"Buang Malu"
BUKIT MERTAJAM: “Ketika menduduki peperiksaan, hanya saya seorang sudah berusia dan memakai pakaian biasa dalam dewan.
“Keadaan itu menyebabkan semua pelajar lain asyik memerhatikan saya membuatkan saya berasa janggal. Namun, demi meningkatkan taraf hidup, saya terpaksa membuang perasaan malu untuk menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah) bersama mereka,” kata Shamsudin Rejab, 50, dari Taman Ara Indah, dekat sini.
Bekas anggota tentera itu, berkata dia berhasrat mengubah taraf hidupnya dan ia mungkin dapat dicapai apabila berjaya memperoleh slip keputusan PMR yang diumumkan, semalam.
Menurutnya, dia terpaksa membuang perasaan malu demi mengejar kehidupan lebih baik dan berpuas hati dengan keputusan diperolehnya meskipun tidak cemerlang.
Pengawal keselamatan (Gred KP11) di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Prai itu berkata, dia mengambil PMR semata-mata untuk memohon jawatan lebih baik dan mengubah taraf hidup.
“Saya pernah mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada 1976 tetapi sijil itu hilang menyebabkan sukar untuk memohon jawatan baru secara dalam talian.
“Jadi, saya membuat keputusan menduduki PMR tahun ini dan berharap dapat memohon jawatan pembantu keselamatan (Gred KP17),” katanya ketika ditemui, semalam. Shamsudin mendapat Gred D dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (E), Matematik (E), Sains (D), Sejarah (D), Geografi (C), Kemahiran Hidup Bersepadu - Perdagangan dan Keusahawanan (E) dan Pendidikan Islam (D). Dia yang mempunyai seorang anak angkat lelaki berusia sembilan tahun adalah calon PMR persendirian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah, Permatang Pauh, di sini, dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2005 dan 2006.
Menurutnya, dia yang mendapat dorongan isteri, Robayah Ramli, 59, membaca buku pada masa terluang ketika bertugas syif malam antara jam 9 malam hingga 7 pagi.
“Saya berharap dengan adanya sijil PMR dan SPM, hasrat saya untuk memohon jawatan lain secara dalam talian menjadi lebih mudah,” katanya.
SUMBER : Harian Metro
Sekali kita dengar macam pelik jek pakcik ni...tapi ilmu tu tak kenal usia...tak pelik mana pun...aku lagi pelik budak yang muda remaja tapi malas nak pergi sekolah & asyik ponteng jek sampaikan PMR pun tak mahu ambik...result PMR dapat 8E bukan sebab tak pandai tapi malas & kepala dah masuk angin...dah pandai isap rokok, isap ganja & macam-macam lagilah dieorang isap...ada yang tak sempat ambik PMR dah berhenti sekolah or diberhentikan sekolah sebab kes disiplin dah sampai tahap dewa
Pakcik yang umur dah setengah abad ni pun masih bersemangat nak ambik periksa sebab dia dah tau realiti hidup kat luar sana tu...macam mana peritnya hidup tanpa ilmu & certificate...takkan selalu nak kena buli or kena tindas dengan orang yang berpangkat besar-besar?...sampai bila nak makan gaji ciput tahap tu jek?...tahap hidup makin tinggi & ada mulut yang nak kena suap dengan nasik...bila ada tekanan macam ni perasaan malu pun semua buang dalam tong sampah...inilah namanya malu bertempat tak kesah apa orang nak cakap
"Dah tua bangka pun nak ambik PMR ke? Dah sebaya macam atok aku jek pakcik ni"
Pedulikan apa orang nak kata...orang lain bukan tau masalah kita & kalau kita susah pun tanggung sendiri tak ramai yang nak tolong...buatlah apa yang kita rasa perlu untuk diri sendiri & orang yang kita sayang...buang malu tu,bukannya buang kemaluan...simpan malu just untuk benda yang penting-penting jek & yang melibatkan maruah
"From the bottom of my heart, I salute you Pakcik"
Walaupun result yang pakcik ni dapat taklah flying colours macam budak umur 15 tahun, tapi usaha yang dia lakukan hope dapat celikkan mata budak-budak yang malas nak sekolah kat luar sana tu...malulah sikit dengan pakcik ni woi!...nak berubah dari sekarang jangan tunggu sampai esok...dunia sekarang ni kalau korang takde certificate tak ke mana lah jawapnya...paling koman pun Diploma tu pun dah paling cabuk...kalau anak dara yang setakat ada SPM, alamat hantaran setakat 5 or 6k jeklah jangan mengada-ngada nak up! lebih-lebih pulak
Anyway, congratz untuk pakcik & budak-budak yang berumur 15 tahun kat luar sana tu...kalau korang dah try yang terbaek tapi still tak tercapai target, jangan gantung diri pulak...masih banyak lagi masa nak buat improvement...try your best!
*nota kaki berbau :
Dapat 8C dalam peperiksaan PMR, tapi score pangkat 1 aggregat 15 untuk SPM
0 KOMEN:
Post a Comment