31 December 2010

SAYONARA 2010 WELCOME 2011



Saja jek nak buat review tentang blog ni macam yang orang selalu buat bila dah sampai hujung tahun...kalau kita baca paper pun banyak yang buat imbasan dari A sampailah Z tentang peristiwa yang berlaku kat dunia ni pada tahun 2010...ASB pun tutup seminggu tak boleh buat urusan sebab nak kemas kini sistem & pengagihan dividen...tapi blog ni tak perlu tutup coz takde benda yang nak dikemaskinikan

Blog odahone diasaskan pada tahun 2008 atas permintaan rakan-rakan yang time tu semua ada blog masing-masing & tengah gila memblogkan diri...credit buat Miss Mawk yang ajak kami menceburkan diri dalam arena blog ni...tapi masa tu tak tahu nak tulis apa, asyik sibuk nak bercinta jek takde masa nak buat tu semua...blog odahone ni sebenarnya dah lama berkubur & saje kita orang privatekan sebab blog ni kira macam diari odahone & tempat nak luahkan perasaan masing-masing...kalau publishkan pun ramai yang meluat nak baca & tak faham apa-apa kecuali odah & one jek

Tapi, pada 19 Oktober 2010 barulah blog ni diberi nafas baru...odahone kembali dengan entry-entry yang lebih ganas...hoho...segala entry-entry yang tak patut didedahkan pada umum telah di delete oleh tuan punya blog...yang tinggal cuma bahan-bahan yang bersifat umum & bukan peribadi...diari sendiri takkan nak bagi orang baca, betul tak? 

Bila dah start menulis blog ni rasa syok pulak walaupun niat asal just nak suka-suka jek...sekarang ni kalau tak jenguk blog 1 hari tak sah pulak...kami pun bergerak secara solo takde pun member yang betul-betul aktif dalam dunia blog ni...banyak benda yang belajar sendiri sampai sekarang pun still belajar lagi (newby lah katakan)...kami jugak cuba tampil dengan imej & identiti sendiri

Hope tahun depan 2011 yang akan menjelang tak berapa jam saja lagi ni membawa seribu makna bagi semua bloggers yang kat luar sana tu...teruskan menulis apa yang dirasakan berfaedah & boleh memberi manfaat pada orang yang membaca & melihatnya...semoga semakin ramai yang sudi singgah blog ni & bacalah apa yang patut & suka dibaca...berilah apa-apa komen yang membina yang boleh menjadikan blog ni semakin menarik atau semakin suka orang nak singgah...kepada yang sudi jadik follower tu thank you very much...last but not lease, kita jumpa lagi tahun hadapan dengan entry-entry yang lebih berani & meletup...Salam 2011 dari Odah & One...

*nota kaki berbau :
Tutup buku lama & bukak buku baru, tinggal perangai buruk & kekalkan perangai elok

AUTOPING ENTRI DI BLOGLARIAN FB SESI 2011


Assalamulaikum...

Khidmat pendaftaran autoping FB Bloglarian dah dibuka semulalah...hari tu busy tak sempat nak buat lagi...so, sekarang aku akan buat...kali ini, sedikit perubahan pada syarat akan dilakukan bagi memberi kemudahan kepada mereka yang tidak mempunyai FB...amboi banyak pulak syaratnya kali ni ek, hari tu sikit jek...jenuh jugak nak memenuhi syaratnya ni...kalau pakai bahasa isyarat jek tak boleh ker Si Tukang Tulis?...macam nak meminang Puteri Gunung Ledang pun ada siap pakai syarat... tapi simple jek tak susah pun...Syarat-syaratnya adalah;

Syaratnya Yang Pertama
Pastikan blog anda tersenarai dalam BlogLarian (dah tersenarai pun awal-awal lagi)

Syaratnya Yang Ke-2
'Like' BlogLarian FB, Bagi yang tiada FB, anda dimaafkan :) (nasib baik aku ada FB & dah like pun)

Syaratnya Yang Ke-3
Buat satu en3 bertajuk 'AutoPing Entri di BlogLarian FB Sesi 2011' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda dan linkkan ke en3 ini (banner & link dah letak cuma entry jek tengah buat ni, tunggu sat naa...)

