14 December 2010

TAWARAN DISKAUN HUTANG PTPTN


Klik Sini (Untuk Update Pinjaman)

Sebut jek pasal hutang sure ramai yang macam nak lari & jadi takut...tak kiralah hutang yang sah atau ceti haram atau ah long...semua dah kecut perut & macam malas nak layan...tapi masa nak berhutang dulu takde pun fikir camni...tau nak enjoy jek

Sebut PTPTN semua student tersenyum & suka tapi time bergelar studentlah bila dah habis belajar & time nak cari kerja or dah kerja semua jadi benci bila tengok surat dari PTPTN sampai kat rumah...tengok kepala surat ada nama PTPTN rasa macam malas jek nak bukak surat tu...kalau boleh nak biarkan jek dalam peti surat tu biar kena hujan panas & reput

Aku baru jek update pinjaman PTPTN tukar plan...macam hotlink gaklah boleh tukar-tukar plan...tawaran ujrah dari 3% ke 1% banyak gak tu...dengar macam sikit tapi cuba calculate balik perbezaa 2% tu boleh bayar duit monthly installment Proton Inspira untuk tempoh dalam 3bulan

Ujrah tu apa? Kalau ikut kamus Dewan maksudnya upah, gaji atau sewa lah...PTPTN saja nak guna ayat yang lebih sopan & bombastik sebab diaorang bukannya Ah Long...kalau dalam bahasa kasarnya bunga, dividen atau servis charge yang PTPTN kenakan pada para peminjam pada tiap-tiap tahun...ambik kau hutang aku dari seciput sekarang dah jadik macam bukit antarabangsa...nak bayar pakai apa? air liur boleh tak En. PTPTN? Anyway...hutang memang wajib dibayar kalau tak kena tuntut kat akhirat...

Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?

Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1% layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :

i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang
ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal
pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain)

Apakah tindakan yang perlu diambil bagi membolehkan saya mendapat tawaran Ujrah?

Jawapan : Peminjam perlu mengambil langkah-langkah berikut :
i. Membuat pendaftaran melalui laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my) dengan menggunakan no kad pengenalan dan memasukkan alamat e-mel peminjam;
ii. Mengemas kini maklumat yang diperlukan melalui link yang dihantar ke alamat e-mel peminjam yang didaftarkan;
iii. Mencetak dan menandatangan dokumen tawaran yang dihantar ke alamat e-mel peminjam; dan
iv. Menghantar dokumen tawaran yang lengkap (sila rujuk panduan pengisian) kepada PTPTN dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tawaran

Maklumat lanjut Klik Sini


*nota kaki berbau
Hutang dengan manusia banyak yang dah langsai ada yang dah bayar lumpsum pun, tapi hutang dengan tuhan berkepuk-kepuk satu sen pun tak bayar lagi...ishk...ishk...

4 KOMEN:

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

gud info...hutang aku dari Rm15k dah jadi 18k...macam along gak

soffya cik bulan said...[Mari Balas Komen Ini]

wahh ciki bulan pun ada htg ngn ptptn. bru hbis bljr..boleh buat jgk ni ke tak ek

odahonebizz said...[Mari Balas Komen Ini]

@soffya cik bulan: anda akan ditawarkan Ujrah sebaik tamat pengajian...yg ni just utk org2 lama yg masih berhutang or utang xgerak2 liat sgt nk byr...haha

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

moncler coat
moncler
yeezy boost 350
supreme hoodie
goyard
golden goose sneakers
air yeezy
moncler jackets
kd shoes
a bathing ape

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...