25 December 2010

PIALA AFF SUZUKI 2010 | 1001 CERITA MENJELANG PERLAWANAN AKHIR






Vs



  • EDISI kelapan Piala Suzuki AFF pada tahun ini bakal menobatkan juara baru apabila Malaysia dan Indonesia buat kali pertama bertarung pada perlawanan akhir.
  • Malaysia mara ke final selepas mengharungi laluan berliku bermula dengan episod dimalukan Indonesia 5-1 pada peringkat Kumpulan A namun kemudiannya bangkit mendadak mengikat juara tiga kali, Thailand tanpa jaringan serta membenam cabaran Laos pada perlawanan terakhir kumpulan.
  • Skuad bimbingan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal berterima kasih kepada Indonesia yang menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kumpulan bagi membolehkan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dan berjaya menyingkirkan juara bertahan dan tuan rumah Kumpulan B, Vietnam dengan agregat 2-0.
  • Skuad bimbingan Rajagobal layak ke pentas akhir apabila menundukkan juara bertahan, Vietnam dengan agregat 2-0 hasil jaringan Mohd Safee Sali.
  • Sepanjang kejohanan ini bermula Indonesia hanya beraksi di tempat sendiri saja diiringi ribuan penyokong fanatik mereka.
  • Rajagobal menjadi jurulatih kedua membimbing Malaysia ke final Piala Suzuki AFF selepas Wan Jamak Wan Hassan melakukannya pada 1996.
  • Adunan pemain muda yang berusia seawal 19 tahun dan pemain senior seperti Mohd Amri Yahyah yang mencecah usia 29 tahun akhirnya sebati apabila berjaya mara ke pentas akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam. 
  • Kelebihan diatas kertas memang memihak kepada Indonesia kerana mempunyai barisan pemain berpengalaman dan beberapa pemain asing yang diberikan taraf kewarganegaraan serta penyokong fanatik.
  • Jentera serangan Indonesia sudah meledak 15 gol dan hanya melepaskan dua berbanding Malaysia yang menjaringkan lapan gol serta melepaskan enam.
  • Kali terakhir Malaysia menewaskan Indonesia di gelanggang sendiri adalah 21 tahun lalu ketika Lim Teong Kim menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir Sukan SEA 1989 dan baki lima perlawanan di Malaysia selepas itu menyaksikan Indonesia menang dua daripadanya dan tiga keputusan seri.
  • Pemain kebangsaan menyedari harapan disandarkan bagi menaikkan kembali maruah bola sepak di pentas antarabangsa dan langkah pertama adalah menakluki Asia Tenggara dengan menjuarai Piala Suzuki AFF.
  • RENTAK jentera serangan Indonesia untuk meledak gol kini semakin berkurangan. Pandangan itu disuarakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjelang final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
  • Rakan sejawat Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dari Indonesia, Andi Malarenggang (Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia) mahu Indonesia mencatatkan lima gol seperti perlawanan peringkat kumpulan.
  • Skuad kebangsaan mara ke final Piala AFF Suzuki selepas 14 tahun (dulunya dikenali dengan Piala Tiger).
  • TABUNG Piala Suzuki AFF untuk pasukan kebangsaan sudah mencecah RM80,700 sejak dilancarkan Isnin lalu. Presiden Persatuan Penulis Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa berkata, sokongan itu hadir daripada syarikat kecil dan besar.
  • SERANG habis-habisan. Mungkin itulah strategi yang bakal digunakan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
  • Indonesia berkemungkinan mengamalkan corak bertahan sambil mengharapkan serangan balas bagi mencari gol dengan anggapan final kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta akan memihak mereka.
  • Pemain sayap yang mengalami kecederaan, Mohd Amirulhadi Zainal sudah kembali menjalani latihan seperti biasa manakala Mohd Khyril Muhyameen Zambri masih belum cergas sepenuhnya.
  • K. Rajagobal turut menguji penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Mohd Ashaari Shamsuddin.
