14 August 2012

JADUAL WAKTU PERJALANAN PLUS HARI RAYA 2012 | JOM BALIK KAMPUNG!




Jadual waktu PLUS untuk kita balik kampung beraya dah pun siap...kalau semua orang boleh ikut jadual perjalanan PLUS ni mungkin kurang sikit sesak kat highway tu kot...diaorang dah susun jadual yang terbaik...siapa yang kampungnya dekat sekangkang kera bergeraklah lambat sikit takpelah mengalah...mana yang kampung jauh beribu batu bolehlah gerak awal

Kalau semua sekali nak guna highway PLUS serentak memang jenuhlah nak sampai kampung...nasib baik ada lagu 'Balik Kampung' Sudirman boleh jugak layan...tapi, lama-lama telinga pun jadi sebu dengar lagu raya berjam-jam kat dalam kereta

Bersiap-sedialah kita untuk bertempur dengan sebarang kemungkinan time balik raya nanti...yang penting selamat pulang & selamat kembali

Jadual waktu perjalanan dah siap, kenderaan untuk memulakan perjalanan pun kita kena siapkan jugak termasuklah duit poket untuk menampung perjalanan...

Yang tak bestnya time-time ni lah roadtax kereta odahone mati & time ni jugak tayar keempat-empat bijik dah botak licin...belum pun mulakan perjalanan duit awal-awal lagi dah habis...dah licin

Bab tayar tu memang tak boleh nak consider...hari tu tayar belakang dah tukar bawak ke depan kali ni memang dah tak boleh tukar lagi sebab depan belakang dah botak...lainlah kalau kereta ni ada 6bijik tayar still boleh exchange lagi...kalau kepala orang botak kita akan nampak permukaannya licin berkilat...tapi, kalau tayar kereta yang botak permukaan akan jadi licin & mungkin lepas tu kita takkan nampak apa-apa lagi dah

Roadtax kereta pun mati betul-betul time nak raya...kenapalah gamaknya dia pilih nak mati time camni...matilah time Hari Wesak ke or Hari Gawai ke or Hari Alam Sekitar ke...taklah mengganggu Bajet Raya OdahOne 2012 yang dah lama dibentangkan...terpaksa cut bajet untuk beli baju yang vogue, bajet duit raya & bajet-bajet yang dirasakan tak perlu seperti tukar langsir baru, sofa baru, karpet baru & segalanya baru 

Op Selamat pun dah dilancarkan menggantikan Ops Sikap...hope, kita semua selamat dalam perjalanan balik kampung nak beraya nanti...Amin...

*nota kaki berbau :
Macam mana nak selamat kalau sikap kurang cermat ???

7 KOMEN:

shidaR said...[Mari Balas Komen Ini]

odah hati balik taiping yer...hehee moh ler kite beraye ke utara :)

OdahOne OdahOneBizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@shidaR..mohlah kita shida memeriahkan hari raya kat utara!

Sop said...[Mari Balas Komen Ini]

harap semua ikut jadual itu sbb kalau setengahjer ikut, masih x berkesan juga kan?

nairaariaa said...[Mari Balas Komen Ini]

haha..ni nak blk kelanatan sehari b4 raya ni msti masak dlm kete baru sampai..sabo je la...ape pun tak sabar tggu hari tu...hee~

org muo said...[Mari Balas Komen Ini]

raya balik perak ke... nak kirim blh :) teringin sgt nak makan rendang tok :D

.::: Princess MOMOY :::. said...[Mari Balas Komen Ini]

berhati-hati tau dear odahone bila balik nanti
momoy dah sampai KL
yeah
makan ketupat ingat momoy sama yer
selamat hari raya aidilfitri

Azhafizah Md Nor said...[Mari Balas Komen Ini]

dah selamat pulang ke bandar.hehe..selamat hari raya odah dan family

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...