05 March 2011

HARI TERBUKA TENTERA DARAT 2011



Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke - 78 akan diadakan pada 1 Mac 2011. Justeru, Tentera Darat (TD) akan mengadakan Hari Terbuka TD mulai 4 hingga 6 Mac 2011 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Berikut adalah aturcara-aturcara sempena Hari Terbuka Tentera Darat pada 4 Mac hingga 6 Mac 2011.

Bila lagi kita nak tengok Tentera Darat kita beraksi di kawasan bandar kan??? Inilah masanya...aku tengok Dataran Merdeka tu pun dah macam zon perang...memang gempak habis...selama ni kita tak tahu sangat apa yang ATM buat kat dalam hutan tu & tak tahu skop tugas diaorang dah pergi baru tahu...Jomlah kita tengok senjata & aset ATM yang canggih-canggih kat sana...rugi kalau tak pergi bila lagi kita nak tengok...tengok jangan tak tengok!

Aturcara Hari Terbuka Tentera Darat

4 Mac 2011 (Jumaat)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD.
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam.
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang.
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (Penerjunan bebas)

5 Mac 2011 (Sabtu)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900 - 1115 : Raptai Penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100 - 2230 : Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD)

6 Mac 2011 (Ahad)

0855 - 0900 : Pertunjukan oleh Para Warriors Dance
0900 - 1600 : Pameran statik dan promosi kerja TD
0900 - 0950 : Perarakan kontinjen dan aset TD
0950 - 1115 : Demonstrasi kepakaran TD (Payung Terjun, Akrobatik dan Deonstrasi ULK)

Kalau nak tengok Kereta Kebal Pendekar beraksi atas jalan raya jom lah tengok kat Dataran Merdeka
Helikopter Tentera Darat dengan celoreng pun kita boleh tengok 


Canggih-canggih semua aset yang Tentera Darat kita ada...semua ni kita boleh tengok  kat Hari Terbuka Tentera Darat...rasa macam nak tukar profession pun ada
Dance Warrior pun ada...memang smart
Ini Red Warriors ATM bukan pasukan  bolasepak Kelantan...boleh tengok diaorang beraksi stunt atas motor...yang perempuan pun ada

*nota kaki berbau :
Bila aku sudah dewasa, aku ingin jadi tentera, berani! berjuang! musuh akan ku tentang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...