Naga Omputeh |
Siapa yang nak tengok naga? Kalau nak sangat tengok marilah kita layan cerita Merlin season 4 kat TV...memang superb cerita ni OdahOne dah download & tengok sampai habis...sure, ramai yang terbayang akan kekurusan Merlin, kehenseman Prince Arthur & keayuan Lady Morgana & jangan lupa jugak dengan ketampanan Pakcik Gaius serta kemachoan Kilgharrah Si Naga yang selalu tolong Merlin tu
"Dragorn. Non didlkai. Kari miss, epsipass imalla krat. Katostar abore ceriss. Katicur. Me ta sentende divoless. Kar… krisass" |
In a land of myth, and a time of magic, the destiny of a great kingdom rests on the shoulders of a young couple...His name...OdahOne
Tahun ni special sikit...naga ada dimana-mana saja...kat jalan raya, shopping complex or kedai-kedai semuanya ada lambang & replika naga...Tahun Baru Cina Tahun Naga...sebenarnya bukan setakat bangsa Cina yang percaya kewujudan naga tapi Omputeh & Melayu pun ada naga masing-masing
Naga Melayu...Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM) |
Sebut pasal naga yang terbayang kat kepala cuma naga kat dalam cerita Merlin...lagi satu cerita Naga Tasik Chini...rasanya orang Chini pun tak pernah tengok naga secara live kot...tapi, yang peliknya orang Muar pernah tengok naga walaupun tak pernah dengar mitos tentang naga muncul kat Muar
Ceritanya berlaku lebih kurang 7 tahun lepas...penduduk Muar pun digemparkan dengan penemuan ular besar yang menyerupai naga
10,000 TUNGGU ULAR BESAR BATANG KELAPA
MUAR: Berita mengenai ular yang dikatakan lebih besar daripada batang
kelapa di bawah tapak Pasar Awam Muar, Jalan Maharani, menyebabkan lebih
10,000 orang mengunjungi jeti di tepi sungai di pasar itu, sejak awal
pagi semalam.
Malah, orang ramai dari luar Muar termasuk Singapura, Segamat, Kluang
dan Melaka sanggup bersesak di jeti kecil itu dengan harapan untuk
melihat kelibat ular berkenaan.
Orang ramai yang turut membawa keluarga dan anak kecil juga sanggup
menahan bau busuk di tepi pasar itu yang turut diletakkan tong sampah
besar, semata-mata untuk melihat lokasi yang dikatakan menjadi tempat
persembunyian ular berkenaan.
Cerita ular besar itu juga turut menarik perhatian pihak stesen
televisyen apabila sekumpulan krew rancangan Misteri Nusantara terbitan
TV3 turut berada di lokasi berkenaan sejak petang semalam.
Tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai mula mengunjungi jeti itu
sejak kira-kira jam 12.30 pagi semalam dan selepas waktu pejabat suasana
di jeti itu bertukar seolah-olah tapak pesta dengan orang ramai
berkumpul di lokasi berkenaan.
Keadaan itu juga menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar berkenaan
sehingga anggota polis trafik terpaksa dipanggil untuk mengawal lalu
lintas.
Pegawai Daerah, Datuk Mohd Naim Nasir turut berada di jeti itu untuk meninjau kekecohan berkenaan.
Ketika ditemui Mohd Naim menafikan terdapat operasi besar-besaran untuk menangkap ular di pasar berkenaan.
Katanya, beliau sudah menghubungi semua agensi terbabit dan
dimaklumkan bahawa setakat ini tidak terdapat sebarang usaha atau
operasi berkaitan menangkap ular di kawasan berkenaan.
"Saya tidak tahu bagaimana berita mengenai penemuan ular besar itu boleh
timbul sehingga menarik ramai orang ke jeti berkenaan. Pejabat Daerah
dan saya sendiri juga menerima banyak panggilan telefon daripada orang
ramai yang ingin kepastian mengenai berita berkenaan.
"Apa yang pasti kita tidak akan menjalankan operasi menangkap ular
berkenaan. Persoalannya adakah terdapat ular sebenar itu yang boleh
mencatatkan rekod dunia di bawah pasar berkenaan kerana setakat ini
tiada bukti dakwaan itu," katanya.
Semalam Berita Harian melaporkan mengenai penduduk bandar itu
digemparkan dengan cerita seekor ular besar dilihat di tepi sungai di
tepi pasar berkenaan yang disebarkan sejak beberapa hari lalu.
Masyarakat daerah itu dikejutkan dengan berita mengenai pihak tertentu
termasuk beberapa bomoh terkenal dari Indonesia dan Thailand dengan
bantuan pasukan bomba akan menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.