Syaratnya Yang Ke-4
Letak no rumah anda dalam BlogLarian (No. Rumah 27 Siapa yang belum datang melawat lagi dipersilakanlah datang...kecik tapak tangan Stadium Sarang Burung kami tadahkan)

Syaratnya Yang Ke-5
Letak link ini dalam en3 anda (feedback Penyewa BlogLarian) 

Syaratnya Yang Ke-6
Bantu BlogLarian untuk mempromosikan Page di bawah ini. Pilih 3 daripada Page tersebut dan jelaskan dengan ringkas kegunaan page tersebut menurut perspektif anda.
  • Tutorial BlogLarian (Page yang ni aku malas nak promote)
  • Contest BlogLarian (Siapa-siapa yang rajin masuk contest or nak Giveaway (GA) masuklah page ni...ada macam-macam hadiah yang korang boleh dapat...lagi satu kalau korang nak announced GA & contest kat sinilah tempat yang terbaek...tak perlu susah-susah pakai pembesar suara nak announced)
  • Santai BlogLarian (Dah nama pun santai...so, kalau korang rasa nak relax-relax hirup udara segar kat internet lepaklah sini...kira macam kopitiam or kedai mamak bloglarianlah...boleh baca paper, layan cerita best & nak download cerita pun boleh)
  • PingSite (kalau korang rasa entry yang korang buat tu best & nak share kat orang ramai bukaklah page ni & ping kat mana-mana ping site yang korang suka...ada banyak pingsite kat dalam tu, just pilih jek nak ping semua pun boleh...cara ni aku rasa lagi berkesan untuk up trafik datang baca blog kita)
  • BlogLarianSquare (Page yang ni pun aku malas nak promote)


Syaratnya Yang Ke-7
Tinggalkan Komen di en3 yang mengandungi butir-butir  berikut;
no. rumah
nama Blog
link en3 anda
(jap lagi dah publish post saya tinggalkan komen ya...)

Syaratnya Yang Ke-8
Penyertaan di buka hingga 31/1/11 (baru berapa haribulan ni banyak lagi masa, jomlah siapa yang tak buat lagi tu) Siapa yang dah memenuhi syarat & nak JOIN Klik pada banner kat atas tu)

Syaratnya Yang Ke-9
Tag 3 rakan anda dalam BlogLarian (jika tag yang bukan penyewa pun boleh jika anda mahu tambah penyewa di BlogLarian. Sekiranya mereka berminat, barulah buat, Tiada paksaan. Tagging ni mcm nak bgtau je :)


(Ok...ni orang yang kena tag)

**Blog anda akan disenaraikan dalam masa 3 hari kerana Si Tukang Tulis busy dengan pekerjaannya...

Sekian...segala syarat-syarat anda telah pun odahone penuhi....segala kerjasama dari pihak tuan kami akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih...hope to hear from you very soon...your sincerely;

*nota kaki berbau :
Table tennis, also known as ping-pong, is a sport in which two or four players hit a lightweight, hollow ball back and forth using table tennis rackets

HARI INI CUTI 1 MALAYSIA


Awal-awal pagi lagi dah bangun tidur...macam biasa mandi & siap-siap kan diri pakai baju...perkena pulak air kopi & sebuku roti...amik kunci & start kereta panaskan enjin dalam 10minit, bukak pintu pagar & bergerak keluar dari rumah...sampai pertengahan jalan aku mula rasa pelik...

Mana pergi semua orang?...biasanya jalan nilah yang paling sibuk & jammed pagi-pagi buta lagi...aku awal sangat ke pergi kerja hari ni?...tengok jam dah pukul 7.30 pagi...eloklah time ni memang aku biasa gerak dari rumah...aku pun turn on radio & kebetulan pulak diaorang tengah putarkan lagu "Hairan bin Ajaib" dari kumpulan XPDC...lagilah bertambah hairan kepala aku dibuatnya...aku tampar-tampar sikit muka mana tahu aku tengah mengingau...tiba-tiba jek deejay radio pun bersuara;

"Tahniah pasukan Malaysia! kerana anda hari ini kita cuti 1 Malaysia!"

Laaaah...patutlah aku rasa pelik bebenor pagi ni...rupanya aku sorang jek yang excited nak pergi kerja orang lain dok terbongkang atas katil lagi...cis! macam manalah aku boleh lupa hari ni Datuk Seri Najib dah bagi cuti...maybe sebab semalam syok sangat tidur & mimpi yang indah-indah kot...& maybe jugak sebab feel kemenangan kelmarin tu masih terasa sampai aku tak ingat apa-apa...anyway, selamat bercuti buat warganegara Malaysia yang pernah menyanyikan lagu "Negaraku" waktu pagi-pagi perhimpunan sekolah dulu


**tak sabar nak tunggu detik 12 tengah malam ni...bukan sebab nak countdown tahun baru, tapi ada yang lebih penting & best daripada tu

"Selamat Bercuti 1 Malaysia"

*nota kaki berbau :
Orang dah bagi cuti tak mahu cuti...orang tak kasi cuti dia nak cuti...orang sibuk bekerja dia asyik cuti...orang bercuti dia sibuk nak bekerja...

