21 June 2011

PANTAI MAKSIAT



Pantai tempat kita berekreasi relax-relax & tenangkan fikiran bersama-sama ahli keluarga...tapi, sekarang kebanyakkan pantai dah bertukar title jadi 'Pantai Maksiat'...apa kejadahnya ini semua saudara???...pantai yang dulunya indah & bersih kini banyak dicemari oleh unsur-unsur pencemaran yang akibatnya amatlah dashyat...ikuti berita ini...

"Pantai Maksiat"

PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

“Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

“Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit,” katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article


*Yang kat bawah ni artikel lama tak taulah sekarang ni dah clear or tak...


"Masalah Sosial Bertambah Kritikal Pada Sebelah Malam"

SABAK BERNAM: Benteng dan Pantai Sungai Lang, menjadi 'spot panas' kepada golongan remaja memadu asmara pada waktu siang dan mereka menjadi lebih 'ganas' pada suasana malam yang kurang diterangi lampu di sekitar kawasan itu.

Buktinya, serbuan pihak berkuasa sebelum ini pernah menghasilkan tangkapan terhadap pasangan yang leka memadu asmara, selain dikatakan membuat rakaman video aksi berahi untuk koleksi peribadi atau ditunjukkan kepada rakan.

Selain itu, kondom pelbagai warna juga turut ditinggalkan pelaku maksiat di kawasan berkenaan yang didakwa kurang penyelengga-raan dan pemantauan pihak berkuasa.

Menyedari kewujudan perbuatan sumbang di situ, penduduk tempatan turut mengambil inisiatif memantau keadaan pantai dan menegur pasangan remaja yang berada dalam keadaan syak.

Masalah sosial bertambah kritikal pada sebelah malam berikutan kemudahan lampu disediakan tidak mencukupi apabila hanya empat lampu disediakan, itupun sudah tidak lagi berfungsi.

Justeru, penduduk mahu kemudahan asas seperti lampu disediakan di sepanjang pantai itu dengan jarak sekurang-kurangnya satu lampu bagi setiap 100 meter.

Pengunjung, Ismail Mat Som, 44, dari Parit Baru, berkata masalah sosial membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar sekolah dan remaja sama ada tempatan mahupun dari luar kawasan itu perlu diberikan perhatian segera.

“Ramai datang ke sini untuk melakukan perkara tidak elok. Sepatutnya pantai ini dijadikan kawasan beriadah tetapi apa yang berlaku sebaliknya,” katanya ketika ditemui Sentral.

Leftenan Azri Hamzah, 32, berkata semak-samun di pantai itu perlu dibersihkan serta pokok perlu dicantas supaya kawasan benteng dan pantai tidak terlindung daripada pandangan.

http://www.bharian.com.my/articles/Sentral_Pantaimaksiat/Article/

"10 COUPLES CAUGHT NAKED DAILY ON TERENGGANU BEACHES"

KUALA TERENGGANU: As many as 10 couples are caught daily by anti-vice volunteers along the Tok Jembal and Teluk Ketapang beaches, which are increasingly becoming favourite haunts for sexual trysts.

Many of them are said to be students from institutes of higher learning.

A volunteer, who requested anonymity, said most of the couples were caught “doing it” behind coconut trees, rocks, inside cars and even openly on the beaches.

“For non-Muslim couples, we could only advise them on the sensitivity of their action to the locals but Muslims caught will be produced before the Syariah Court,” he said.

He said anti-vice officers would go to places identified as “hot spots” to catch the culprits in the act.

“We listen for sounds of heavy breathing and kissing.

“We then move in and aim our torchlights on the couples. In most cases, they are caught naked.”

The officer said the procedure was to wait awhile before approaching the couples so as to get evidence for prosecution purposes.

“I have daughters and I feel sorry for the parents of these couples,” he said, adding that the youngsters had betrayed the trust of their folk who hoped their children would excel in their education.

The 48-year-old volunteer, who claimed to have caught 1,200 couples on the beaches since signing up as a volunteer in 2004, said he had had enough.

“I cannot take it any longer and am thinking of giving up this work. I have decided that enough is enough after six years as a volunteer,” he said.

Monday July 5, 2010 
http://www.thestar.com.my/news/story.aspfile=/2010/7/5/nation/6607657&sec=nation

PANTAI 'RINGAN-RINGAN'

KUALATERENGGANU: Penduduk di Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Batu Buruk dekat sini bosan dengan gelaran tidak enak, 'pantai maksiat' yang dilabelkan kepada kawasan berkenaan kerana ramai pasangan terutama remaja menjadi tempat itu sebagai lokasi memadu kasih, termasuk di bulan Ramadan.

Kawasan itu antara lokasi ideal sebagai tempat riadah keluarga di siang hari, tetapi menjelang senja dan lewat malam, pantai berkenaan menjadi lokasi paling digemari pasangan kekasih.

Berikutan status negatif terhadap kawasan pantai itu, ramai kini malu untuk membawa keluarga dan anak-anak ke kawasan itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan tanggapan negatif itu, terutama di kawasan Pantai Tok Jembal paling banyak merekodkan kes tangkapan khalwat.

Tinjauan Berita Harian di lokasi itu ketika hari menjelang senja mendapati terdapat banyak pasangan yang kelihatan sedang asyik berdua-duaan penuh romantik di sepanjang pantai tanpa menghiraukan orang ramai lalu lalang.

Sementara ketika lewat malam hingga menjelang dinihari, keadaannya berlainan apabila kereta yang membawa pasangan berhenti di kawasan itu, tetapi tiada yang ke pantai.

