15 December 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!


Nak Join Kempen? Klik SINI

  • Pakai tudung tapi pakai seluar ketat
  • Pakai tudung tapi pakai baju ketat
  • Pakai tudung tapi pakai baju singkat
  • Pakai tudung tapi baju lengan pendek
  • Pakai tudung tapi nampak jambul di depan
  • Pakai tudung tapi bila tunduk nampak longkang
  • Pakai tudung tapi pakai seluar nampak line spender
  • Pakai tudung tapi bila cangkung nampak seluar dalam
  • Pakai tudung tapi pakai baju transparent
  • Pakai tudung tapi pakai skirt pendek
  • Pakai tudung tapi nampak ekor kat belakang
  • Pakai tudung tapi buat maksiat tanpa segan silu
  • Pakai tudung tapi rakam aksi lucah dalam handset
  • Pakai tudung tapi sekadar fesyen
  • Pakai tudung tapi isap rokok kat khalayak ramai
  • Pakai tudung tapi minum arak
  • Pakai tudung tapi just nak menunjuk-nunjuk

Dimanakah Kedudukan Anda?
Adakah anda berada dalam kategori di atas? Atau kategori yang ini; 'Pakai tudung sempurna & menutup aurat serta menjaga tatasusila sebagai seorang gadis@wanita Islam yang bertudung'...Tepuk dada tanyalah iman...

Tengok orang pakai tudung kita pun nak pakai tudung...baguslah kalau ada niat camtu...tapi kena ambil tahu gak adab-adab pemakaian tudung yang sempurna & tatasusila seorang wanita atau gadis Islam yang bertudung...jangan main belasah jek...kalau tak cukup ilmu belajarlah lagi tanya dengan orang yang lebih berilmu tak pun "Tanyalah Ustad"

Kat sini aku cuma nak tekankan pada orang yang pakai tudung yang konon-kononya macam menutup aurat tapi sebenarnya mencemarkan lagi kesucian orang yang betul-betul nak tutup aurat dengan bertudung...nak cerita tentang aurat secara umum terlalu luas sangat skop yang nak kena cerita...cukuplah just cerita benda yang kita nampak kat depan mata & harus ditegur & diperbetulkan semula

Sebab kadang-kadang hati ni jadi sakit gak bila tengok orang yang bertudung tapi macam contoh yang ada kat atas tu...nak tegur takut kena sound balik pulak, gurl sekarang ni bukannya boleh ditegur habis keluar semua ayat carut marut & silap-silap dapat isyarat jari tengah lagi...so, tegur dalam hati jeklah & itulah selemah-lemah iman...salah satu cara lagi ialah tegur kat dalam blog macam kempen yang dibuat oleh brother kita ni...Cayalah Bro!

Kadang-kadang tu bila tengok orang yang pakai tudung macam yang kat atas tu rasa macam nak tanggalkan jek tudung si pemakai & jerut kat leher dia...huhu...tapi takut pulak kena dakwa atas Seksyen 302, tak pasal-pasal pulak mati kat tali gantung sebab ikutkan hati yang sedang panas

Bertudung sekarang dah macam satu fesyen...konsep bertudung sebagai wanita Muslimah dah lari jauh...tengoklah macam-macam tudung yang ada kat pasaran tak larat nak sebutkan satu persatu tapi nak sebut gak bukannya nak promote...antaranya tudung bawal, tudung Wardina, Tudung Arianni, tudung Arianna, tudung Ekin & pelbagai lagi...itu tak termasuk lagi tudung saji & tudung periuk...kalau yang pakai tudung jenis ni memang niat betul-betul nak tutup aurat takpelah gak...bukan just nak berfesyen or ikut-ikut trend

Hope entry ni dapat mengubah cara pemakaian tudung wanita-wanita kat luar sana tu supaya menutup aurat secara total bukan sekadar memakai tudung sahaja...aurat wanita itu ialah dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki kecuali muka dan 2 tapak tangan bagi mazhab Imam Shafiee...

"Tutuplah Aurat Sebelum Kamu Di tutup Dengan Kain Kapan"


*nota kaki berbau :
Hai tudung periuk...Tudung periuk pandailah menari...Kain yang buruk...Kain yang buruk berikan kami...Buat menyapu...Buat menyapu si air mata

3 KOMEN:

nadiah said...[Mari Balas Komen Ini]

saya pakai tudung sbb itu kewajiban. :)

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@nadiah yup tutup aurat mmg wajib, tdung adalah slah satu cr utk kita ttp aurat...congratz

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@asyfiqaz insyallah...insyallah...insyallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...