01 April 2012

STEVIA ALTERNATIF KEPADA PEMANIS GULA




Apa Itu STEVIA ?

Stevia adalah sejenis tumbuhan herba yang dikenali juga sebagai “POKOK GULA”. Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA, bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat daunnya yang dihasilkan boleh menggantikan gula.

Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Berasal dari Paraguay, ia telah mula digunakan sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis minuman dan makanan.

Stevia juga digunakan sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing, menguatkan otot organ hati, anti bakteria, anti penyakit kulat, anti virus dan merawat luka terbakar.

Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid, boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetes.

Kelebihan Stevia :

1. Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
2. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
3. Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
4. Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
6. Membantu menurunkan tekanan darah.
7. Membantu sistem penghadaman badan.
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
10. Melawaskan pembuangan air kecil.


Negara-negara yang sudah mula menggunakan STEVIA :

  • Malaysia
  • Colombia
  • Peru
  • Paraguay
  • Uruguay
  • Israel
  • China
  • Jepun
  • Thailand
  • Taiwan
  • Brazil
  • Amerika Syarikat (United State -As food additives and dietry supplement)
  • Perancis (France-As food additives and dietry supplement)
  • Canada (As dietry supplement)
  • Australia (As food additives )
  • New Zealand (As food additives)

Banyak rupanya kelebihan stevia & dah banyak negara yang dah mula gunakan stevia ni untuk gantikkan gula tebu...sebut pasal manis sure kita akan ingat tentang sakit kencing manis 

Penyakit kencing manis sekarang ni memang dah jadi trend popular & bukan lagi faktor genetik sebab rakyat Malaysia memang suka makan or minum benda yang manis...tapi, kalau dalam family ada history penyakit kencing manis lagilah tinggi risikonya

Sarapan pagi minum teh tarik, lunch minum sirap limau, petang pulak pekena goreng pisang sambil cicah gula sambil makan pengat pisang & malam layan minum kopi gelas besar sambil tengok bola...ini memang pakej lengkap untuk menghilangkan sebelah kaki dikala usia mencecah 40 tahun

Kerajaan Malaysia pun jadi buntu bila tiap-tiap tahun makin ramai rakyat yang menghidap kencing manis...sampai keluar idea yang agak tak relevan iaitu hapuskan subsidi gula & naikkan harga gula biar rakyat kurangkan sikit makan benda bergula & manis-manis

Macam jugak rokok harga naik tiap-tiap kali belanjawan...tapi, still ramai yang hisap rokok malah makin bertambah walaupun harga rokok sekotak mengalahkan harga tol dari Seremban ke KL


Sekarang ni dah ada alternatif bagi sesiapa yang still inginkan kemanisan dalam makanan & minuman...manisan stevia ni lebih manis & lebih selamat malah menyihatkan...memang sesuai untuk penghidap kencing manis ataupun darah tinggi...orang yang sihat pun kalau gunakan stevia ni sebagai pengganti kepada gula tebu akan jadi bertambah sihat

Siapa yang rasa nak diet & kurangkan berat badan pun elok jugak gantikan gula tebu yang kita gunakan selama ni dengan produk pemanis stevia...sebab pemanis semulajadi ni takde kalori or karbohidrat yang boleh menggemukkan...semua orang perempuan takut gemuk, tapi kadang-kadang kita tak jaga apa yang keluar masuk dalam perut kita



Buat apa nak bahayakan diri dengan layan gula secara berlebihan sedangkan tubuh badan kita tak perlu pun gula yang melebih-lebih...sistem badan kita secara semulajadi akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain selain daripada gula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga...bukannya bergantung kepada gula semata-mata...gula berlebihan boleh menghilangkan kemanisan dalam hidup

Kalau badan sihat barulah mampu tersenyum manis...taklah tersenyum tawar macam orang sakit...kurangkanlah manis dalam makanan or minuman & tambahkan manis dalam senyuman...kalau nak tambahkan manis dalam makanan or minuman jugak bertukarlah kepada pemanis pengganti gula stevia




*nota kaki berbau :
Matinya semut kerana gula, manusia mati juga kerana gula...Dimana ada semut disitu adanya gula, dimana ada gula disitu adanya penyakit

14 KOMEN:

Azhafizah MN said...[Mari Balas Komen Ini]

ade aritu tengok product stevia ni dalam WHI rasanya..macam macam product dihasilkan..macam teh,cupcake..n macam2 lagi..khasiatnya pun banyak kan.