Keadaan yang samar-samar daripada lampu jalan tidak jauh dari situ menjadikan persekitaran sangat sesuai untuk pasangan berkenaan terus duduk dalam kereta dan terbabit kegiatan 'ringan-ringan'.

Keadaan itu sedikit sebanyak memberikan imej buruk kepada masyarakat tempatan, terutama nelayan di kawasan itu yang terpaksa menahan 'pedih mata' melihat perkara cemar yang dilakukan pasangan berkenaan.

Seorang penduduk yang ditemui, Khairuddin Ahmad, 40, kawasan pantai sering menjadi lokasi pilihan remaja dan muda mudi terutama pelajar institusi pengajian tinggi untuk berdua-duaan dan memadu kasih.

"Kami tahu pihak berkuasa banyak membuat serbuan dan tangkapan hasil maklumat yang diberikan sukarelawan serta penguat kuasa agama, namun tren itu hanya sepi sekejap dan selepas beberapa ketika ia kembali menjadi tumpuan.

"Kalau keadaan ini berterusan, usaha pihak berkuasa untuk mengubah kembali lokasi kedua-dua pantai ini sebagai kawasan riadah dan bersantai mungkin tidak akan menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus kekal sebagai pantai maksiat kerana kejadian khalwat dan tangkap basah masih banyak dilaporkan di kawasan ini," katanya.

Seorang sukarelawan cegah maksiat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang enggan namanya disiarkan ketika ditemui berkata, kedua-dua kawasan berkenaan memang panas dan sentiasa berada di bawah perhatian pasukannya. Sudah banyak tangkapan dibuat, bukan hanya membabitkan pasangan remaja dan muda mudi malah turut membabitkan pasangan dewasa yang sudah berkahwin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata pihaknya memang menerima aduan kedua-dua lokasi itu sebagai antara `lokasi hitam' yang memang selalu diadakan intipan dan tangkapan membabitkan kegiatan tidak bermoral terutama berkhalwat.

Katanya, pihaknya juga sudah mengarahkan JHEAT membuat pemantauan kerap termasuk ketika Ramadan bagi memastikan golongan berkenaan tidak mengambil kesempatan ketika Ramadan kerana kebanyakan orang sibuk mengerjakan solat sunat Tarawih.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090909074756/Article/


Pantai Cinta Berahi (Beach Of Passionate Love) pun dah lama ditukar nama jadi Pantai Cahaya Bulan (PCB) sebab nak ubah persepsi muda mudi terhadap pantai...lagipun sebilangan anak muda remaja & kadang-kadang ada gak orang tua yang anggap pantai ni just tempat untuk cuci mata & port buat maksiat dengan pasangan masing-masing...memang pun boleh cuci mata tapi dengan tengok keindahan alam bukan keindahan bentuk tubuh manusia yang separuh bogel

Anyway, jagalah pantai kita daripada sebarang unsur-unsur pencemaran samada yang berlaku di lautan ataupun di atas daratan...kalau ada pencemaran minyak kat tepi pantai sibuk kita nak bersihkan tapi, aktiviti tercemar yang berlaku kat atas pantai kadang-kadang kita selalu terlepas pandang..."Save Our Planet Save Our Beaches"

Boleh baca artikel ini kalau nak tau kisah disebaliknya..."ANTARA MAKSIAT & ENCIK BALA"

*nota kaki berbau :
Suka dengar lagu Cinta Pantai Merdeka bukan lagu Cinta Pantai Maksiat

12 KOMEN:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...[Mari Balas Komen Ini]

kat maner ader kedamaian di situla banyak maksiat...adehhh nilahh trend akhir zaman

HAJAR AZMAN :| said...[Mari Balas Komen Ini]

nasib baik tak suka pegi pantai. tak sakit mata nak tengok aksi aksi diorang. hehe

Dayana Z said...[Mari Balas Komen Ini]

sedihnye baca ni :( , pantai la tempat yang aman sepatutnya, nikmati keindahan alam, ciptaan Allah.. lain pulak dibuatnya.. tahla..

Pegash4rk said...[Mari Balas Komen Ini]

teringat beberapa tahun sblm ni.. kat pantai bukit keluang besut. celah gua baik dia punya posisi time org tgh siap2 nk solat jumaat. yg geng ponteng jumaat kt situ nmpak, dihambatnya dgn batang kayu..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

slmt dtg semua ke pantai yg bebas maksiat...

DonutVanila said...[Mari Balas Komen Ini]

kalau tiba2 tsunami dkt pantai tu mmg xsempat mngucap la diorg ni..

nashays said...[Mari Balas Komen Ini]

aku mmg suka g pantai tp mengenangkan ade adegan yg menyakitkan mata, yg makin dipandang makin ligat tu laa yg menyebabkan aku menyampah nak g pantai..bukan kat pantai saje, kat mn2 asalkan boleh ajer..

Shazwani said...[Mari Balas Komen Ini]

pantai kan tenang kn temptnye , mmg ad je la bende yng ta sptutnye brlku , kalau tsunami tu , haishh , ta tao la ap jdi , hee

http://inibelogaque.blogspot.com/2011/06/wordless-wednesday-3.html

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@DonutVanila...kalau tsunami bukan dieorg jek yg kena semua org yg ada kat pantai kena sapu sekali...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@nashays...yela skrg kat mana2 pun sng nak tgk adegan 18sx tapi kat pantai yg paling banyak dpt tgk free jek

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@WaNi^^...dieorg buat bukn fkir tsunami tapi nafsunami lagi tinggi dari ombak tsunami...hoho...

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

tak pakai tudung pun maksiat gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...