21 January 2011

HAK ORANG HAK KU JUA?


Setiap orang ada hak masing-masing...hak untuk bersuara, hak beragama, hak untuk bekerja mencari rezeki, hak cipta, hak sebagai pengguna, hak intelektual, hak kanak-kanak & macam-macam hak lagi

Tapi aku bukan nak bercerita tentang hak yang aku sebutkan tadi...cuma nak cerita tentang hak harta benda orang lain...ada sesetengah orang yang suka jadikan hak milik orang lain macam hak dia sendiri...pinjam kereta orang tapi buat macam kereta sendiri (minyak pun tak mahu isi), pinjam baju orang lepas tu buat macam harta sendiri tak reti nak pulang susah payah mintak baru nak pulangkan, pinjam barang orang mintak izin sekali jek lepas tu hari-hari guna macam barang sendiri & jumpa or ambil barang orang lain lepas tu buat macam hak sendiri tak mahu pulangkan

Sekarang ni pun aku tengah gunakan hak aku iaitu hak untuk bersuara walaupun hanya dalam blog...bagi orang yang suka sangat mengambil atau merampas hak orang lain sedarlah sikit takkan selamanya nak hidup macam tu...bayangkan kalau hak kita orang buat macam tu...sure kita pun tak suka & benci...jagalah hak harta benda masing-masing & orang lain jangan main tibai semacam jek...jangan ambil kesempatan atas kelemahan atau musibah yang menimpa kat orang lain

Moral of the story, hormatilah hak orang lain sebab memenuhi & menghormati hak sesama manusia adalah kewajipan setiap individu...sebagaimana yang telah diajarkan dalam agama Islam bahawa kita harus menjunjung tinggi nilai hak sesama manusia meskipun orang selain Islam...pulangkanlah harta benda kepada mereka yang berhak

Ini dia cerita realiti yang berkenaan dengan hak...

Pulangkan Segera Syiling Diambil

SEREMBAN: Pengguna jalan raya yang memungut dan mengambil duit syiling bertaburan dalam kemalangan di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau, di sini, pada Selasa lalu diminta memulangkan semula wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, duit syiling yang diambil itu boleh diserahkan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman mereka.

Mymetro < Setempat


*nota kaki berbau :
Tak sabar nak tengok cerita Haq, bukan incredible Hulk tapi HAQ yang ada aura biru & merah tu, good & evil...macam best jek 

10 KOMEN:

.sweet-ants. said...[Mari Balas Komen Ini]

ade ke yg nk pulangkan? xde nyer

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

yup...ntah2 duit tu pn dh hbs enjoy

Miecyber said...[Mari Balas Komen Ini]

Mereka berdosa selagi tidak memulangkan wang yang di kutip itu.Mereka tidak malu kerana mencuri di depan polis dan pemilik duit syiling itu sendiri...


Dana Belia 1Malaysia bernilai RM20 juta

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

patutnya news tunjuk jer muka sorang2 yg curi syiling tu

Student Perlu Tahu | RESUME
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?

Sham said...[Mari Balas Komen Ini]

salam kenal...

agak2 dapat ke collect balik semua syiling2 tu ye...?

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

miecyber : ntah kalo nk curilh juta2 puas ati ni duit syiling pun nk curi

P.momoy : yela better tnjuk jek muka org yg tgh kutip tu kat frontpage paper

Sham : salam kenal...rasa2 mcm xdpt jek

deCrewz said...[Mari Balas Komen Ini]

Nama pun manusia, pantang nampak duit.. Kes yang Jai terpaksa handle dengan Plusronda sampai sekarang x settle2 lagi. Pengguna j/raya yang keras kepala.. Nak halau pun ssh sebab terlalu ramai yg dtg kutip...

S.3.V.3.N said...[Mari Balas Komen Ini]

yang pelik nye time xciden tu knp polis x halang je diorang kutip?sbb gmbr kt entri lepas tu ada polis kalau x silap.

Pura -pura mabuk untuk selamatkan diri

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...[Mari Balas Komen Ini]

hmmm..biasalarr manusia ni kann!!~ duit tu utama...dosa kemudian2 kira!! tp pernah de pgalaman duk hostel aritu masa study2...mmbr roomate tu punya selamber jerkk brg2 org mcm dia punya...aduii..susah gak de org cenggini..nk luah salah..xluah pun salah...hehehe!!

odah + one = odahone said...[Mari Balas Komen Ini]

@♥WEIYDAWEINGWAFFA♥...time duk hostel standardlh sume brg di wakafkan...main tibai jek org py...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...