Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

29 March 2011

WANITA & HANDBAG


KLIK image kalau nak tengok gambar Handbag yang cun
Orang perempuan@Wanita & handbag memang tak dapat dipisahkan bak irama & lagu...pergi mana-mana sure ada jek handbag yang tersangkut kat bahu or ditatang ke sana kemari...kadang-kadang dalam handbag tu takde apa-apa pun barang yang penting, tapi pakai handbag ni dah jadi macam fesyen or barang keperluan bukan lagi aksesori...kalau tak pakai handbag tu maybe rasa macam keluar rumah tak pakai baju kot...hoho...

Apa barang yang wajib ada dalam handbag wanita??? Jom kita selongkar & try ushar sikit...

1. Wallet@purse (ini benda wajib ada sebab segala dokumen penting seperti IC, pasport, kad ATM or kad kredit semua simpan kat sini termasuklah duit, kalau ada...)
2. Handset (yang ini pun sekarang dah jadi benda yang wajib ada lagipun handset sekarang dah besar gedabak tak muat tangan nak pegang or letak dalam poket  better simpan jek dalam handbag, hope tak kena ragutlah)
3. Barangan kecantikan@makeup@perfume (mana tau makeup dah cair kena panas & nak touch up muka sikit-sikit or badan dah berbau boleh spray kasi wangi)
4. Tisu (penting jugak benda ni, boleh guna untuk kesat peluh, pergi toilet or lap mulut lepas makan, so taklah nampak selekeh sangat)
5. Kunci kereta@motor (wanita sekarang banyak yang dah bekerjaya & mampu beli kereta@motor sendiri & tak perlu tumpang orang lelaki lagi)
6. Tuala wanita (berguna semasa kecemasan or bila masa tu, ada orang segan nak cerita benda ni tapi kan normal semua wanita alami benda yang sama...lagipun sekarang dalam iklan kat TV pun tunjuk benda ni siap terjun dari atas kapal terbang lagi...kalau dulu nak beli siap berbungkus-bungkus dengan surat khabar lagi)
7. Lain-lain (spray sebuk lada hitam untuk mempertahankan diri, hand sanitizer, losyen tangan, buku nota, pen, panadol or pil-pil kecantikkan@supplement & macam-macam lagi...cuba tengok apa lagi barang yang ada dalam handbag korang yang aku tak mention kat sini???)

Tapi, bukan semua wanita yang suka pakai handbag...ada jugak yang tak suka sebab lebih suka penampilan yang ringkas lagi senang nak bergerak ke sana sini & tak mahu bagi peluang kepada peragut untuk ragut handbag...senang sikit bolehlah jalan berlenggang macam itik pulang petang...kalau ada pun just pakai handbag yang comel-comel jek ringan senang nak bawak tapi tak bolehlah sumbat barang banyak-banyak

Lelaki yang bimbit or kepit handbag wanita celah ketiak tu nampak dayus or kurang macho betul ker????

Entahlah...pada aku biasa jek tak efek langsung tahap kemachoan seorang lelaki kalau setakat kepit or pegang handbag isteri@girlfriend...tapi nampak lebih gentleman ada lah...ada jugak orang perempuan yang saja bawak beg berat-berat & sumbat segala macam alat solek dalam tu tapi boyfriend yang tukang pegang...time pergi shopping si boyfriend tolonglah usung handbag ke sana ke mari...tu tak termasuk lagi beg plastik barangan yang di shopping...habis tak cukup tangan nak pegang...kalau si boyfriend redha tak kesahlah yang penting bahagia

Ada jugak wanita yang memang gila dengan handbag...bertukar handbag ni dah jadi macam tukar baju hari-hari...kalau setakat jenama yang cikai-cikai takpe lah jugak...tapi kalau jenis yang branded mau pitam si suami or si teman lelaki...terpaksalah cari boyfriend@suami yang bergaji 10k sebulan

Itu sajalah kisah tentang wanita & handbag...Kalau nak handbag F.O.C (Free Of Charge) jangan segan-segan untuk JOIN GA OdahOne ya...masih lama lagi tarikh tutup ni...belum cuba belum try...

ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA


KLIK image kalau nak tengok gambar Handbag yang cun
*nota kaki berbau :
Irama dan lagu, ianya tidak dapat dipisahkan....Jika dipisahkan antara keduanya, rosaklah lagu, pincanglah irama...Begitu juga wanita dengan handbag...Jika dipisahkan antara keduanya, rosaklah rancangan si peragut, pincanglah income dia orang...Beware of Peragut!!!

20 October 2010

SI BAJU BELANG






Harimau Belang
Panthera tigris
Malayan Tiger
Famili: Felidae


Ciri-ciri
Ciri yang paling ketara adalah warna bulunya iaitu berbelang kuning dan hitam. Ia juga dikenali sebagai raja di rimba. Panjang keseluruhan spesies ini adalah di antara 1.5-2.9 m dan mempunyai berat badan di antara 25- 160 kg.

Taburan
Harimau Belang boleh ditemui di selatan China, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia dan timur Myanmar. Di Semenanjung Malaysia spesies ini boleh didapati di kebanyakan hutan primer. Taman Diraja Belum, Perak merupakan antara kawasan yang kerap direkodkan kehadiran Harimau Belang selain daripada Taman Negara.

Habitat
Kebanyakan spesies ini direkodkan di kawasan tanah pamah dan juga di kawasan bukit. Harimau biasanya berkeliaran di kawasan yang tidak jauh dari air kerana makanannya banyak tertumpu di sini seperti Babi Hutan, Kijang dan Rusa.

Tabiat
Harimau Belang merupakan haiwan yang solitari dan hanya akan mencari pasangannya ketika musim mengawan. Harimau betina biasanya bergerak di dalam kumpulan keluarga. Anak-anak harimau belang ini akan berpisah dengan ibunya setelah berumur lebih kurang dua tahun. Kegemaran spesies adalah mandi dan bermain-main di dalam air.

<
<
<

Aku sebenarnya bukan nak cite tntg harimau belang@pak belang tapi pasal baju yang coraknya berbelang-belang. Kat bawah ni aku upload gambo koleksi baju belang yg aku ada.

Agaknya trend baju laki2 kat luar sana sumenya belang2 kot coz sume orang bagi kat aku baju belang. Aku pun dah lama tak kuar umah membeli-belah so tak tau sangat latest trend kat luar sana tu. Kata orang kalau belang melintang orang yg pakai akan nampak gumuk & kalau memanjang nampak kurus n tinggi.

Tapi pada pendapat aku kalau dah gumuk mmg akan nampak gumuk jugak selagi tak try produk Dr Rozmey 2alam Jusmate5 hoho... Pakailah baju apa pun tetap nampak sama gak. Izinkan saya akhiri entri ini dengan 2 rangkap pantun.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
6 helai baju orang beri
Semuanya corak berbelang-belang

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada lagi baju belang
Bolehlah bagi kat saya lagi


T-Shirt Belang yang paling aku suka












*nota kaki berbau : adakah sama lelaki yg memakai baju belang dgn lelaki si hidung belang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...