Mr. Google Image |
Malam ni Odah & One nak keluar makan mi bandung sambil berdating...tapi maybe mak & ayah pun ikut join sekali kot bimbang terjadi aksi yang terlarang...hoho!...bila sebut pasal mi bandung of courselah Mi Bandung Muo yang jadi pujaan hati...dah test makan kat tempat lain memang tak best langsung rasa macam makan mi kari
Selama ni cuma tau makan jek tapi sekarang nak cuba singkap sikit sejarah mi bandung ni & Kenapa Mi Bandung Muar ni terkenal sangat??? Apa rahsia disebalik tu???
Mi Bandung atau Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor, Malaysia...tempat lain pun ada kot tapi tak terkenal & sesedap macam yang ada kat Muo ni.
Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut, yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain...misalnya, seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D)
Pening jugak nak fahamkan maksudnya ni...apa kaitannya dengan Mee Bandung??? Cer Cer Cer Ceritain...
Sebenarnya, Mee Bandung adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada suatu ketika dahulu maka ia digelar sebagai Mi Bandung...Mi + Telur = Mi Bandung (gandingan antara mee & jugak telur simple equation but with a big answer)...sama jugak macam Odah + One = OdahOne...hoho!...gandingan yang ideal Insyallah Boleh! dan yang terbaru sekali Odah + One + Bizz = OdahOneBizz...sori, dah lari dari topik mi bandung ni
So, OdahOne nak ambil kesempatan untuk perbetulkan kekeliruan kat sini...Mi Bandung dengan Bandung (nama suatu tempat kat Indonesia) takde apa-apa kaitan langsung...hope, orang tak salah anggap & keliru, langsung takde kaitan samada dengan yang hidup mahupun yang telah mati...takut nanti orang dari Bandung tumpang glamer pulak disebalik keglameran nama Mi Bandung Muar & orang Muo pun terasa hati bila orang Bandung cakap orang Muo tumpang publisiti murahan disebalik nama Bandung
Di samping tu, dalam mi bandung jugak ada ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering...sekarang ni ia dah ditambah pula dengan bahan tambahan seperti udang, daging, fish cake/ball dan jugak sayuran...nak kasi rasa bertambah umph! & menarik lah tu
Ada jugak yang letak biskut marie nak kasi kuahnya bertambah pekat...tapi sekarang dah ada rempah mi bandung instant senang jek nak buat tak payah bersusah payah... just tambah air rebusan daging & bahan-bahan lain yang kita suka dah siap...rasa pun boleh tahan best tapi kenalah beli rempah Mi Bandung Ori dari Muo bukan kat tempat lain
Daripada mana dapat nama Mi Bandung Muar tu? Tempat lain kat merata Malaysia pun ada jugak jual Mi Bandung???
Sebab, Mee Bandung Muar telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia...ramai yang dah cuba & diakui serta diketahui Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah...standardlah bila sesuatu makanan tu rasa sedap & ramai yang suka makan kat situ, maka ia akan digelar dengan panggilan yang sama...Contoh; laksa penang, sate kajang, nasi beriani batu pahat & macam-macam lagilah
Ok, setakat ini saja cerita tentang Mi Bandung...air liur pun dah banyak yang meleleh masa taip entry ni...tak sabar nak terjah gerai mi bandung malam ni...so, siapa yang datang Muo & nak tahu kat mana port nak makan mi bandung yang paling sedap kat Muo jangan segan-segan contact OdahOne...siapa yang belum test rasa mi bandung muo bolehlah cuba rasa sekarang...tapi nak yang pure taste jemputlah datang ke muo
Kalau nak tahu apa lagi makanan yang best-best kat Muo or tempat-tempat menarik yang ada kat MUO boleh try baca entry yang panjang lebar tentang Muar...segala-gala tentang Muo ada kat sini...MUO BANDAR MAHARANI...bye...from Muo to Taypeng with lot of love
*Mi Bandung Asli tidak mengandungi apa-apa yang berasa masam, jadi janganlah masukkan tomato puri, tomato sos, cili sos mahupun asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modified Mi Bandung Muar dengan letak sour ingredients sebab tulah spoilt rasanya. Take note
*nota kaki berbau :
Bila mi bandung di makan bersama air sirap bandung maka perut juga akan membesar seakan perempuan yang sedang mengandung anak sulung, begitulah ungkapan terulung tentang mi bandung
8 KOMEN:
one day nak turun jugak ke muor nie nak try nasi beriyani...sirap bandung n mee bandung dierr....
meh lah try...mcm2 ada kt sini...
cik odah...den da penah try....kt tepi sg muo...marveles...nyaris2 nk tapau blik kedah....heheheh
@Rayyan...marveles ek! OdahOne tau kat mana port tu biasa g gak mkn kat situ...tapaulah blk kedah smpi kedah mi pun dah kembang daa...trylh wt sndiri guna prencah mi bandung instant
Sedapnya mee bandung muar.Pernah makan kat Tg Emas(tpt tu byk monyet)betul tak?
Sis nak tag Odah ga ni.join ye dan letak cempaka kuning sebagai referral tau.tq
http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/03/1st-giveaway-by-wan-myzura-collections.html
pergh menggamit memori makan me bandung muo kat tepi sungai walaupun x berapa suke sbb udang geragau nyee..
@cempakakuning...yup mmg byk monyet kat situ tp monyet xsuka mkn mi bandung...hoho!...buaya darat pun byk gak...nnti odahone JOIN k...tq tag
@mohdhafifi...oic udang geragau??? biasanya org letak udang kering kot...udang geragau buat cincalok...????
Post a Comment