30 December 2010

INILAH BARISAN KITA




Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti!


Di restoran mamak, dataran mahupun di rumah masing-masing rakyat Malaysia berkongsi 1 kegembiraan yang sama iaitu kemenangan Malaysia dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010...setelah lama menanti kebangkitan skuad bolasepak tanahair, detik itu akhirnya menjelma dengan penuh emosi

Apa yang membanggakan, sebaik pasukan Harimau Malaya disahkan juara, masing-masing tiba-tiba secara spontan bangun & berdiri tegak dari kerusi empuk restoran mamak sambil menyanyikan lagu "Negaraku"...dengan penuh semangat & gegak gempita tak kira kaum tak kira bangsa, lagu negaraku berkumandang secara simbolik...makcik & pakcik yang tengah makan (termasuk warga asing) pun terpaksa berdiri seketika kerana menghormati lagu tercinta tanahair kita

Football is beautiful kerana menyatukan bangsa kita...Football is cruel bagi Timnas Indonesia kerana walaupun mereka menang di Gelora, mereka masih tak mampu menjulang piala yang mereka tak pernah menang sehingga ke hari ini setelah 5 kali mencuba...apa-apa pun tahniah kepada pemain Indonesia yang telah mencuba habis-habisan dengan semangat kesukanan yang tinggi

Hari ini, hampir setiap blog yang kita lawati akan menceritakan perkara yang sama...bukan sebab minat bolasepak tapi sebab semangat patriotisme yang mengalir dalam diri rakyat Malaysia...tak kira laki ke perempuan semua bercerita topik yang sama...topik SEO yang paling tinggi diketika ini menenggelamkan cerita para artis & selebriti...shoutbox pun penuh dengan jeritan Malaysia Boleh! Malaysia Juara!...begiitulah indahnya permainan yang paling popular dalam dunia, football

Tiada perkataan yang terbaik selain daripada mengucapkan; "Tahniah Malaysia! Syabas malaysia! Malaysia Boleh! Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!"

*nota kaki berbau :
Terharu bila mendengar & melihat penyokong pasukan Malaysia berarak beramai-ramai sambil menyayikan lagu "Inilah barisan Kita" mengelilingi pangsapuri meraikan kemenangan Harimau Malaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...