27 December 2010

PSSI KENA AMARAN KERAS



SERBU...penyokong Indonesia merobohkan pagar keselamatan di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

MINAT besar para penyokong Indonesia untuk menyaksikan pasukan nasional mereka beraksi dalam perlawanan kedua Piala AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menentang Malaysia mungkin tidak menjadi kenyataan apabila sekumpulan penyokong merusuh dan merosakkan beberapa kemudahan di stadium itu, semalam.

Sehubungan itu Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) memberikan amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Indonesia, setelah mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran untuk membeli tiket di stadium itu.

“Tiga jam yang lalu, AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno,” kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne, semalam.

“Kerana itu, saya mohon agar para penyokong dapat kembali tertib dalam menunggu giliran membeli tiket kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat neutral, pasti akan merugikan pasukan kita,” katanya.

Beliau mendapat laporan bahawa penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium itu berjumlah kira-kira 50,000 orang, sementara tiket kelas 3 berharga Rp50,000 yang dijual hari ini hanya berjumlah 30,000 keping sahaja.

“Jadi pasti ada akan tidak mendapat tiket, tapi jangan khuatir kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium agar para penyokong tetap dapat menyaksikan final ini,” katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong oleh beberapa provokator sehingga para penyokong tidak dapat membeli tiket seperti pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara mengaku beliau terkejut dengan tingginya harapan masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, katanya tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat menerima hakikat itu.

Penyokong yang dibenarkan berada di dalam stadium sementara menunggu giliran membeli tiket, tiba-tiba merusuh yang dipercayai berpunca daripada mereka hilang sabar akibat keletihan menunggu sejak semalam dan pagi semalam.

Mereka merosakkkan pagar penghadang dan rumput padang dan beberapa di antara mereka pengsan kerana mungkin keletihan kerana datang untuk membeli tiket sejak semalam dan menginap di luar stadium.

Mereka juga tidak hiraukan cuaca panas dan hujan semasa menunggu giliran membeli tiket. - Bernama

SUMBER : myMetro

Awas!!!

Ini baru intro nak neli tiket jek dah jadi ganas macam ni...kalau dah dalam stadium & tengok pulak team sendiri kalah lagilah huru hara dibuatnya...stadium sendiri pun nak ditibai sampai jahanam...fanatik betullah diaorang ni...ditambah pulak provokasi yang sengaja di api-apikan lagi oleh media Indonesia especially tentang pancaran laser tu...pasukan & penyokong Malaysia kena buat persiapan macam nak pergi peranglah gamaknya ni...


Dah semakin terasa bahang 2nd final ni...hope tak terjadi kejadian-kejadian yang tak diingini sebab pasukan kita datang sana nak main bolasepak & bukan nak cari musuh or cari gaduh...semalam, kalau penyokong Indonesia dapat tau yang team diaorang kena bantai 3-0 sure tak jadi kejadian macam ni...mesti tak ramai yang still berminat nak tengok final match...contohnya; semalam ramai penyokong yang dah angkat kaki awal-awal tinggalkan tempat duduk stadium walaupun match belum habis lagi...kita jumpa di Jakarta...blog aku dah jadi macam blog pengulas sukan pulak hari ni...siapa cakap orang pompuan tak minat tengok bola? Majulah sukan untuk 1 Malaysia

"Some people believe football is a matter of life and death. I'm very disappointed with that attitude. I can assure you it is much, much more important than that"


Bill Shankly
English soccer manager.

*nota kaki berbau :
Undang-undang bolasepak itu terlalu mudah, lebih kurang macam ni; kalau tengok bola tu bergolek just tendang jek & kalau tengok bola tu tak bergolek maka tendanglah sampai ia bergolek-golek

4 KOMEN:

Ujang9897 said...[Mari Balas Komen Ini]

mak datok ai..ganas gila

s.y.a.r.q said...[Mari Balas Komen Ini]

indonesian mmg selalu bertindak di luar kawalan...xde sopan santun betol..

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

tau takper..satu hari ni penat berperang kat fb dengan diorang jer..haha

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@a'im
berperang dgn dieorg ni buang karen jek...mentaliti low sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...