13 January 2011

HARIMAU MALAYA DAPAT RM65,000




Tahniah buat skuad Harimau Malaya yang dapat habuan durian runtuh dari kerajaan Malaysia...ok lah tu penyokong dapat cuti & pemain dapat duit...barulah fair & square...tu baru habuan yang kerajaan pusat bagi tak termasuk yang kerajaan negeri masing-masing bagi...ada yang dapat duit, rumah & yang dapat tanah pun ada...berbaloi-baloilah makan tak habis...gaji main dengan kelab setahun pun tak banyak macam tu

RM65,000 kira reasonablelah tak banyak & tak kurang...yang paling aku setuju RM50,000 kerajaan bagi dalam bentuk Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020...dalam tempoh 10 tahun dah matang baru boleh keluarkan...baguslah camtu tak bagi cash banyak-banyak, cuma RM15,000 jek yang kerajaan bagi dalam bentuk cash...kalau bagi cash duit setakat RM65,000 tu senafas jek boleh habis kalau bagi kat aku...faham-faham jeklah duit tu macam air...idea bagi ganjaran dalam bentuk saham ni memang paling bijak

Lagipun kerjaya sebagai player bolasepak kat Malaysia ni bukannya terjamin sangat...yang paling player takut bila injured & tak boleh nak main bola lagi...berapa ramai pemain bola yang terpaksa gantung but bila injured...bukan kat malaysia jek tapi star-star kat seluruh dunia macam tu...kaki tu aset paling berharga bagi player, tapi bila dah injured & tak boleh guna untuk sepak bola maka bolehlah say farewell to football & profession...bila dah jadi camtu terpaksalah cari kerja lain balik kampung tanam jagung

Lagi satu player bolasepak ni bila dah cecah umur 30 tahun performance pun dah menurun...rekod player paling tua untuk Worldcup pun setakat umur 38 tahun dipegang oleh Roger Milla dari Cameroon...itu pun dah tak form sangat nak kejar bola pun dah tak larat bola yang kejar dia...kira umur 30 tahun ke atas ni usia decline atau menopaus bagi football player

Langkah kerajaan bagi RM50,000 dalam bentuk ASW 2020 tu memang tepat...mungkin 10 tahun akan datang ramai player yang akan bersara...bolehlah guna duit yang ada ni sementara nak cari kerja lain or nak set up bisnes ke...anyway, syabas Harimau Malaya & teruskan mengaum jangan berhenti setakat ni jek...asah lagi kuku & taring tu kasi tajam & perbaiki lagi skill nak menerkam & membaham mangsa...Barulah Rimau!

*nota kaki berbau :
Kalau kita tak berani nak masuk dalam kandang harimau macam mana kita nak tangkap anak harimau

5 KOMEN:

Anzur Anuar said...[Mari Balas Komen Ini]

aku pun setuju dengan langkah kerajaan. menjamin masa depan dengan pelaburan tuh. :)

Live Blog: belog! my Oxygen

monica said...[Mari Balas Komen Ini]

bagus juga langkah kerajaan agar menaikkan lagi semangat mereka :)

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

AA : nice idea right!
Monica : duit naik smgt pun naik...jgn trun sudah...

S.3.V.3.N said...[Mari Balas Komen Ini]

btol2..harap boleh main lebih bgus lg lepas nih.

iniialahaku said...[Mari Balas Komen Ini]

rzeki mlmpah ruah..yg sham 2 bgusla..nnti pkat enjoy habis duit tu muda2 ni pa pon xda nnti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...