09 January 2011

LIF BOMBA UNTUK ORANG PINDAH RUMAH?


Hari ni aku nak cerita peristiwa time aku tunggu lif semalam...standardlah kalau duduk kat apartment time pukul 6.00pm-8.00pm memang lif tengah jammed giler...orang berebut-rebut nak guna ada yang baru balik kerja, balik sekolah, balik dari outing & macam-macamlah...lobi kat depan lif tu memang confirm besesak-sesak dengan orang yang semuanya nak cepat

Lif pulak tinggal 2 jek yang satu lagi rosak lagilah jenuh aku nak menunggu...tengah sibuk-sibuk tunggu queue nak naik lif, datang sepasang suami isteri yang gayanya macam orang baru nak pindah sambil bawak banyak barang-barang 

5,4,3,2,1,G...lif bomba pun berhenti kat ground level...aku pun bersiap nak masuk sebab dah turn aku...kat depan sekali 2 orang budak perempuan & sorang makcik dah standby nak masuk...tiba-tiba si suami isteri tadi berlari pulak kat depan lif & bercakap sesuatu bunyinya lebih kurang macam ni;

"Lif Bomba ni guna untuk orang pindah rumah!" kata si suami dengan cara yang very rude sambil halang orang ramai dari masuk dalam lif & halau yang lain keluar

Makcik yang kat depan sekali pun keluar sambil buat muka masam...salah sorang budak perempuan tu pulak membebel tak puas hati...si suami tu pulak buat muka selamba seakan mengejek-ngejek...kawan dia yang kat sebelah tu jadi panas apa lagi dia pun menjerit;

"Nak pindah rumah tapi menyusahkan orang bengong!"

"Gunalah lif kat sebelah sana tu! kitaorang bawak barang banyak ni tak nampak buta ke?"...Si bini pulak menjawab perangai pun sama macam laki dia gak very rude

"Orang lain pindah rumah gak tapi tengok time lah! yang korang pindah time macam ni apesal?" budak perempuan tadi menjawab balik

"Kalau nak pindah malam sikitlah, time-time camni orang ramai nak guna lif"...sorang pakcik tu pulak backup

Memang kecoh time tu...cuma takde adegan tumbuk-menumbuk jek...si suami isteri tadi muka dah merah padam sebab malu dengan tindakan sendiri akhirnya pasrah & bagi orang lain yang dah lama dok menunggu dari tadi masuk

Moral of the story :
  • Kalau nak pindah kat apartment or pangsapuri carilah time yang sesuai supaya tak menyusahkan hidup orang lain
  • Berbudi bahasa ketika bercakap lebih-lebih lagi bila berdepan dengan orang ramai tak kira dengan orang tua or muda
  • Bersabar ketika menunggu lif, tunggu turn jangan asyik nak potong queue jek & bagi macam-macam alasan
  • Orang tamak selalu rugi, macam si suami dengan si isteri tadi, last sekali malukan diri sendiri


*nota kaki berbau :
Yang kurik itu kendi yang merah itu saga, yang baik itu budi yang indah itu bahasa

11 KOMEN:

aleen aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

eh3..dorang 2 memang macam nak mintak penampor je.alin yg bace ni pulak yg geram.hu3

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@aleen aiden...yup kasi penampor jepun skali baru tau!

Haa Fakihah said...[Mari Balas Komen Ini]

ee bencinye!! dlu ha pon dk apartment. tp org kt ctu xde la nk angkat brg time lif bz. tghri buta dorang bwk trun brg. time tu org xde.

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

yela haa...time tgh hr buta & tgh mlm smpi subuh pndhlh line clear xsape nk mrh pun

FyNa said...[Mari Balas Komen Ini]

hurm, memang krg ajar giler..dala xde sopan santun...

niDa said...[Mari Balas Komen Ini]

tak sopan langsung... ape la...

Dawa said...[Mari Balas Komen Ini]

kalau aku, ntah2 dh bertumbuk dh. huhu

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@Dawa...kasi tumbuk perut dia 16 kali...

ZulkifliMN said...[Mari Balas Komen Ini]

haha.. kalau aku la, aku tak sound.. tapi aku tekan je lift tu bagi open.. bio dia tak dapat naik, pintu terbukak.. nak tutup je takan balik.. haha..

ZulkifliMN said...[Mari Balas Komen Ini]

haha.. kalau aku la, aku tak sound.. tapi aku tekan je lift tu bagi open.. bio dia tak dapat naik, pintu terbukak.. nak tutup je takan balik.. haha..

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@ZulkifliMN...haha! betul gak ek...cara tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...