19 December 2010

PIALA AFF SUZUKI 2010 | MALAYSIA LAYAK KE FINAL



Bola dihantar ketengah oleh pemain pasukan Vietnam, menyeberang pula kesebelah dibahagian sayap sambil dikawal oleh pemain nombor 11, dihantar pula kepada pemain nombor 9...Oh! dapat dirampas disitu oleh pemain pertahanan Malaysia, namun dapat dirampas semula oleh kaptain pasukan Vietnam. 

Vietkong melancarkan semula serangan, kali ini melalui benteng sebelah kiri pasukan Malaysia. Pemain-pemain Malaysia cuba untuk menahan segala asakkan bertali arus dari negara Indochina itu. Kelihatan seorang pemain terbaring di atas padang, mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dari kawasan permainan untuk menerima rawatan. Pemain gantian pasukan Vietnam terpaksa dibawa masuk bagi menggantikan pemain yang tercedera. Agak malang bagi Vietnam dan juga jurulatihnya.

Vietnam datang lagi, asakkan dari bahagian tengah yang cuba membelah pertahanan pasukan negara kita yang rata-rata diterajui oleh pemain-pemain muda. Vietnam berjaya masuk ke dalam kawasan penalti Malaysia...Ohhh! Penalti! dia dijatuhkan disitu ataupun sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti. 

Kita tunggu keputusan pengadil perlawanan dari negara Korea ini. Ahh! tidak kad merah dilayangkan dengan serta-merta kerana pemain itu dengan sengaja merebahkan badan ke kawasan penalti Malaysia. Para pemain dan penyokong pasukan Vietnam tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil namun segalanya adalah muktamad. Permainan diteruskan semula walaupun terdapat insiden-insiden membaling objek ketengah padang oleh para penyokong fanatik pasukan Vietnam yang penuh dengan pelbagai ragam seakan-akan suatu fiesta.

Vietnam meningkatkan lagi tempo permainan walaupun bermain dengan hanya 10 orang pemain. Sekali lagi melakukan percubaan dannnn.....Gollllllll !!!! Gol! Gol!

**Maaf tidak gol, kerana bola dapat ditepis keluar oleh penjaga gawang Malaysia dan terkena palang gol sebelah kiri pasukan Malaysia

Preeet! Preet! Preeeetttttttttt! Pengadil pertandingan pun meniupkan wisel panjang menandakan berakhirnya perlawanan yang disudahi dengan keputusan seri 0-0. Pasukan Malaysia layak untuk ke perlawanan akhir dengan aggregat 2-0 setelah 14 tahun menanti. Kali terakhir kita layak ialah pada tahun 1996 namun dikecewakan pula oleh pasukan Thailand.

Sekian dari saya, pengulas sukan anda Hasbola Abu Bakar "Majulah sukan untuk semua" Terima kasih...terima kasih...terima kasih


*nota kaki berbau :
Kemana nak tumpahnya darah kalau tak ke tanah air sendiri...Malaysia tanah tumpahnya darahku...Syabas Malaysia,! Syabas rakyat Malaysia! Malaysia Boleh! 365x...Kita jumpa di final...

1 KOMEN:

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

haha..suka baca..macam hasbulah awang dah..haha..see...hebat tak taktik 0-0-1 team kita..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...