Mr. Google Images |
Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan keramat yang sampai sekarang masih lagi kita ingat & terngiang-ngiang kat telinga...
Merdeka tu apa? Siapa yang merdeka sebenarnya ni?
Tengok orang sambut merdeka kita pun sambut jugak...tengok orang kibarkan bendera kita pun join sama...habis keliling rumah penuh dengan bendera sampai tak nampak pagar rumah & dah macam bangunan kerajaan...ke hulu ke hilir naik basikal & motor sambil bawak bendera...dengar orang laungkan merdeka kita pun ikut sama terjerit-jerit macam nak terkeluar anak tekak
Apa itu merdeka?
Maksudnya kita bebas...bebas yang macam mana tu?...adakah malam merdeka tu kita bebas untuk merempit ke sana-sini sambil menyusahkan polis & orang ramai disamping menyusahkan doktor yang kerja oncall time malam merdeka?...Malam merdeka tu masa untuk muda mudi buat seks bebas ke?...bebas nak minum arak, bersosial laki & perempuan & bebas daripada kawalan mak bapak boleh bawak basikal & motor sampai jauh pagi sebab nak meraikan merdeka?
Kalau dulu kita merdeka & bebas daripada penjajah tapi sekarang? Camne ek cara kita nak mermedekakan diri?
Orang yang merdeka tu boleh merubah hidupnya sesuai dengan apa yang dia fikir & mahukan, hidupnya tak lagi berada dibawah telunjuk atau tak berada dibawah ketiak orang lain...tak payahlah kita nak ikut-ikut orang or ikut trend yang tak tentu arah tu...kita merdeka dengan cara kita sendiri
Orang yang merdeka selalu fokus pada apa yang dia fikir & mahukan...tak excited sangat dengan benda yang dia belum dapat depan mata...yelah asyik berangan jek camne nak merdeka...duduk lah kat dunia angan-angan
Orang yang merdeka tak terlalu bergantung pada orang lain & tak pernah jemu untuk mencuba serta boleh berdiri di atas kaki sendiri@berdikari atau dalam bahasa Indonesianya mandiri...ewah, benda ni yang kita susah sikit nak buat asyik kena 'spoon feeding' jek tak reti nak suap makanan sendiri
Orang yang merdeka berhati & semangat waja, cekal hadapi rintangan sebab anggap rintangan & halangan tu dah macam makanan diaorang...kalau takde rintangan rasa macam tak syok, terlampau senang sangat nak capai impian...setiap impian perlu di raih dengan perjuangan, kerja keras & titik peluh serta kecerdasan akal fikiran
Tengoklah dulu masa kita nak merdekakan negara kita ni bukan senang pun...sampai ada pertumpahan darah...pemimpin kita pun susah payah gunakan kebijaksanaan diaorang untuk percepatkan proses kemerdekaan...tak perlu sampai nak berperang-perang macam negara lain...tapi, ada yang lagi bijak dengan menumpang kemerdekaan negara lain kemudian merdekakan negara sendiri
Orang yang merdeka selalunya ada dorongan untuk berjaya & selalu belajar daripada kesalahan...buat silap sekali tak kesah tapi jangan buat berkali-kali
Adakah diri anda masih lagi dijajah?...Marilah kita sama-sama bangkit daripada penjajahan & penjarahan! Siapa yang dah pun merdeka kekalkanlah kemerdekaan sampai mati & jangan menyesal dikemudian hari...
*nota kaki berbau :
MerdekaRaya or RayaMerdeka? Mana satu yang dulu ni? or Raya rayalah, merdeka merdekalah buat apa nak dicampur adukkan!
7 KOMEN:
lawak la part yg nota kaki berbau tu:
Raya rayalah, merdeka merdekalah buat apa nak dicampur adukkan! :D
hoho...lawak ek...
happy kemerdekaan odah hehe ^_^ awal u smbut merdeka hehe..
yups
masih ramai yang hanya tahu erti merdeka di bibir tetapi tidak di hati
:-)
hmm...mmg ramai yg tak faham erti kemerdekaan ni... ;)
golden goose
lebron 17 shoes
adidas yeezy
yeezy shoes
golden goose outlet
yeezy boost
lebron 15
westbrook shoes
birkin bag
stephen curry shoes
replica bags new york replica bags uk replica bags in uk
Post a Comment