05 December 2010

PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA SETANDING BRAZIL



"Pasukan Bolasepak Malaysia Boleh Setanding Dengan Pasukan Brazil.....Jika....."

  • Paul Si Sotong masih hidup & sentiasa meramalkan kemenangan pasukan Malaysia pada setiap kali perlawanan
  • Pemain-pemain bertaraf bintang seperti Lionel Messi, Christiano Ronaldo, David Villa, Kaka & Fernando Torres menukar taraf kerakyatan mereka & menjadi warganegara Malaysia...seterusnya menyarung jersi 'Nike' pasukan bolasepak Malaysia
  • En. Jose Mourinho atau Sir Alex Ferguson menjadi jurulatih pasukan Malaysia menggantikan jurulatih yang sedia ada
  • Imej Harimau Malaya yang menjadi lambang bagi pasukan Malaysia ditukar kepada binatang yang lebih ganas lagi seperti 'Godzilla' dan sebagainya...ini kerana pada masa sekarang manusia sudah tidak takut lagi dengan sang harimau (zakar harimau pun dimakan oleh manusia)
  • Pasukan Malaysia turun dengan kesebelasan utama (1st Eleven) tanpa ada sebarang pemain yang tercedera atau digantung perlawanan
  • Pemain Malaysia dilatih bermula dari bawah (zero), iaitu belajar 'basic football'...step A,B,C...ibarat macam bayi belajar meniarap, merangkak dan berjalan...kalau dalam istilah bolasepak dipanggil sebagai; first ball, control and passing (lebih kurang macam tu lah)
  • Pemain-pemain Malaysia dihantar untuk mengikuti 'Kursus Motivasi' atau 'Biro Tatanegara' ataupun 'PLKN' supaya mereka lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menyarung jersi kebangsaan
  • Pemain-pemain pasukan Malaysia dapat memikat gadis-gadis cantik & glamer (model-model atau penyanyi & pelakon antarabangsa) yang dikategorikan dalam WAGs (Wives And Girlfriends of all-male sports team) supaya mereka lebih bersemangat ketika beraksi di atas padang
  • Penonton-penonton yang biasanya ramai menonton EPL, La Liga & Champion League di gerai-gerai mamak di ajak supaya 'turun' memenuhi stadium ketika perlawanan Liga Malaysia berlangsung (support our local team)
  • Negara Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan 'World Cup' (tak tahulah bila agaknya?)

"Malaysia kalahkan Brazil dalam acara bola sepak"

Wawancara di antara pemberita dengan jurulatih bola sepak Malaysia, Trevor Hatley...

Pemberita : Apa khabar Coach..?

Trevor Hatley : I'm fine thank you...

Pemberita : Betul ke, bahawa pasukan bolasepak Malaysia berjaya mengalahkan Brazil

Trevor Hatley : Ya, Benar! malah kita belasah pasukan Brazil dengan teruk sekali

Pemberita : Wow..!! Berapa jumlah jaringan gol yang kita dapat

Trevor Hatley : Ohh...tidak ada jaringan kerana kita menang tanpa bertanding

Pemberita : Macam mana boleh berlaku tu coach? Cuba coach ceritakan lebih lanjut...

Trevor Hatley : Mereka tak datang, walaupun dah hampir 1jam kami menunggu di stadium

Pemberita : Kenapa mereka tak datang? Adakah mereka memulaukan perlawanan kerana faktor keselamatan?

Trevor Hatley : Ohh...tidak, bukan sebab tu

Pemberita : Habis tu kenapa coach? Apa sebenarnya yang berlaku...?

Trevor Hatley : Kerana kami tak jemput mereka datang pun...haha!

Pemberita : Hmmm... tak guna punya coach!!!

*Petikan artikel dari majalah lawak tahun 1982 yang bertajuk "Malaysia kalahkan Brazil dalam acara bola sepak"


Top 10 Players


WAGs


*nota kaki berbau :
Bolasepak dianggap sebagai permainan yang bodoh oleh sesetengah orang terutama kaum wanita kerana sebiji bola dikejar oleh 22 orang pemain semata-mata kerana mahu menyumbatnya ke dalam jaring gol, kemudian disambut dengan teriakkan oleh para penyokong...Golllll!!!

3 KOMEN:

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

:) the truth is in there

sekamar rindu said...[Mari Balas Komen Ini]

salam..


tapi pasukan malaysia setaraf jugalah dengan Real Madrid..

Real kalah 5-0 dengan Bracalona,
Malaysia kalah ngn Indon 5-1,

lebih kurang samalah tu..:))

# follow ur blog..

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

sr : yup msia terer skit dpt score sejibik...
go barca!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...