13 December 2010

NAK BUAT BENDA BAIK MALAS NAK BUAT JAHAT BUKAN MAIN CEPAT



Kenapa kita susah sangat nak buat benda baik ek?...Tapi, kalau nak buat benda-benda jahat laju jek...Kadang-kadang dalam hati dah lama niat nak buat sesuatu yang baik tapi sampai sekarang susah sangat nak buat...hairan bin ajaib...mungkin ada beberapa perkara yang selalu jek halang kita dari jadi seorang yang digelar baik, soleh atau solehah...
Syurga Dunia
Ramai manusia yang tergoda dengan nikmat dunia termasuklah aku. Selalu sangat tergoda & tertipu tak tahulah ayat apa yang dipakai sampai syok sangat dengan nikmat dunia ni. Sanggup buat apa jek asalkan semua hajat-hajat tercapai. Kalau tak dapat sanggup memberontak & ramai yang jadi tak normal semata-mata nak kejar glamor dunia. Padahal tak berapa hari jek glamor kat dunia ni. Kat akhirat sorang pun tak pandang keglamouran kita.

Cinta pada nikmat dunia yang buat ramai manusia macam kita ni tertewas. Kelazatan & kenikmatan dunia memang selalu melalai & menghancurkan. Sifat tamak dengan harta benda, duit, pangkat & kedudukan dah macam biasa jek semua orang jadi macam tu. Kalau dah kaya nak lagi kaya. Rumah dah besar macam muzium pun tak cukup nak besar macam istana pulak. Kereta Myvi dah elok-elok tapi tak puas hati nak bikin@convert jadi Toyota Passo pulak.
Insan@manusia@orang
Percaya tak kadang-kadang manusia sendiri yang menghalang kita daripada nak buat baik? Bila kita start nak buat baik nanti adalah mulut-mulut longkang yang akan tegur & cakap yang bukan-bukan & bikin panas telinga. Baru pakai kopiah atau tudung jek orang dah start panggil ustad@ustazah dengan panggilan seakan-akan memerli atau menganjing-nganjing. Belum buat benda baik yang lain lagi. Benda-benda macam ni yang kadang-kadang melemahkan semangat.
Nafsu Serakah
Dengar nama pun dah jahat. Tapi tak semua hawa nafsu tu jahat. Nafsu dengan manusia ni memang tak dapat nak dipisahkan macam irama & lagu jugak, andai dipisah pincanglah irama. Nafsu boleh menukarkan manusia menjadi haiwan seperti haruan yang makan anak, bapak ayam atau ibu ayam, anjing, babi & macam-macam lagi. Inilah dia manusia yang bertopengkan binatang tapi binatang tak pernah pulak nak bertopengkan manusia.

Kalau nak ikutkan nafsu ni memang tak pernah puas unlimited. Seks, makan, shopping ni semua antara nafsu yang susah nak kawal. Sebab tu ramai yang suka berzina, jadi gemuk & muflis sebab 3 nafsu utama ni. Ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa & ikut hati mati.

"Sesungguhnya nafsu ammarah itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53)
Syaitan@Setan Gondol
Ini memang musuh kita yang nyata bukan yahudi atau nasrani tapi inilah musuh utama kita. Setakat orang yahudi kita hantar bom jek dah mati, tapi setan ni bom pun tak mati-mati. Dia punya bullet proof jacket tebal sangatlah. Dah memang misi utama setan ialah untuk menghancurkan manusia tak kira siapa pun. Selagi mission belum accomplished selagi tu lah si lakhanat ni akan berusaha untuk menjahanamkan manusia. Sebab tu orang selalu cakap "kau ni jahat macam setan!"

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh (batiniah) yang nyata" (Yasin: 60)

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Kalau rasa nak buat baik kita kena tahanlah dengan ujian-ujian kat atas ni. Selagi tak tahan selagi tulah susah nak buat baik. Semua bermula dengan niat & bila kita berniat kita masukkan dalam hati. Dalam hati tu ada kekuatan, keganasan, kegelisahan, kesedihan, kegembiraan, penyesalan, hajat & keinginan & macam-macam lagi bermula kat situ.

Hati tu ibarat raja dalam badan. Kalau baik hati, baiklah seluruh anggota badan kita. Kalau jenis yang busuk hati selalu sangat dengki kat orang lain maknanya seluruh anggota badannya tak baik & busuk. Jadi, sentiasalah jaga hati kita & hati orang lain agar sentiasa suci & bersih...

*nota kaki berbau :
Saya tak jahat cuma nakal jek...walaupun kaki saya berbau tapi hati saya lebih suci & wangi dari orang yang kakinya tak berbau tapi busuk hatinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...