12 January 2011

LOVE LETTER FROM 8 YEARS OLD BOY


Cuba baca apa agaknya yang ditulis kat atas tu...kalau tak clear, try klik untuk besarkan...kalau tak nampak gak ni aku taipkan semula apa isi kandungan surat tu...

"Alia Sayang Hakim Tak, Kalau Sayang Hakim Cintah Sama Awak,  Abang nantih cium Sayang"

Peh! meremang bulu roma aku bila baca ayat budak ni...dah pandai nak cintah (eja cinta pun tak reti ada hati nak bercinta)...dah pandai nak cium-cium pulak (cium telapak tangan aku meh)...dah pandai nak sayang-sayang (padahal burung pun tak sunat lagi)...you are too young boy!

Kalau korang nak tahu yang tulis surat ni cuma budak yang belum akil baligh...baru umur 8 tahun jek namanya Hakim (Akim) & budak yang dia bagi surat ni baru umur 7 tahun nama Aliya (Aleeya)...Akim ni anak jiran sebelah menyebelah aku & Aleeya ni pulak anak sedara aku

Tiap-tiap hari dieorang ni main basikal sama-sama...pernah gak aku nampak si budak laki ni bonceng anak sedara aku naik basikal ke hulu hilir...biasalah tengok budak-budak main aku tak syak apa-apa pun...kalau Aleeya tak keluar main basikal, budak Akim ni akan datang rumah cari Aleeya selagi tak keluar macam nak pecah loceng Ding Dong rumah aku dia tekan

Tapi, semalam persepsi aku mula berubah bila Aleeya cakap kat aku macam ni setelah surat tu kantoi ditangan aku; 

"Akim yang bagi adik surat ni tulis sayang-sayang & cinta...budak-budak mana boleh cinta kan? adik tak habis sekolah lagi...tadi adik dah marah kat dia" 

Mula-mula aku pun macam tak percaya entah dari mana dia belajar agaknya tulis love letter camni...aku dulu pun tak sebijak ini nak layan giwang masa underage...inilah penangan budak sekarang...
dah besar esok, sure bawak anak sedara aku naik motor pulak habis jadi minah rempit...ini tak boleh jadi!

Si Aleeya ni boleh tahan comel jugaklah bila senyum nampak lesung pipit yang timbul kat pipi...mungkin mewarisi kecantikkan & kehenseman mak & bapak sedara dia kot...hoho...patutlah bukan main mesra lagi rupanya ada udang disebalik mi udang...budak laki ni dah melampau & bakal jadi budak terlampau kalau tak dibendung dari awal lagi

Odahone just nak share kat parents yang kat luar sana...jagalah anak elok-elok especially anak perempuan, sebab cabaran nak jaga anak zaman millenium ni lagi hebat...trust no one even mereka just kanak-kanak...entah aku pun takde anak lagi tak tahu nak cakap lebih-lebih...just beware!

Apa agaknya yang patut dibuat;
  • Jumpa dengan parents budak Akim & tunjukkan bukti surat ni
  • Buat perintah berkurung & jangan kasi Aleeya keluar rumah main basikal
  • Beri nasihat pada budak-budak ni atau buat sesi kaunseling
  • Bagi warning keras kat budak Akim atau penampar Jepun (tak elok pulak)
  • or any other idea


*nota kaki berbau :
Kanak-kanak boleh bertanya soalan yang orang dewasa tak tahu nak jawab & boleh buat apa yang orang dewasa boleh buat

26 KOMEN:

erinn kechiik said...[Mari Balas Komen Ini]

agak bahaya budak2 sekarang ni kan.. hurmmmm kena pantau ni...

mr.cape said...[Mari Balas Komen Ini]

Mujur bukan samin.kalau si samin aku dah flying kick dari jauh..

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@erinn kechiik...mncbr tgas parents skrg ni kan...

monica said...[Mari Balas Komen Ini]

bahaya juga kes ini ye..harap2 x da perkara yg lebih2 berlaku..buat sesi kaunseling saja & jumpa kedua2 ibu bapa.. :)

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@mr.cape...samin lum smpi level tu, die just rmpit nek beskal jek...

kenali samin...

http://odahone.blogspot.com/2010/12/boleh-pandang-pandang-boleh-pegang.html

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@monica..yup rasa cara tu yg terbaek kot

aleen aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

wooo part yg nak cium2 2 memang nak kene lempang.hu3

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

Cuba baca yg ni pulak...ini pun mcm nk kne lempang gak...hoho!

BOLEH PANDANG-PANDANG BOLEH PEGANG-PEGANG

erinn kechiik said...[Mari Balas Komen Ini]

@odah one = odahone

yah betul2..

ibu bapa perlu lebih masa bersama anak2..

F@UZEE said...[Mari Balas Komen Ini]

astaga! kecik2 dah pandai nk cium2. meh cium telapak tangan ni...

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

hoho...cium telapak tgn...sadis tu

nurul ain said...[Mari Balas Komen Ini]

uittsss ! ini takleyh dibiarkan nieyh.bahaya tuh..saya cdgkn jmpe ngan prents dye and slow talk.tnjukkn surat tu kt prents dye.

De Mois said...[Mari Balas Komen Ini]

Baik jumpa budak akim 2 dulu. U better bagi nasihat dia dengan cara diplomatik sikit. Biar dia boleh terima. Apa2 hal boleh rujuk balik kat Dr SS. Haha..

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@De Mois

Dr SS sape ek? Samsuddin Sameon ke?

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@nurul ain

sian plak kt bdk tu coz parents dia garang mcm harimau malaya...tkt jd kes dera plak...

suka cartoon said...[Mari Balas Komen Ini]

uishhh..kecik-kecik lagi dah pandai..budak zaman sekarng lagi advance dari kita...huhuhu..

Albie Adzan said...[Mari Balas Komen Ini]

pergh.. ape le bebudak zaman sekarang ney..
suruh blajar tak nak..
jangan becinta..nak pula..konpius..

awahslayer said...[Mari Balas Komen Ini]

better kurangkan pergaulan bebudak ni coz dah tahap melampau dah ler a.b.u (anak bawah umur)!!!

fieha said...[Mari Balas Komen Ini]

terlalu advance bdk skrg ni..x tau ka ape nk jadik..risau bila pikirkan masa dpn bakal2 anak2 generasi muda..

aRaN said...[Mari Balas Komen Ini]

wtf!!!!!!!!!!!

❤NazirahMoktar❤ said...[Mari Balas Komen Ini]

kes parah ni.ni pengaruh drama tv la ni =,=

sollehahn said...[Mari Balas Komen Ini]

advance btol budak2 sekarang...kena pantau dari kecik...dah besar gak tak tau pe jadi

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@sollehahn...dah beso jd tarzan agknya...hoho...

Cik Puan Izan❤ said...[Mari Balas Komen Ini]

sebenarnya budak tu tau tak apa yang dia tulis..bahaya betul budak mcm ni...

soooooour said...[Mari Balas Komen Ini]

nak main sama2..make sure main dpn mata..main dlm rumah...baru dak tu x brani nak kiss2...

Odah + One = OdahOne said...[Mari Balas Komen Ini]

@soooooour...yela...tapi xlarat gak nak monitor diaorg main 24jam...budak2 main tak reti nk stop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...