang pengalaman aku naik bas berhenti-henti dari muar ke segamat or bus North West Johor yang kaler merah n kuning tu...cite ni just selingan takde kena mengena dengan entry...

Ada sekumpulan budak sekolah ni yang perangai macam budak tak sekolah kebetulan naik bas yang sama dengan bas yang aku naik...dieorang boleh main tekan-tekan loceng bas suka-suka ati mak dia jek...siap buat macam soalan pop kuiz, sorang tu bagi soalan yang ngarut-ngarut pastu member-member yang lain berebut-rebut tekan loceng bas untuk jawab soalan tu

Si driver bas apa lagi benganglah bila tiap kali berhenti dengar bunyi loceng takde passenger yang turun...aku pun sampai lambat ke destinasi sebab perangai beruk-beruk yang tak bertamadun ni...tapi tak siapa yang berani sound habis konduktor bas & driver kena maki bila marahkan beruk-beruk ni sebab dieorang ramai...sabar jeklah

Ok, berbalik semula pada kita punya cerita yang asal...ada satu kes ni, si penumpang bas awal-awal lagi dah pilih bas yang elok, selamat, good condition & driver pun bersih takde rekod buruk JPJ, clean bukan seorang yang drug addict or kaki racing, senang cite pakej lengkaplah semuanya perfectly done...tiket pun dah beli awal-awal sebab takut "sold out"...

Tapi bila tiba pertengahan jalan tiba-tiba bas rosak pulak...apa nak buat manusia ni mampu merancang jek tapi Allah yang tentukan kesudahannya...itupun setelah kita puas berusaha dan berdoa...itulah namanya konsep tawakkal bukan berserah bulat-bulat jek kalau tayar bas botak, brek tak makan, bas pun tak servis & maintainance enjin betul-betul main lanyak jek, tu namanya saja cari pasal

Kalau bas rosak terpaksalah tunggu lama sikit...tunggu mekanik datang repair...mujur cuma bas jek yang rosak & tak terbabit dengan kemalangan...bagi yang tak sabar boleh tumpang naik bas lain or suruh family datang amik kat tepi jalan tu...tapi bagi yang sabar last-last dapat gak naik bas tu bila dah direpair

Kadang-kadang bas tu jadi lagi elok dari sebelum di repair, meluncur lebih laju & selamat...maybe bas tu bagi petanda awal sebab kalau tak rosak hari ni, si mekanik tak perasan ada something wrong pada bas tu & boleh menyebabkan kemalangan yang lebih teruk pada masa akan datang...tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Lastly, si penaiki bas bolehlah sambung perjalanan semula sambil berharap bas yang dinaiki tak rosak lagi berkat restu dari illahi dan boleh sampai ke destinasi dengan selamat dan abadi...

Hidup ini tak seindah seperti yang kita rancangkan...bersamamu hidup ini indah semuanya...


"Penantian Yang Beerti"

Disaat yang lain asyik menikmati
Kau pula membisu ternanti-nanti
Menunggu jawapan yang belum pasti
Adakah realiti sekadar fantasi

Hidup sering diumpat dikeji
Lantaran hidup tidak di isi
Menanti insan yang dikasihi
Tak kunjung tiba sehingga kini

Tiap saat detik dan hari
Usia mu terus dimamahi
Onak dan duri harus ditempuhi
Agar hidup tidak di disesali

Cekal hatimu bak serikandi
Bukan omong sekadar memuji
Kadang terluka bila disakiti
Namun itu tak kau peduli

Dua insan merpati sejoli
Apa dirancang terkadang tak jadi
Berpantang ajal sebelum mati
Menyerah diri jangan sekali

Hari dan minggu silih berganti
Perjanjian suci sudah dimeterai
Jangan ada yang mengkhianati
Itu lambang cinta sejati

Menadah tangan pohon illahi
Agar ketabahan cekal diberi
Penawar dihati perlu dicari
Penghujung pasti kau temui

Lautan api kau seberangi
Ombak dan badai kau harungi
Menanti akad ijab bersaksi
Itulah saat kekal abadi

By; acahia kapinatodongok


Penantian yang beerti


Bas yang sentiasa sihat walafiat...siapa yang naik bas ini akan SIHAT & pulih dari sakit tak perlulah buat rawatan kat hospital or jumpa pawang, bomoh & pak ustad...tapi akan sakit kembali sebaik saja si penumpang turun dari bas

Naik jeklah bas tu selama-lamanya tak payah turun-turun kalau nak sihat...berapa ek nak bayar harga tiket mahal tak?...lama-lama duit habis gak buat bayar tambang tiket bas, takkkan nak duduk jek atas bas tu tak mau kerja, mana nak dapat income, apolah...takde tiket sila turunlah encik penumpang...hoho...mengarut


Bas yang tak selamat sampai ke destinasi either kecuaian pemandu, kerosakan pada bas, faktor cuaca, keadaan jalan or dah takdir dia macam tu...dah tak serupa macam bas pun



Bas pendek yang boleh mencilok time jalan jam...bas yang pernah menakluki Bandaraya Kuala Lumpur pada sutau masa dulu



Bas yang budak-budak naik pergi ke sekolah hari-hari...dulu aku pergi sekolah tak pernah naik bas, naik gak bas tapi bas sikal


Bas double decker kat malaysia pun dah berlambak...dulu cuma tengok ada kat london jek...macam kat dalam snek double decker tu...tapi sekarang dah senang nak nampak...yang dah terbalik pun senang gak nak nampak dalam paper


Amaran...Jangan sesekali cuba untuk menaiki bas ini!!!

**Ini adalah entry lama yang diberi nafas baru oleh si penulis

*nota kaki berbau : 
Bas tidak akan selalunya menunggu penumpang tetapi penumpang yang akan menunggu bas. Penumpang selalu kena tinggalkan bas tetapi jarang meninggalkan bas. Bas tak selalu rosak tetapi akhlak penumpang bas yang selalu rosak


9 KOMEN:

Taufan Bin Ribut said...[Mari Balas Komen Ini]

skang org dah tak naik bas..gune lrt..lagi cepat(lara,rintihan,tangisan)

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Taufan Ribut...kami duk kg solok yg ada cuma bas & teksi sapujek...

mknace unlimited said...[Mari Balas Komen Ini]

:):):)
bas yang last tu bahaya
terbaeekkk!!!!

Biey said...[Mari Balas Komen Ini]

macam tau je gambaryang atas skali tue..
gambar kat kundasang, ranau sabah ke..
saja meneka..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Albie Adzan
xtaulh gmbo curi dr en google...mybe kot pnh g tmpt tu ke?

Biey said...[Mari Balas Komen Ini]

>> odahone..
saye penah tinggal kat sane..nice place.. kat kaki gunung..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Albie Adzan...oic heaven tmpt tu..kat kaki gunung...xpnh smpi sabah lg tp ada rmi kwn kt sana...tgu sabah kami dtg!

syafiqsulaiman said...[Mari Balas Komen Ini]

ktm sekarang dh lawan bus plak..
hehehe,,

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

mmg penantian 1 penyeksaan...tp seksa lg kalo kena tgl bas..hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...