Jika berminat untuk disenaraikan di dalam blog list di BEN ASHAARI BLOG , bolehlah menghantar 'borang' secara rasmi dengan membuat entri seperti berikut :
KAMI MERAYU (Sila Klik)
Ceritakan satu pengalaman anda bersama mereka yang merokok yang mana anda amat tidak suka sama sekali sikap mereka itu...Rayuan anda pada mereka...Cadangan anda kepada kerajaan terhadap isu rokok ini...
Pengalaman
Girlfriend saya adalah seorang perokok...hari-hari dia nak hisap rokok...pergi tandas pergi makan mesti melekap rokok kat bibir...tak tahulah nak buat apa lagi...dia lebih sayang rokok dari saya
Rayuan
Tolonglah darling janganlah isap rokok lagi...duit you dah banyak habis bakar kertas yang bernama rokok tu...baik you beli makeup, eyeshadow ker dari you beli rokok (sambil melutut & merayu-rayu)
Cadangan
Ubahlah slogan "Amaran Oleh Kerajaan Malaysia Merokok Membahayakan Kesihatan" yang terdapat pada kotak-kotak rokok kepada "Nasihat Oleh Kerajaan Malaysia Merokoklah Anda Demi Hidup Yang Lebih Sihat"
Slogan ini lebih bersesuaian buat mereka yang tak paham bahasa mengenai bahaya merokok...elok jugak kalau gambar yang mengerikan pada kotak rokok tersebut digantikan dengan gambar-gambar orang yang sihat-sihat belaka...letak gambar pesakit kanser paru-paru, kanser mulut atau apa-apa gambar ngeri orang bukan takut pun
Saya akhiri penulisan saya dengan pantun 2 kerat :
Benson & Hedges, Gudang Garam & Dunhil
Tak dapat rokok badan menggigil
Ayam berkokok diatas batang
Isap rokok penyakit datang
*nota kaki berbau :
Tak isap rokok tapi selalu sedut asap rokok dari orang-orang yang merokok dalam lif, dalam bas & tempat-tempat awam
0 KOMEN:
Post a Comment