1. Kehadiran Lautan Kuning
Jarang kita dapat tengok stadium fullhouse time pasukan kebangsaan kita beraksi...dah berpuluh-puluh tahun tapi baru semalam kita dapat tengok lautan kuning membanjiri stadium...ini petanda baik untuk sukan bolasepak kita yang dah lama berkubur & tunggu masa nak bangkit dari kubur...walaupun ada insiden-insiden yang agak mencacatkan perlawanan tapi tanpa kehadiran lautan kuning semalam kita takkan dapat menang besar
2. Sinaran Laser Pointer
Sinaran ini hanya dirasai oleh penjaga gawang pasukan Indonesia En. Marcus sahaja kerana sinaran tersebut lebih memancar-mancar sebaik sahaja mengenai kepala beliau...tapi, itu bukan alasan sebab kalau kita tengok gol-gol yang dijaringkan oleh pemain-pemain kita memang world class (especially 3rd goal)...Iker Casillas or Gianluigi Buffon pun susah nak safe...Si Looser yang cuba menyalahkan Laser
3. Semangat Berpasukan
Team work pasukan kita memang paling tip top malam tadi...midfield nampak bermaya sikit berbanding game sebelum-sebelum ni...defense memang cemerlang tak perlu nak pertikaikan lagi...bila midfield kita main peranan semua yang lain pun jadi balance tak lah asyik kena attack & buat clearance ke laut...semalam performance yang paling superb yang anak-anak buah Rajagobal tunjukkan walaupun masih terdapat sikit-sikit kelemahan tu biasalah
4. Percaturan Taktikal
Salute gak kat coach K. Rajagobal sebab pandai mencatur taktik pasukan kita...time 2nd half memang nampak sangat perubahan corak permainan pasukan kita yang lebih tersusun dan teratur sambil dibantu dengan fresh leg
5. Disiplin Yang Tinggi
Pemain-pemain pertahanan kita main memang tak macam peringkat kumpulan 1st time jumpa Indonesia dulu kita kena ganyang sampai 5-1...semua berdisiplin jaga posisi & marking pemain masing-masing sampai star import tak dapat nak bergerak
6. Stamina
Mungkin inilah kelebihan pasukan kita sebab rata-rata pemain kita muda-muda belaka (prospek cerah untuk masa akan datang)...aku tengok diaorang boleh berlari ke serata padang...kejap ada kat sebelah kiri kejap kat sebelah kanan boleh tukar-tukar position pulak...pemain midfield & wing boleh turun sekelip mata bantu kita punya defense...diaorang pun rajin kejar bola...bayangkan kalau pasukan kita diwakili oleh kuda-kuda tua yang malas nak kejar bola macam sebelum ni?
7. Penyudah Yang Berbisa
Kalau dulu team kita main bola susah sangat nak sumbat even sebjik gol pun...sekarang kita dah ada ramai pemain yang mampu untuk menggegar jaring gol...gol yang pelbagai & berskill tinggi
8. Tekanan
Para pemain Indonesia sebelum ni selesa main kat tempat sendiri...semua 5 match diaorang main kat stadium sendiri...lawan Filipina pun dua-dua match main kat tempat sama sebab stadium kat Filipina tak memenuhi kriteria...tapi, bila main kat Bukit Jalil diaorang macam culture shock lah orang kata...kena cahaya sikit pun tak boleh tambah pulak dengan sorakkan lautan kuning sambil diiringi dentuman mercun...bikin ribut bikin kaget...rasain goyangnya pak
9. Penjaga Gol
Kita ada goal keeper yang cekap, berani & tahan lasak...Si Apek (nama gelaran) dah beraksi cemerlang untuk beberapa match sebelum ni...tangan macam sotonglah orang kata tapi bukan Paul Si Sotong yang dah R.I.P tu...bila defense buat kerja dengan baik penjaga gol pun jadi makin bersemangat...tak macam waktu 1st match lawan Indonesia dulu semua hancus...Khairul Fahmi Cik Mat & Sharbinie Alawi dua-dua bagus kalau defense pun main bagus
10. Jersi Biru Keramat
Tak dapat dinafikan jersi biru yang disarung oleh pasukan kebangsaan lebih banyak membawa tuah berbanding dengan jersi rasmi yang berwarna kuning...buktinya pasukan kita beraksi lebih baik ketika berjersi biru dalam Suzuki AFF Cup ni...kalau semalam kita kalah dengan berjersi kuning maka akan lebih kuatlah tanggapan bahawa jersi biru adalah jersi keramat dan jersi kuning membawa malang walaupun kebanyakkan penyokong kita memakai jersi kuning
*nota kaki berbau :
Yang kalah tak perlu nak berhelah...yang menang perlu bertenang...yang bersorak jangan nak berporak...yang mengkritik jangan terlampau fanatik...yang pasti kita jumpa di sana nanti
9 KOMEN:
ahaha..:D sOkOngan peminat memang tak dinafikan..tapi sikap penyokong indonesia menghukum pasukan mereka sendiri..stiap page bola sepak malaysia.diorang masuk dan cakap salam 5-1!..skrg adakah kita nk mmblas salam 3-0 kepada mereka? ahaha..<--mls nk mlyn provokasi~ =_=
hoho...gelak santa claus sket bila dgr salam 5-1...
rajin wat ulasan..hoho..leh jadi pemberita utusan ni..per pun thanks coz singah..chaiyok malaysia
terbaik entry nie......gila berbaloi pergi stadium smlm
@Ujang9897
tahniah! coz tergolong dlm lautan kuning
@a'im
lum smpi thap tu lg stkat pemberita blog cabuk blehlah...
terbaik entry ini...gyahaha... biar mereka merasa....
Yang ke-11 bantuan dari DUKUN...hehehe...ramai pendatang haram yang kerja sebagai buruh binaan kat Malaysia dan sebahagiannya adalah dukun di Indonesia. Jadi apabila mereka disini Indon dah takder dukun power...mungkin kena import dukun Uruguay lagi kot...
@optionshift3
kalau bleh mng main bola pakai dukun dah lama Msia & Indonesia bertemu di final worldcup...mengarutlah dieorg ni
Post a Comment