03 December 2010

SANG HARIMAU MALAYA vs SI GAJAH PUTIH




"Siapa Paling Hebat?"
  1. Harimau ada taring & kuku yang tajam, gajah pula ada gading & belalai yang panjang
  2. Gajah haiwan darat yang paling besar, harimau pula kecil sedikit berbanding gajah
  3. Harimau makan daging, gajah pula makan tebu & tumbuh-tumbuhan
  4. Gajah mempunyai saiz najis yang besar, harimau pula najisnya lebih kecil berbanding dengan gajah
  5. Harimau boleh berlari laju, gajah pula berlari kurang laju kerana saiz badannya yang besar & berat
  6. Gajah takut dengan tikus, harimau pula tak takut apa-apa kecuali dengan pemburu haram
  7. Harimau adalah pemburu & pemangsa yang hebat, gajah pula perosak tanaman orang kampung yang digeruni
  8. Gajah berkulit tebal dan tahan lasak, harimau pula kulitnya diselaputi dengan bulu-bulu
  9. Harimau bersifat penyabar, gajah pula suka naik minyak
  10. Gajah biasanya tidur & tak aktif pada waktu malam, harimau pula aktif & memburu mangsa pada waktu malam

Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing...Tapi...apabila beraksi di atas padang siapakah yang paling hebat?

3 hari lepas, Harimau Malaya dah pun tewas dek amukkan Si Garuda...bukan sekali atau dua kali, tapi 5 patukkan dari paruh ampuh Si Garuda yang singgah ke badan Harimau Malaya yang tak mampu dihalangnya...hanya sekali terkaman sahaja yang mampu dilakukan oleh Harimau Malaya mengena sayap Si Garuda...kini, Harimau Malaya ibarat harimau belang yang hilang belangnya

Lawannya kali ini lebih kuat & besar fizikalnya...hanya akal cerdik Sang Harimau Malaya yang mampu menumbangkan Si Gajah Putih

Ayuh! bangkit Sang Harimau Malaya tunjukkan kuku & taring sebenarmu...robek daging Si Gajah Putih buat santapan kaum harimau yang sedang kelaparan...


Mungkin ini yang akan berlaku kepada Sang Harimau Malaya & Si Gajah Putih


*nota kaki berbau :
Nak sokong siapa lagi kalau bukan tanah tumpahnya darahku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...