03 January 2011

PEREMPUAN KINI LEBIH SUKA MENIPU


LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.

Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.

Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.

Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa. - Agensi

SUMBER : myMetro < Global

Setuju tak kaum perempuan yang kat Malaysia ni dengan tajuk kat atas tu? Atau kajian kat atas ni just untuk kaum perempuan yang ada kat negara omputeh jek? Adakah anda seorang yang curang kepada teman lelaki anda atau lebih teruk lagi kepada suami anda? Betul ke kelemahan orang perempuan ialah mudah jatuh cinta? Betul ker perempuan pantang tengok lelaki kacak? 

Contohnya, bila orang lelaki sibuk bercerita pasal kemenangan team bolasepak Malaysia tapi yang perempuan pulak sibuk bercerita tentang ketampanan Khairul Fahmi Cik Mat & Safee Sali...semangat kesukanan atau semangat untuk menonton bolasepak tiba-tiba naik sebab ada pemain kacak yang beraksi ditengah padang...apa akan jadi kalau penjaga gol Malaysia adalah saudara Marcus? Berapa ramai perempuan yang menonton Piala Dunia semata-mata nak tengok jejaka kacak?

Jawapannya : ??? (jangan menipu kerana anda akan termasuk di dalam statistik kajian di atas)

*nota kaki berbau :
Jangan jadi seperti Pinocchio yang setiap kali menipu hidungnya akan menjadi panjang

10 KOMEN:

nazihahisa said...[Mari Balas Komen Ini]

tak relevan dgn malaysia kot.. hahha

Nur Nabilla binti Sazali said...[Mari Balas Komen Ini]

gilla macam harem kajian ;p

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@nazihahisa
yup...tak sesuai

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Nur Nabilla binti Sazali hoho...marah kew???

S.3.V.3.N said...[Mari Balas Komen Ini]

hoho..xngaku. :D

masri said...[Mari Balas Komen Ini]

@Nur Nabilla binti Sazali

masri said...[Mari Balas Komen Ini]

saya dh kene, saya setia dengan sorg gadis ni, dlm diam2 dia wt hubungan belakang saya sampai saya tangkap dia di rumahnye dalam bilik berkurung dengan jantan pukul 6.30 pg walhal semlm dia kata tdo umah abg kandung.

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@masri...peh ni kes serius ni...relax bro sbr jeklh...tp xsume gurl camtu kot...

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

ermmmmmmm

nairaariaa said...[Mari Balas Komen Ini]

tak releven kat maysia kot...rasanye kat malysia pmpuan lg setia...siap bunuh2 diri jer isunye...lgpom,sy as pompuan lg suke bercakap hal pompuan cantik dari laku ensem..oppss...im straight k..huu=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...