20 October 2010

SI BAJU BELANG






Harimau Belang
Panthera tigris
Malayan Tiger
Famili: Felidae


Ciri-ciri
Ciri yang paling ketara adalah warna bulunya iaitu berbelang kuning dan hitam. Ia juga dikenali sebagai raja di rimba. Panjang keseluruhan spesies ini adalah di antara 1.5-2.9 m dan mempunyai berat badan di antara 25- 160 kg.

Taburan
Harimau Belang boleh ditemui di selatan China, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia dan timur Myanmar. Di Semenanjung Malaysia spesies ini boleh didapati di kebanyakan hutan primer. Taman Diraja Belum, Perak merupakan antara kawasan yang kerap direkodkan kehadiran Harimau Belang selain daripada Taman Negara.

Habitat
Kebanyakan spesies ini direkodkan di kawasan tanah pamah dan juga di kawasan bukit. Harimau biasanya berkeliaran di kawasan yang tidak jauh dari air kerana makanannya banyak tertumpu di sini seperti Babi Hutan, Kijang dan Rusa.

Tabiat
Harimau Belang merupakan haiwan yang solitari dan hanya akan mencari pasangannya ketika musim mengawan. Harimau betina biasanya bergerak di dalam kumpulan keluarga. Anak-anak harimau belang ini akan berpisah dengan ibunya setelah berumur lebih kurang dua tahun. Kegemaran spesies adalah mandi dan bermain-main di dalam air.

<
<
<

Aku sebenarnya bukan nak cite tntg harimau belang@pak belang tapi pasal baju yang coraknya berbelang-belang. Kat bawah ni aku upload gambo koleksi baju belang yg aku ada.

Agaknya trend baju laki2 kat luar sana sumenya belang2 kot coz sume orang bagi kat aku baju belang. Aku pun dah lama tak kuar umah membeli-belah so tak tau sangat latest trend kat luar sana tu. Kata orang kalau belang melintang orang yg pakai akan nampak gumuk & kalau memanjang nampak kurus n tinggi.

Tapi pada pendapat aku kalau dah gumuk mmg akan nampak gumuk jugak selagi tak try produk Dr Rozmey 2alam Jusmate5 hoho... Pakailah baju apa pun tetap nampak sama gak. Izinkan saya akhiri entri ini dengan 2 rangkap pantun.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
6 helai baju orang beri
Semuanya corak berbelang-belang

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada lagi baju belang
Bolehlah bagi kat saya lagi


T-Shirt Belang yang paling aku suka












*nota kaki berbau : adakah sama lelaki yg memakai baju belang dgn lelaki si hidung belang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...