16 December 2010

PIALA AFF SUZUKI : MALAYSIA MENANG!!!



Pagi-pagi ni mood ceria sikit...aku rasa 1 Malaysia dah tau result malam tadi...pasukan kita berjaya menumbangkan juara bertahan Suzuki AFF Cup 2 tahun lalu pasukan Vietnam dengan 2 gol berbalas 0...sekaligus menukar statistik daripada 6 kali pertemuan dengan Vietnam kita kalah 3 kali, menang 2 kali & seri sekali

Tapi perjuangan belum habis lagi...just sebelah kaki jek yang dah berjaya melangkah ke Final...sebelah kaki lagi still melekat tak boleh angkat lagi...kena tunggu lagi satu perlawanan coz match semifinal tournament ni guna konsep Home & Away atau perlawanan timbal balik...semalam lawan kat tempat kita hari Sabtu ni main kat Vietnam pulak

Bekalan 2 bijik gol tu cukup kot untuk bawak bertandang ke Vietnam nanti untuk 2nd match & seterusnya melayakkan kita masuk final...tak sabar ni nak tengok jumpa team Indonesia sekali lagi...kalau Malaysia main macam 2nd half semalam sure boleh beat Indonesia punya...tapi 1st half main agak hancur sikit passing banyak tak sampai

Top striker Malaysia semalam kena rantai kaki sampai 2 orang yang jaga & tak boleh nak bergerak...nasib baik ada backup striker yang boleh buat kerja & sumbat 2 bijik gol lagi...defense pun main ok, agak kental tapi kadang-kadang bolos jugak

"Pasukan Vietnam berjaya membelah pertahanan pasukan Malaysia" kata datuk Hasbullah Awang

Walaupun Astro ada tunjuk live match ni kat channel 813 & RTM tunjuk agak lewat sikit, aku tetap tunggu live dari RTM sebab suka dengar ayat pengacara sukan yang otai-otai waktu buat ulasan semasa perlawanan...tapi kadang-kadang agak merapu & lawak gak ayat dieorang, tu yang syok dapat tengok bola & layankan pengacara, 2 in 1

Apa-apa pun credit untuk kita punya goal keeper yang beraksi cemerlang semalam...banyak try yang dia dapat safe kalau tak mungkin keputusan semalam berubah takkan jadi 2-o...rata-rata semalam pemain-pemain kita menunjukkan kesungguhan untuk menang

Anyway, masih banyak lagi kelemahan yang boleh team kita modified & repair skit-skit...supporters semalam pun boleh tahan ramai gak...dah lama tak tengok ramai penyokong yang support kita punya national football team sebab selama ni asik kena belasah jek...nak sumbat satu gol pun payah...bolasepak ni orang suka tengok time gol masuk tapi kalau nak sumbat sebijik gol pun payah siapa yang minat nak sokong?





*nota kaki berbau :
Minat kat cara penampilan penjaga gol team Mexico tahun 90an, Jorge Campos yang suka menarik perhatian penonton dengan memakai jersi bercorak colourful serta striking & berjaya mengubah evolusi imej jersi bolasepak daripada warna-warna yang membosankan kepada warna yang lebih segar...football is fashion

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...