14 January 2011

AYUH MATI BUNUH DIRI?

malam sunyi ku sendiri
duduk sepi diatas pohon
kubiarkan rambutku terurai

tanpa kaki kelawar,anjing dan bulan purnama
menanti kekasih ku yg belum mati
kapan mati kekasihku
ku menanti kau disini
ayuh mati bunuh diri
biar kita jumpa lagi
seperti dulu

hahahahhahahahaha(3x)

mana mungkin ku kembali
hidup lagi seperti dulu
kecuali engkau mati
mohon mengerti

kapan mati kekasihku
ku menanti kau disini
ayuh mati bunuh diri biar kita
jumpa lagi seperti dulu

Bait-bait lagu ni bercerita tentang sepasang kekasih yang sungguh setia sampaikan salah seorang dah mati pun still nak bersama...si lelaki rindu kat girlfriend dia & tak dapat hidup tanpa si dia disisi...si gadis pulak dah pun mati tapi suruh teman lelaki bunuh diri supaya dapat hidup bersama dalam kehidupan yang satu lagi...Scary gak lirik lagu camni, bajet kalau mati dapat hidup bahagia kat dunia yang satu lagi lah...no way man, go to hell! lah jawapannya kalau mati bunuh diri (KLIK TITLE LAGU UNTUK TENGOK VIDEOCLIP YANG MENYERAMKAN)

Sekarang ni, ada macam-macam cara orang nak mati bunuh diri...yang terbaru kes yang berlaku kelmarin...ini antara ringkasan berita yang dipetik daripada Berita Harian...berita lanjut boleh baca kat SINI

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga Nepal yang melarikan diri dengan memanjat pokok kelapa selepas menceroboh kebun durian di Kampung Tok Muda, Machang Bubuk, di sini malam kelmarin, ditemui mati di atas pelepah pokok itu, pagi semalam.

Kematian lelaki berusia 20-an yang tidak memiliki dokumen pengenalan, disedari jam 10 pagi semalam dengan lilitan tali pinggang di lehernya, iaitu selepas hampir 24 jam berada atas pokok setinggi kira-kira 20 meter.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengalami kesukaran membawa turun mayat lelaki itu, terpaksa meminta bantuan penduduk kampung dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Pegawai Bomba II Rejab Ahmad, berkata pihaknya menghadapi kesukaran dan mengambil masa lama membawa turun mayat di celah pelepah kelapa.

Kebanyakkan orang yang mati bunuh diri atau cubaan bunuh diri ni akan menyusahkan orang yang hidup...contoh, macam yang berlaku kat atas ni...kan lagi senang kalau dia terjun dari atas pokok kelapa tu daripada bunuh diri kat atas pokok kelapa...mungkin cara tu lagi mulia kot mati kat atas bukan mati terjelepuk jatuh kat bawah

Ada jugak yang pilih mati bunuh diri dengan curah petrol kat badan & bakar...ngeri betul, tapi masalahnya kalau mati terus tak kesah kebanyakkannya dah seminggu baru mati...menyusahkan doktor & jururawat kat hospital nak jaga & rawat...tuan punya diri pun suffer dulu baru mati...tapi cara yang paling popular untuk bunuh diri ialah terjun bangunan, sungai atau laut & minum or makan racun...kalau kat negeri omputeh stylo sikit head shot tembat kat kepala macam yang Kurt Cobain buat

Kejadian bunuh diri pun makin lama makin meningkat...maybe sebab hidup sekarang ni tekanannya makin kuat...masalah paling utama orang bunuh diri ialah sebab duit & kecewa bercinta...sekarang dah tak kira bangsa & agama semua dah syok untuk bunuh diri...cari jalan paling mudah nak lepaskan diri dari masalah problem...betul ke ayat aku ni?...negara Jepun paling famous dengan aktiviti bunuh diri...negara yang terkenal dengan Kamikaze or Kamicrazy...Banzai...Ganbatte!

Moral of the story janganlah bunuh diri, sayangilah nyawa masing-masing...banyak lagi cara nak selesaikan masalah bunuh diri lagi tambah masalah sebenarnya...kalau bunuh diri sebab duit or hutang, kesian kat orang yang hidup tak pasal-pasal nak kena setelkan hutang orang yang pandai berhutang tapi tak reti nak bayar last sekali bunuh diri...bagi yang beragama Islam bunuh diri adalah antara dosa-dosa besar yang sangat dibenci oleh Allah...neraka jahanamlah tempatnya...so, enjoy your life!


*nota kaki berbau :
Bunuh diri adalah satu jalan penyelesaian yang kekal bagi menyelesaikan masalah yang sementara

9 KOMEN:

Jieda said...[Mari Balas Komen Ini]

Baca metro pagi ni ada 3 kes bunuh diri.Hmm.. yang hidup kan pasti mati,biarlah mati secara natural.

Aleen Aiden said...[Mari Balas Komen Ini]

tengah khusyuk2 bace lirik die,tetiba jumpe "ayuh mati bunuh diri"
bahaha.lagu pesen ape ni...isk3

hana said...[Mari Balas Komen Ini]

jgn bunuh diri..
x masuk syurga t...
=D

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@Jieda...yup mati tu kerja tuhan, kita yg idup kne cr jln utk survive dlm idup bkn cr mati...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@aleen aiden...crlh lagu ni best tp seram gak dgr...soundtrack cite tngisn kuntilanak kalo xsilap...

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@hana...entah org yg mati natural ni pn lum tntu msuk syurga inikan pula yg suicide...mmg sesat...hoho

De Mois said...[Mari Balas Komen Ini]

Odah oii..ni memang ada lagu dia ke?? seram semacam je..haha
Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Once broken..considered sold
Segmen Santai : Hilangkan rasa bosan ketika di bilik termenung

syafiqsulaiman said...[Mari Balas Komen Ini]

bunuh diri x selesaikan masalah...
masalah lebih besar tunggu di akhirat nnt..

p/s: jmput dtg ke blog sy k..

bunga_ros said...[Mari Balas Komen Ini]

stuju ngan syafiqsulaiman.. bunuh diri bukan jalan penyelesaian.. ble ada masalah perlu lbih tabah & tenang menghadapinya.. jgn mudah tenggelam punca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...