Kalau modal dah ada & tapak kedai untuk buat bisnes pun dah ada, orang yang nak conduct bisnes pun dah standby, apa agaknya bisnes yang paling best & agak menguntungkan serta senang nak conduct?...tak kesahlah bisnes produk or servis asalkan yang halal & berkat...apa agaknya trend customer sekarang ni?
Kalau join bisnes yang bukan-bukan ni takut kena kencing pulak...ramai yang kat luar sana tu yang suka-suka cekik duit orang...orang lain yang susah payah keluarkan modal dia pulak yang kaya...memanglah kaya tapi duit tak berkat setakat kaya duit jeklah benda lain engkau tak dapat pun...lebih baik jadi pakcik yang jual kuih apam balik kat tepi jalan tu rezeki masuk hari-hari walaupun tak banyak tapi senang hati...bisnes jual makanan pun elok jugak ek sebab orang makan hari-hari bukan seminggu sekali...masak pulak tak berapa reti
Kemahiran apa yang aku ada untuk start bisnes dari zero?
Kemahiran apa yang aku ada untuk start bisnes dari zero?
Kalau ada apa-apa idea tolonglah bagi idea...dua tiga hari ni memang fikir pasal cara nak cari duit sebab income dah semakin berkurangan & expenses semakin bertambah & harga barang dah makin naik...bukannya nak bisnes kaya raya sampai jadi jutawan & ambik gambo sambil tabur duit kat atas badan tu, just yang simple-simple jek...buntu jugak kepala nak fikir...nak jual pisang goreng stok pisang pulak susah nak cari sekarang ni...minyak masak pun dah kehabisan stok even negara kita pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia (yang ni lagi pelik)...whatever...
*nota kaki berbau :
Ada yang panggil ringgit, ada yang panggil dollar, ada yang panggil baht, ada yang panggil rupiah, ada yang panggil peso, ada yang panggil dinar, ada yang panggil pound sterling....semua ini duit, bikin orang belit, bikin orang sakit...adoi!
3 KOMEN:
jual minyak wangi, la.. senang aje.
betul gak ek! hrga myk pun dah nek, tp myk petrol lah...hoho...tq gud idea
toreh getah..harga getah skrg mahal o0o0..sbb musim ujan.
Post a Comment