30 October 2010

KAF HAA WAU YAA NUN



"Bila Mau Kahwin, Bila Lagi Nak Kahwin?"

Maksud kahwin dipetik daripada lagu SM Salim...kaf ha wau yaa nun (huruf jawi) yang bermaksud, kaf : kongsi, ha : hidup, wau : waktu, ya : yang, nun : nikmat...dalam maksudnya tu

Bagi sesetengah individu, soalan inilah yang paling dia benci nak jawab...kalau tak jawab takut orang kecik ati tapi masalahnya dia sendiri tak tahu nak beri jawapan yang terbaik...bukannya tak mahu kahwin tapi kahwin yang tak mahu kat dia

Maksudnya dia memang dah rancang nak kahwin tapi ada sesuatu yang menghalang yang menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat murni itu...kalau lepas halangan itu maka berkahwinlah ia

Ada orang yang tiap kali jumpa akan tanya soalan yang sama seperti tajuk diatas berulang-ulang kali...bukan sekali bukan dua kali bukan jugak tiga kali tapi berkali2

Tiap kali jumpa mesti nak tanya benda yang sama macam dah takde soalan lain dalam simpanan bank soalan tu...annoying dan membuatkan kepala jadi serabut nak menjawabnya

Bukan setakat bila jumpa sahaja malah dalam facebook, sms, video call, voice call, twitter pun masih tanya soalan yang sama...pening gak nak layan orang yang macam ni

Tanyalah soalan matematik ker, soalan sejarah or geografi boleh jugak bukak buku or search internet untuk cari jawapannya tapi kenapa soalan itu jua yang nak ditanya?

"Awak tu dah tua dah makin berumur sedarlah diri tu sikit, sampai bila nak idup membujang" tanya si dia

"Umur dah lanjut, pipi pun dah layut, nafas pun dah semput, nak tunggu apa lagi" tanya si dia lagi

Aku ada satu jawapan yang special khas untuk orang2 yang macam ni...jawapannya;

"Awak tu nak mati bila" or lebih sopan lagi "Bila awak rasa awak akan mati"

Sure dia susah gak nak jawab soalan tu, begitulah juga susahnya orang yang dia selalu tanya soalan, bila nak kahwin? untuk menjawabnya, padahal dia sendiri tahu masalah yang dihadapi oleh si yang ditanya...cubalah jawab kalau terer...hang kata hang terer piirahhh...haha

Kenapa aku suruh jawab macam tu? bcoz kita sendiri tak tahu bila kita nak mati or akan mati...kecualilah kalau dah memang rancang nak mati bunuh diri...itu pun kadang2 tak terus mati tapi menderita dulu beberapa hari barulah mati...nyusahkan orang yang hidup jek...mati tu sesuatu yang pasti cuma masanya bila kita sendiri tak tahu

Macam tulah gak dengan jodoh...benda ni ada kait mengait...bukankah orang selalu cakap jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal dan maut ditangan tuhan...kita hanya mampu merancang tapi tuhan jua yang menentukan

Kadang2 dah elok2 plan nak kahwin tapi tetiba tak jadi kahwin either si bakal pengantin mati kemalangan or dieorg sendiri yang decide tak jadi nak kahwin...tak siapa boleh jangka benda yang akan datang even nostradamus pun bukannya selalu betul...propaganda jek tu semua

Lagipun tengoklah contoh orang yang dah kahwin tapi rumahtangga tak bahagia...aku rasa lagi elok tak kahwin dari jadi macam tu coz melibatkan banyak pihak...kesian kat anak2 kalau mak bapak asyik bergaduh jek...yang jadi mangsa anak2

Yang jadi bohsia & samseng jalanan pun anak2 jugak...so, tak payahlah kecewa kalau jodoh tu tak sampai lagi yang penting usaha doa & tawakkal itu tangga kejayaan

Tuhan kan dah set awal2 apa yang terbaik untuk kita...kalau kita usaha & ikut perintah dia insyallah kita dapat apa yang kita nak & kadang2 lagi baik dari tu pun kita boleh dapat

Contohnya; aku tak ingatlah nama serikandi Islam ni, suami dia syahid time perang uhud kalau aku tak silaplah...so, dia pun sedihlah meratapi kematian suaminya

Tapi berkat kesabaran, keimanan dan ketaqwaan yang ada pada dirinya, last sekali Allah gantikan dengan yang lagi baik coz dia dapat jadi isteri Rasulullah SAW...ceritanya lebih kurang macam tulah...bukankah itu satu penantian yang beerti?

So, pesanan bagi orang yang selalu sibuk asyik tanya bila nak kahwin tu eloklah cari soalan lain pulak...tak pun lagi elok kalau soalan tu digantikan dengan doa, contohya macam ni;

"Aku doakan ko dapat jodoh secepat yang boleh" "sabarlah, insyallah tahun depan sampailah jodoh tu" "aku doakan kau dapat jodoh yang terbaek dan cepat2 kahwin" "sian kau dah tua tak kahwin2 lagi, tapi takpe aku doakan kau kahwin dengan kekasih hati kau tu & bahagia selama-lamanya"


Bukankah ucapan itu lagi baik dan menyejukkan hati orang yang menerima dan mendengarnya? Doa itu lagi baik berbanding bertanya soalan yang sama berulang2 kali...pernah tak kita mendoakan kebahagiaan untuk orang lain? kalau tak pernah boleh cuba cara ni tak rugi pun

Fahamilah masalah orang yang kita tanya sebelum tanya soalan yang semacam itu...orang tu bukannya tak mahu kahwin tapi ada sesuatu yang menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hajat untuk mendirikan masjid buat sementara waktu

Paku, kayu, simen, pasir, buruh binaan, batu bata pun takde macam mana nak buat masjid? tok imam, bilal, makmum pun takde watpe nak dirikan masjid cepat2 tunggulah dah cukup korum barulah buat

Apalah asyik tanya macam tu jek...mana ada orang yang tak mahu kahwin...bukan best pun idup sorang2 ni...mungkin perjalanan hidup orang yang bertanya tu smooth tak banyak dugaan & cabaran macam orang yang ditanya...renung-renungkanlah


*nota kaki berbau
Sedang merancang nak kahwin tarikh 20.11.2011 @ 20.12.2012 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...