24 December 2010

KEPUTUSAN PMR 2010 | BERITA GEMBIRA

"Terbaik Dalam Tempoh 4 Tahun"
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 mencipta sejarah terbaik dalam tempoh empat tahun apabila 30,863 daripada 439,456 calon memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajaran.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan 2,675 calon atau 0.65 peratus berbanding 28,188 calon memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajaran, tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, beliau melihat peningkatan itu dikaitkan dengan faktor pelajar serta sekolah melipatgandakan usaha meningkatkan tahap pencapaian pelajar mereka. Beliau berkata, jumlah calon memperoleh E (gagal) dalam semua mata pelajaran menurun daripada 386 calon tahun ini berbanding 397 tahun lalu. “Gred Purata Nasional (GPN) tahun ini 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu dan ia menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar tahun ini. “Keseluruhannya, pencapaian calon PMR 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik menerusi perbandingan empat tahun,” katanya ketika membentangkan analisis keputusan PMR 2010, di sini, semalam. Berdasarkan perangkaan tahun ini, 479,675 calon menduduki peperiksaan PMR 2010 di 3,499 pusat peperiksaan di seluruh negara, bermula 5 hingga 12 Oktober lalu.

Katanya, 5,825 daripada 152,744 calon PMR di luar bandar memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, sekali gus mencatatkan peningkatan 0.72 peratus atau 1,050 calon. “Bagi calon PMR di bandar, peningkatan calon mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran 0.55 peratus.

“Calon luar bandar memperoleh semua E dalam keseluruhan mata pelajaran bagi tahun ini pula 132 calon, sekali gus menunjukkan peningkatan kemerosotan 0.01 peratus,” katanya. Mengulas pencapaian calon istimewa pada tahun ini, Abd Ghafar berkata, hanya lima daripada 1,345 calon istimewa memperoleh semua A bagi semua subjek dan ia menunjukkan penurunan 0.22 peratus berbanding tahun lalu. Menurutnya, calon istimewa yang memperoleh keseluruhan E dalam semua mata pelajaran adalah 30 calon dan ia meningkat 0.38 peratus, berbanding 22 calon, tahun lalu.

Katanya, empat bidang kesenian membabitkan tari, muzik, teater dan seni visual yang ditawarkan di dua sekolah seni iaitu masing-masing satu di Johor dan Sarawak mencatatkan pencapaian amat baik berdasarkan standard prestasi dengan empat tahap (band) dengan tahap satu (terendah) dan tahap empat (tertinggi). Abdul Ghafar berkata, enam mata pelajaran mencatat kenaikan signifikan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2010 berbanding tahun lalu, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Pertanian.

SUMBER : Harian Metro

Tahniah! Tahniah! Tahniah! buat semua pelajar yang baru saja mendapat keputusan yang cemerlang untuk exam PMR...tahniah jugak buat sepupu aku yang dapat full A (8A)...pandai jugak budak ni nampak senyap jek...diam-diam ubi berisi agaknya...baguslah macam tu, jangan jadik macam ayam yang bertelur sebijik jek, tapi dia punya riuh satu kampung boleh dengar...memekak jek lebih

Tapi, ni baru PMR perjuangan masih belum selesai lagi...masih panjang lagi perjalanan tu...setakat PMR belum menjamin lagi masa depan yang cemerlang...ada yang dapat result PMR cemerlang tapi result SPM kecundang...ada yang result PMR ke longkang tapi SPM cemerlang & terbilang bukan temberang...itu semua ikut strategi masing-masing...mana yang leka & dibuai dengan result PMR yang cemerlang biasanya memang kena tendang bila result SPM keluar

Biasanya bila masuk jek Form 4 apa yang di belajar time PMR akan di reset balik (bukan maksud honeymoon)...yang mana benda-benda basic tu tetap samalah...result cemerlang PMR tu boleh letak tepi buat sementara waktu...pada aku result cemerlang PMR ni just tiket untuk sambung belajar kat sekolah berasrama penuh yang masa depannya lebih terjamin...itu jek tak lebih dari tu pun...so, tak payah nak bangga-bangga sangat sampai nak buat kenduri 3 hari 3 malam & buat pulut kuning sampai 13 mangkuk

Kalau dapat masuk sekolah berasrama penuh (bukan berasmara) kan glamer sket...contoh macam; MRSM & Sekolah Sains or Sekolah Teknik pun ok jugak...biasanya kan result kat sekolah-sekolah macam ni gempak-gempak...ada yang result sebenar SPM belum keluar lagi tapi student dah boleh pergi oversea untuk sambung belajar... just guna result untuk trial exam jek pun dah laku...tapi tak semuanya yang berjaya even dapat masuk sekolah berasrama penuh...kalau dah memang rajin & pandai letaklah kat tempat yang solok berdentum pun result tetap score 'A' gak

Yang mana fail tak dapat score banyak-banyak 'A' tak payahlah nangis sampai beriya-iya or kecewa sampai nak bunuh diri...yang score semua 'A' pun tak payahlah nak tunjuk-tunjuk sangat pada kawan yang tak berjaya tu...kesian kat kawan tu...ini hari korang mana tau esok hari dia pulak...bak kata pepatah mat saleh tu;


"He who laughs last, laughs best" (You may laugh now, thinking you have won, but you may not prevail in the end)



*nota kaki berbau :
Study biar lepak result biar gempak...Study biar sentimental result biar heavymetal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...