17 January 2011

COLI LASER AKHIRNYA MENJADI KENYATAAN...


Image By Mr. Google

"Julia Perez Tunai Janji Pakai Coli Laser"

JAKARTA: Selebriti kontroversi, Julia Perez yang gagal muncul dengan coli laser dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala Suzuki antara Indonesia dengan Malaysia beberapa minggu lalu, akhirnya menunaikan janjinya berbuat demikian ketika menyanyi di sebuah kafe kelmarin.

Akhbar hiburan Internet, Okezone melaporkan, Julia atau Jupe mengenakan pakaian seksi dengan coli yang mengeluarkan cahaya merah yang menyilaukan. Beberapa penonton meng- hulurkan wang kepada pelakon filem Hantu Jamu Gendong itu, tetapi Jupe enggan menerimanya sambil berkata: “Saya datang ke sini bukan untuk mengutip wang anda, tetapi kehadiran saya ialah untuk menghiburkan anda.” - Okezone (MyMetro>Global)

Akhirnya dapat jugak si JUPE ni tunaikan janji dia nak pakai coli berlaser, walaupun bukan dalam stadium waktu match Piala AFF Suzuki tahun lepas...baca entry ni untuk flashback "COLI JULIA PEREZ MENANTI PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA DI GELORA BUNG KARNO "...tapi, tak tahulah macam mana rupanya coli tu gamaknya...takde pulak gambar yang diaorang upload...macam kelakar pun ada aku tengok minah ni...nak cari publisiti murahan kot, aku tengok dia taklah cantik & superb mana pun...maybe sebab dia pandai expose aset yang dia ada sebab tu jadi glamer...lantak kaulah minah oi!

Kalau dah janji mesti ditepati...setakat janji yang macam ni kalau tak tunaikan lagi bagus...tapi, maybe sebab Si Jupe ni dah terlepas cakap & malu kalau tak tunaikan sebab ramai yang dah mengharap nak tengok time match hari tu termasuklah aku & rakyat Malaysia yang lain...so, inilah caranya dia nak cover malu padahal menambahkan lagi malu & menjatuhkan maruah sendiri...tak kesahlah asalkan dia enjoy dengan apa yang dia buat & kita yang kat Malaysia ni tak terikut-ikut dengan budaya yang macam ni

*nota kaki berbau :
Lelaki mempunyai 9 akal & 1 nafsu, perempuan mempunyai 1 akal & 9 nafsu...betul ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...