  • Malaysia masih belum memenangi kejohanan ini yang mula dikenali sebagai Piala Tiger dengan pencapaian terbaik adalah layak ke perlawanan akhir pada edisi sulung 1996 namun tewas 1-0 kepada Thailand.
  • TIKET berharga RM30 bagi perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki DI antara Malaysia dan Indonesia, esok masih boleh dibeli di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Tiket berharga RM50 bagi tempat duduk VIP sudah habis dijual pada hari pertama kaunter di Stadium Nasional Bukit Jalil dibuka.
  • FAM memperuntukkan 70,000 keping tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket RM50 kepada penyokong Malaysia, dan 15,000 tiket RM30 dan 500 tiket RM50 kepada penyokong Indonesia.
  • Kaunter tiket di Stadium Nasional akan terus dibuka untuk menjual tiket RM30 pada hari perlawanan dari jam 10 pagi hingga 7 malam.
  • BARISAN pemain kebangsaan sudah bersedia untuk menggalas harapan dan impian kira-kira 27.6 juta rakyat Malaysia bagi menjulang Piala Suzuki AFF.
  • Syafiq Rahim (kapten pasukan Malaysia) mengakui turut mempunyai kelemahan sendiri terutamanya apabila mengambil sepakan sudut dan berjanji untuk mengatasinya agar dua penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dapat membolosi jaring lawan.
  • Walaupun masih gagal menjaringkan gol, Syafiq tetap berbangga kerana membuka peluang kepada dua jaringan Mohd Safee ketika bertemu Vietnam selain membantu satu jaringan Mohd Amri Yahyah ketika menumbangkan Laos 5-1.
  • PENGURUS skuad kebangsaan Indonesia, Andi Darussalam Tabusalla seakan melancarkan perang psikologi kepada skuad negara apabila menyatakan barisan pemainnya tidak berdepan sebarang masalah besar beraksi pada final pertama Piala Suzuki AFF, Ahad ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malah mereka ada pemain berpengalaman seperti Bambang Pamungkas yang pernah beraksi untuk pasukan Selangor.
  • Kapten pasukan Indonesia, Firman Utina serta pemain tengah, Oktovianus Maniani masih belum pulih sepenuhnya selepas berdepan kecederaan. Selain dua pemain itu, dua lagi tonggak utama skuad bimbingan Alfred Riedl turut berdepan kecederaan iaitu penyerang berbisa Cristian Gonzales iaitu kecederaan pangkal peha sementara pemain pertahanan, Maman Abdurahman kecederaan lutut.
  • Andi(pengurus skuad Indonesia) menyifatkan pertembungan pertama antara Indonesia dengan skuad negara pada final Ahad ini adalah 'pertemuan klasik' serta sangat menarik.
  • LAGAK skuad kebangsaan Indonesia seperti pasukan berstatus bintang apabila setiap pemainnya difahamkan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak media manakala ketua jurulatih, Alfred Riedl sekadar meluangkan masa singkat ketika ditemui media. Malah ketika wartawan dari Indonesia meminta beliau mengucapkan ucapan sambutan Krismas, Riedl enggan melayan permintaan berkenaan.
  • Shebby Singh menasihatkan pemain kita agar mereka menonton filem ‘Miracle of Berne’ yang mana pasukan Jerman tewas 8-3 di tangan Hungary dalam perlawanan kumpulan di Piala Dunia 1954, tetapi bangkit menjadi juara dunia. Dalam perlawanan akhir Piala Dunia itu, Jerman mengalahkan Hungary dengan 3-2 dan ini adalah antara keputusan yang dianggap luar biasa sehingga ke hari ini.
  • Teori peribadi Shebby Singh bahawa setiap pasukan akan beraksi dengan penampilan ‘terbaik’ dan ‘terburuk’ di dalam pertandingan sebegini. Pasukan kita sudah pun terlepas daripada aksi ‘terburuk’ apabila tewas di tangan Indonesia. Tapi, pasukan Indonesia masih lagi belum menikmati aksi ‘terburuk’ mereka!



SUMBER : myMetro > Arena


*nota kaki berbau :
Keputusan perlawanan bolasepak bukan diukur pada corak permainan yang cantik atau hantaran-hantaran & skill yang menarik, tetapi di nilai dari segi jaringan yang dilakukan oleh sesebuah pasukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...