23 December 2010

1st LUCKY DRAW BLOG SUKA HATI




"Hai Blogger! Hai Nuffnangers! Nama saya Kasyah...Umur saya 1tahun 9bulan (aku main hentam jek)...Korang nak hadiah tak yang mummy I nak bagi ni...Meh lah join! Rugi tau kalau tak join macam-macam hadiah ada ni...Cuba tengok kat bawah ni...Dah tengok? Cantik tak! Tengoklah betul-betul...Mummy I beli pakai duit dia sendiri tau...Kalau nak hadiah kliklah kat hidung Kasyah yang mancung macam hidung mummy ni..."

Pada tanggal 22 Disember blog ini telah di tag oleh cikanna melalui shoutbox;

"salam,follow dan tag kat sini...http://anneraini.blogspot.com/2010/12/1st-lucky-draw-blog-suka-hati"

Maka, dengan itu aku pun tak mahu lepaskan peluang nak join 1st Lucky Draw ni sebab selalunya aku bertuah...dulu, time kecik-kecik mak aku selalu sebut "Bertuah punya anak!!" setiap kali aku buat nakal...maybe masin kot mulut mak aku tu sebab sampai sekarang aku masih bertuah...


Setakat ni aku tak pernah miss dapat apa-apa hadiah dalam cabutan bertuah...orang puteh panggil lucky draw lah...paling cikai pun aku dapat blender mesin buah & yang paling grand sekali "pakcik menang motor"...lagipun tarikh tutup permohonan still belum tamat lagi...belum pun pukul 12 tengah hari 6 Januari 2011...hari apa aku tak ingat lum dapat kalender kuda tahun baru 2011 lagi...so, aku mulakan entry lucky draw ini dengan pantun 2 kerat;


Tuah ayam nampak dikaki...
Tuah aku pada 1st lucky draw blog Suka Hati...



Cabutan Istimewa KAIN PASANG berwarna pink sepanjang 4 meter yang sesuai untuk dibuat baju kurung atau kebaya

Aku suka dengan kain ni sebab matching dengan tudung bawal aku (tengok gambar patung tu)...aku boleh buat baju Kebarunghang...bukan baju kebarung hang! tapi gabungan (kebaya+kurung Pahang)...aku jahit sendiri jek bukan susah sangat pun...lagipun aku baru beli mesin jahit jenama Singer buat 3x bayar semalam...bila lagi nak test mesin yang masih berbau kedai...dengar cerita budak Kasyah yang akan buat cabutan hadiah istimewa ni...mmmcak! cak!  cak! kuci..kuci...(sambil jelir-jelir lidah & kelepetkan kelopak mata) 


Hadiah saguhati sebuah Klip Riben yang cantik untuk 5 orang yang bertuah...aku gunakan ayat sebuah bukan sepasang sebab walaupun nama dia hadiah saguhati, tapi bila orang dengar ayat sebuah tu rasa macam menang sebuah rumah banglo 3 tingkat kat tepi laut, walaupun hanya menang sepasang klip beriben jek...comel jugak ek model klip rambut ni...

"Hadiah saguhati sepasang klip riben yang cantik untuk 5 orang yang bertuah"

Ini ayat yang digunakan oleh tuan punya blog yang buat contest@lucky draw ni...Sepasang tu maksudnya apa ek? Klip riben dengan modelnya sekali ke? Adoi! konfius aku...best jugak hadiah saguhati ni...pakej lengkap...hoho...


Hadiah utama rantai tangan bercorak menarik untuk 6 pemenang bertuah...

Biasanya kita dengar 6 Jahanam tapi ni 6 Pemenang Bertuah...tak tahulah kenapa tuan punya contest ni nak bagi hadiah utama kat 6 orang bukan kat sorang jek, sebab biasanya hadiah utama cuma untuk sorang jek (sukati dia lah nak bagi kat bape orang pun, dah nama pun Blog Suka Hati Aku)...kalau 60 orang lagi bagus kan semua dapat sorang satu...tapi dah tak nama hadiah utama pulak bila ramai sangat yang dapat...hope aku tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman & 6 orang yang bertuah tu...amin 365x



Hadiah entry kreatif...Beg tangan bercorak Lurve dengan riben pink yang cantik tertarik menarik...

Kalau dapat beg ni aku boleh guna bawak pergi mengaji...boleh letak muqaddam & Quran kat dalam beg ni...nanti tuan punya pun dapat gak share amal jariah (pandai tak ayat aku pancing hadiah ni?)

Inilah rupanya orang-orang yang kena TAG 

*nota kaki berbau :
Orang yang bernama Tuah tak semestinya bertuah, orang yang bernama Johan tak semestinya menjadi johan, orang yang bernama Juara tak semestinya bergelar juara, orang yang bernama Iman tak semestinya beriman

5 KOMEN:

AnneRaini said...[Mari Balas Komen Ini]

thanks sudi join...

Anonymous said...[Mari Balas Komen Ini]

Great blog! I truly love how it’s easy on my eyes and the details are well written. I am wondering how I could be notified whenever a new post has been made. I have subscribed to your rss feed which ought to do the trick! Have a nice day!

yanmaneee said...[Mari Balas Komen Ini]

supreme outlet
bape clothing
yeezy shoes
off white
yeezy shoes
lebron 17
goyard handbags
curry 7
kyrie 6
supreme clothing

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

click this link here now replica designer backpacks click this site Louis Vuitton replica Bags you could check here louis vuitton replica

Unknown said...[Mari Balas Komen Ini]

he has a good point linked here Recommended Reading click for info navigate here see this website

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...