29 January 2011

PIALA SUMBANGSIH 2011 | SELANGOR vs KELANTAN




Saingan musim bolasepak Malaysia dah kembali bermula! 

Tahun lepas adalah tahun kecemerlangan bagi pasukan bolasepak Malaysia...kita dah menang Piala AFF Suzuki yang selama ni tak pernah pun kita dapat...hope tahun ni saingan lagi menarik & gempak penuh dengan aksi & skill para pemain..bukan aksi  hooligan para penyokong yang kat dalam & luar stadium tu...no firework no laser beam no bakar-bakar kerusi!

Piala Sumbangsih membuka saigan liga bolasepak Malaysia bagi tahun 2011 yang menjanjikan aksi-aksi yang lebih menarik...kalau kat England omputeh panggil Charity Shield Cup tapi kat Malaysia kita panggil Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah 

Untuk rekod bermula musim Liga Malaysia 2011, format Piala Sumbangsih kembali ditukar....Juara Piala Malaysia pada musim lepas akan menentang Juara Liga Super Malaysia pada perlawanan pertama musim ini...kalau sebelum-sebelum ni Juara Piala Malaysia akan berebut Piala Sumbangsih dengan Juara Piala FA (atau naib juara piala FA, jika pemenang Piala Malaysia juga adalah juara piala FA)

Piala Sumbangsih ni diadakan setiap tahun & merupakan perlawanan pembuka tirai bagi musim Liga Malaysia...kira macam intro lah dalam saingan liga bolasepak Malaysia

Saingan kali ni adalah di antara pasukan Kelantan bertemu dengan Selangor...Kelantan turun selaku Juara Piala Malaysia & Selangor selaku Juara Liga Super...tahun lepas 2010 Selangor dah pun jadi champion untuk piala ni mengalahkan pasukan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1...tahun sebelumnya pun Selangor jugak yang merangkul piala ni

Mungkinkah pasukan Selangor akan merangkul buat kali ketiga atau hatrick? Ataupun pasukan The Red Warriors yang akan merampas takhta kejuaraan dari The Red Giants?

Sama-sama RED & sama-sama merah ni...memang semangat merah tengah membara-bara...ada orang yang cakap team yang pakai jersi merah ni selalunya akan menang tak kiralah apa-apa games pun...maybe ada Feng Shui kot...bukan aku yang cakap tapi orang yang cakap

The Red Giants dah 8 kali menang Piala Sumbangsih, banyak tu...tapi The Red Warriors masih belum pernah menyentuh piala kebanggaan ini walaupun sekali...tahun lepas pasukan Kelantan dah pun menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali...macam-macam habuan yang pemain-pemain dapat...maybe tahun ni diaorang nak rasmikan saingan bolasepak Malaysia dengan kemenangan kot...kalau tengok dari segi potensi memang pasukan Kelantan tengah tip top sekarang ni

Sama-samalah kita nantikan aksinya pada malam ini...Support Our Local Football!

Piala Sumbangsih 2011 Selangor vs Kelantan

Stadium Shah Alam
Sabtu
29 Januari 2011
8.45 mlm
Live : Astro Arena (Tv1 tak tahu lagi ada live or tak)


All Images By Mr. Google



*nota kaki berbau :
Bolasepak adalah satu permainan yang banyak dimainkan dengan kaki tetapi yang selalu menang biasanya memainkan ia dengan akal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...