Bagaimanapun pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar (Perhilitan) Muar termasuk pengurusan Pasar Awam Muar
menafikan pihaknya akan menjalankan operasi berkenaan.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Awam Muar, Rosli Laham,
berkata, sejak awal pagi semalam, orang ramai tidak putus-putus
mengunjungi jeti kecil di tepi pasar berkenaan dengan harapan untuk
melihat ular besar.
"Sejak awal pagi, saya agak hampir 10 ribu orang keluar masuk ke jeti
sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menimbulkan kebimbangan
mengenai keselamatan pengunjung berikutan kawasan itu sempit dan orang
ramai pula bersesak-sesak."Kita menjangkakan lebih ramai lagi orang akan
datang ke jeti itu esok (hari ini) dan kita sudah meminta bantuan polis
bagi memastikan keselamatan dan keadaan lalu lintas terkawal," katanya
SUMBER : Berita Harian, Sabtu, 28/08/04
Pemandangan bawah pasar yang dipercayai bersembunyinya Naga Sungai Muar |
"Lebih kurang 20 tahun dulu orang nampak ulor tu dah beso macam batang pokok kelapa...sekarang ni mesti dah beso macam naga agaknya" Encik Osman, pencen kerani pejabat pos
"Ular tu punya ekor jek dah beso macam tong deram cuba bayangkan kepala dia beso mana?" Pakcik peniaga kuih apam balik
"Makcik tengok ulor tu punya kepala beso macam kereta kancil & mata dia beso macam helmet fullface, dia ada duduk kat bawah pasor tu"...kata Makcik Senah peniaga pasar awam Muo dengan loghat orang Muo
Amboi makcik betul ke ada ular yang besar macam tu makcik...atau penipu yang beso
Pasaraya Astaka |
"Tengah saya syok-syok susun botol kicap, tiba-tiba botol-botol kicap tu bergerak & berlaga-laga sesama sendiri, mungkin naga kat bawah pasar ni bergerak agaknya, tu baru dia gerak sikit dah bergegar supermarket ni, kalau bergerak lebih sikit mesti sampai Parit Jawa boleh rasa gegarannya" pekerja Pasaraya Astaka yang terletak di atas Pasar Awam Maharani@Muar
Pasor Awam Muo |
Nampaknya 10 ribu orang dah kena tipu...kalau betul pun ada ular besar@naga OdahOne pun takmau datang dekat tengok...sekali dia mengamuk habis kena telan 10 ribu orang kat situ...kalau naga habis rentung berjelaga 10K orang kat situ...pergilah Amazon kalau teringin sangat nak tengok ular besar@anaconda...tak pun tengok cerita yang Jennifer Lopez berlakon tu
Kalau ada ular besar pun mungkin sebab dia membesar dengan sihat dengan makan sisa-sisa buangan yang dibuang peniaga pasar kat bawah tu...sisa ayam, ikan, daging & macam-macam lagi yang orang buang kat bawah pasar tu...maka gemuklah bukan setakat ular tapi mungkin ada tikus yang sebesar kucing...logiklah jugak boleh diterima akal
Tapi, kalau sekarang ni orang kata ada naga kat Muar OdahOne memang 100% percaya...naga tu bukan ada kat bawah pasar tapi atas pasar, Pasaraya Astaka...yelah tahun ni kan tahun naga diaorang sibuk decorate pasaraya tu dengan hiasan naga...mungkin naga yang ni memang tak menipu& betul-betul wujud
"MUO BANDAR MAHARANI"
*nota kaki berbau :
Suka menipu atau senang kena tipu? Ular besar atau pembohong besar?
8 KOMEN:
entri kena la dgn CNY tahun ni odah hehee ^_^
dulu tengok juga cerita merlin. tapi merlin 1 ngan 2 jelah.skang dah panjang sangat jadi maals nak layan.hu3
Rupanya penipu beso. Huhuhu
merlin besttt..suke tengok..tapi tak layan dah..eh entry ada kena mengena CNY..hehe
shida'R : yup, shida lhir thun naga ke?
aleen aiden : merlin 4 lg superb...morgana dh jd jahat & mnunjukkn kuasanya...tp xleh lwn merlin@emress
sop : mmg penipu beso propaganda jek lebih...hoho
Cik Azizah : jomlh tgk lg...
pasal ular besar di sungai muar tu sy rase mmang betul . bukan dulu .. tapi skrang ni pn ade .. sbb sepupu sy nmpk dkt pasar pd jam 3 pgy kplenye besar mcm kereta kancil . bdk2 laki kn suke lepak situ . . munkin tu mainan bunian. kalau betulah ade , msti da dpt tngkp . . sperti juga di hutan bnyk binatang besar..
this replica gucci bags go to this website bags replica gucci web best replica designer bags
pop over to this site cheap designer bags replica original site Discover More Here Discover More Here look here
Post a Comment