11 January 2011

ISTERI SUPER ATAU SUPERB?


"Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika disusukan

Payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain. Jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri akan sentriasa hangat. Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah mamakan jamu dan bersenam.

Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur. Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu.

Ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan zaman. Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana 'harimau' yang mengamuk pantang dicabar.

Sebagai orang tua saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumahtangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai 

Itulah diatara nasihat Isteri Super berdasarkan laporan muka depan Metro Ahad, bertajuk "Isteri Super". Mansura Sirai, 65, yang melahirkan 23 cahaya mata termasuk enam meninggal dunia menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun.

"Isteri SUPER tu apa? Isteri SUPERB apa pulak maksudnya?"

Entah aku pun tak tahu sangat maksudnya apa...yang aku tahu perkataan super tu nak menggambarkan betapa kuatnya seseorang...contohnya; macam Superman (orang lelaki yang kuat & boleh terbang tapi pakai seluar dalam kat luar)

Maksud isteri super lebih kurang macam ni kot kalau berdasarkan cerita yang kat atas tu; seorang isteri yang sentiasa menjaga penampilan diri luar & dalam walaupun dah berusia & beranak-pinak semata-mata untuk si suami serta pandai melayan karenah suami...sebab kebanyakkan orang perempuan tak jaga semua tu bila dah ada ramai anak...kadang-kadang anak baru sorang pun dah start malas nak jaga badan

Isteri superb pulak isteri yang mempunyai bentuk tubuh badan yang mengiurkan...tang mana yang mengiurkan tu aku pun tak tahu terpulang pada judgement masing-masing...setiap lelaki ada taste tersendiri...orang laki ramai yang suka cari isteri yang macam ni kot...tapi bila tak pandai maintain superb, startlah sang suami cari yang lain yang lebih superb duperb...kalau orang laki pilih calon isteri yang kriteria macam ni aku rasa memang tak kekal lama kot

Ada orang cakap orang perempuan ni cantik tak berapa hari jek, keluar anak 2 or 3 orang hilanglah semua tu...ada betul gak cakap macam ni sebab ramai isteri yang lepas bersalin dah sibuk jaga anak sampai diri sendiri pun tak terbela...suami pun ada point nak bukak cawangan baru


Kesimpulannya, aku rasa kecantikan fizikal luaran termasuk paras rupa & body bukanlah faktor penentu segala-galanya dalam mengekalkan hubungan suami isteri...lagipun benda tu semua bersifat sementara jek...orang perempuan cantik macam mana pun lama-lama muka berkedut jugak, punggung pun jatuh gak...buatlah plastik surgeri or suntik botox tapi mana nak sama dengan rupa yang asal time muda dulu

Tapi, hati budi dan akhlak atau dalam bahasa Islamicnya iman adalah lebih penting sebab benda tu yang kekal selamanya...walaupun umur dah 100 tahun iman tetap akan maintain sebab benda tu yang akan dibawak sampai mati...body yang cantik & superb tu semua anugerah Allah yang tuan punya badan sepatutnya bersyukur & jaga elok-elok bukan untuk tontonan umum...kepada wanita yang dikurniakan wajah cantik, bersyukurlah dengan kecantikan yang dimiliki serta behati-hati kerana anda sering diperhati...

Mr. Google  Image
*nota kaki berbau :
Orang yang menyarung seluar dalamnya diluar digelar sebagai Superman tetapi orang yang menyarung seluar dalam di dalam digelar sebagai Man, adakah anda ingin digelar Superman?


4 KOMEN:

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

tekejut bace mula2 tadi.tetibe pasal payudara2 nih,hengat da salah chanel.hu3rupanye dr metro..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

hoho! saje wat gempak...

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

tp tu la ade pulak yg suke tnjuk seksi payudara is3 tu kat org.seksi body pon byk skran ni..mm
aku nk jadi Man je..suar dlm kat dlm je..kt luar tu nnti org ckp giler plak..hehe
superman mmg giler kan..hehe :p

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@HARITH ISKANDAR...org yg reka watak superman tu yg giler kot...mybe dia mmg suka pakai spender kat luo...hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...