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

sangat setuju! org malaysia kaya dgn gula.. hish kencing manis menjadi2 sekarang ni..

依之汉 said...[Mari Balas Komen Ini]

tapi perlu berjaga-jaga juga sebab terlebih stevia boleh mendatangkan keburukan seperti toksik dalam badan dan seterusnya boleh mendatangkan kanser.

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

rajinnye odahone buat entry ads nuff

CintaZulaikha said...[Mari Balas Komen Ini]

ni pertama kali tgk jenama nih, elok ni beli tuk mertua. nak bg mak, mak tader plak sakit diabetis..

Shida Radzuan said...[Mari Balas Komen Ini]

ohh malaysia ada bgus lah leh cari hehee.. ^_^

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Azhafizah[フィザ] : produk stevia ni mmg boleh dipelbagaikan, mcm2 yg diaorg wt dgn stevia ni

CikPuan Azizah : yup, u nurse mesti tau tntg penyakit ni yg smakin mnjadi2 kan jijah...raja gula makin kaya tapi rakyat ramai yg menderita sbb gula

I wong (依之汉): yeke...tapi cuba baca petikkan artikel ni :

"Jika anda bertemu dengan kajian sebaliknya yang menyatakan bahawa stevia juga boleh memudaratkan - pastinya maklumat ini datang dari kempen-kempen pengusaha terkemuka dunia yang menjadikan gula tebu sebagai asas dalam produk keluaran mereka"

.::: Princess MOMOY :::. nni bukan ads nuff MOMOY tapi just nak tlg promote biz member...dia pembekal produk stevia ni, produk ni mmg bagus lgpun odahone tgk dia jual paling murah

CintaZulaikha : baguslh kalo mak xde skt diabetes kalo x kesian tgk mak kita...my mertua pun ada diabetes gak tp dia xsuka mkn ubt & xsuka mkn benda yg tawar2 so mmg nak rekomen dia tukarkn gula tebu dgn stevia ni

shida'R : yup, kt msia mmg dh ramai yg jual produk ni cuma kena pndi survey mana yg paling murah & efektif

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

bagus ni.boleh cube ni :)

syiela said...[Mari Balas Komen Ini]

alternatif bagus ni odah... nak search la lepas ni

*** teringat aiman bila sebut je kencing manis terus dia tanya... mama kencing manis tu kencing dia rasa manis ker.. hehehehe sungguh naif budak2 ni kan

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

Harith Iskandar : boleh cuba wlupun xde skt kencing manis, just nk jg kesihatan

syiela : mmg bgus kalo nk dbandingkn dgn gula tiruan tu yg ada kesan smpingan...hoho...bdk2 mmg jujur sgt

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

saya berpengalaman merawat pesakit kencing manis sampai sembuh secara rawatan islam dengan izin ALLAH s.a.w.penyembuhannya secara beransur-ansur dari sehari ke sehari.perubahannya pesakit akan rasa sendiri.Biasanya dalam masa sebulan selepas rawatan,pesakit akan normal seperti sediakala.Rawatan hanya sekali.Tentang bayaran?jangan risau.saya tidak meminta bayaran tapi atas keikhlasan pesakit.Niat saya hanya untuk menolong sesama insan diatas kelebihan yang allah s.a.w anugerahkan pada saya.Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.ingin penjelasan lanjut email saya shams374@yahoo.com.my

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Sapto Geni...yup setuju setiap pykt ada ubtnya...rwtn Islam mmg alternatif yg terbaik kerana Al-Quran itu adalah penyembuh...thanx 4 ur info

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

kyrie 4
kd 11
balenciaga shoes
nike shox
supreme t shirt
supreme clothing
nike shox for men
golden goose sneakers
curry 7
balenciaga

whereth said...[Mari Balas Komen Ini]

gucci replica b97 c6u35n5j69 bags replica ysl t37 e4s50a1u53 replica gucci handbags p40 d5b81v3p32

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...