30 December 2010

TAHNIAH BUAT INDONESIA! | FINAL AFF PIALA SUZUKI


Malaysia yang menang kenapa kita nak ucapkan tahniah pada Indonesia? Layak ker dapat ucapan tahniah? Memang layak...Sebab...

  • Pasukan Indonesia menang dengan jaringan 2-1 semalam walaupun kalah dari segi aggregat 4-2
  • Terbukti pasukan Indonesia memang ampuh digelanggang sendiri, mereka tak pernah kalah dalam 6 perlawanan digelanggang sendiri pada Piala Suzuki AFF 2010
  • Lautan merah menunjukkan semangat kesukanan sebenar kerana tiada insiden-insiden yang tak diingini berlaku di Gelora Bung Karno walaupun ada cubaan atau cakap-cakap yang akan berlaku huru-hara jika Timnas Indonesia tewas
  • Para pemain Indonesia menunjukkan semangat juang yang tinggi & tak pernah berputus asa walaupun tahu peluang untuk mereka menang amatlah tipis
  • Tiada pancaran laser dari coli Julia Perez. Walaupun masih terdapat pancaran laser dari penonton yang lain, tapi ia tidak menggangu kelancaran permainan
  • Penyokong Indonesia amat sporting kerana tidak terus meninggalkan stadium walaupun tahu yang pasukan mereka hampir kalah (tak tahulah semangat macam ni ada ke tak pada penyokong kita)
  • Para pemain Indonesia bermain dengan semangat kesukanan yang terbaik, tiada tackle-tackle keras atau layangan kad kuning yang banyak walaupun mereka bermain dalam keadaan tertekan 
  • Pemain Indonesia Firman Utina dipilih sebagai pemain terbaik Piala AFF Suzuki 2010 walaupun tidak berjaya menyempurnakan tendangan penalti semalam
  • Pasukan keselamatan Indonesia berjaya mengawal kelancaran permainan daripada awal pasukan kita sampai sehinggalah ke perlawanan akhir yang berlangsung di stadium (semoga pasukan kita dapat tiba ke tanahair dengan selamat pada petang ini)


Dalam kita sibuk mengucapkan tahniah pada skuad kebangsaan, kat sini aku nak jugak ucapkan tahniah pada para penyokong Timnas Garuda...Alhamdulillah, semalam tak berlaku insiden-insiden yang tak kita ingini walaupun pasukan kita terpaksa menaiki kereta perisai polis untuk pergi & balik dari stadium

Hope, lepas ni kita tutup buku persengketaan antara dua negara serumpun & mulakan semangat setiakawan yang baru antara Malaysia & Indonesia pada tahun baru yang bakal menjelma tak berapa hari lagi ni...janganlah terbawak-bawak sangat dengan emosi & sentimen Ganyang Malaysia atau Anti Indonesia

Penyokong kita patut mencontohi apa yang berlaku di Stadium Gelora pada malam tadi...mungkin jugak sebab kawalan keselamatan yang ketat membolehkan perlawanan semalam berjalan lancar macam yang kita harapkan...pasukan keselamatan kita pun patut mencontohi apa yang dibuat oleh mereka...semoga tahun 2011 menjanjikan aksi yang lebih mengaum dari pasukan yang layak digelar sebagai "Sang Harimau Malaya"

*nota kaki berbau :
Yang menang dipuji, yang kalah dikeji, yang menang jangan meninggi diri, yang kalah boleh cuba lagi, yang menyokong jangan emosi, yang main dapat subsidi, yang kalah setakat dapat gaji, yang jurulatih tersenyum nampak gigi, yang banyak menjaring safee sali, yang selamatkan penalti khairul fahmi & yang menulis mengundur diri

INILAH BARISAN KITA




Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti!


Di restoran mamak, dataran mahupun di rumah masing-masing rakyat Malaysia berkongsi 1 kegembiraan yang sama iaitu kemenangan Malaysia dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010...setelah lama menanti kebangkitan skuad bolasepak tanahair, detik itu akhirnya menjelma dengan penuh emosi

Apa yang membanggakan, sebaik pasukan Harimau Malaya disahkan juara, masing-masing tiba-tiba secara spontan bangun & berdiri tegak dari kerusi empuk restoran mamak sambil menyanyikan lagu "Negaraku"...dengan penuh semangat & gegak gempita tak kira kaum tak kira bangsa, lagu negaraku berkumandang secara simbolik...makcik & pakcik yang tengah makan (termasuk warga asing) pun terpaksa berdiri seketika kerana menghormati lagu tercinta tanahair kita

Football is beautiful kerana menyatukan bangsa kita...Football is cruel bagi Timnas Indonesia kerana walaupun mereka menang di Gelora, mereka masih tak mampu menjulang piala yang mereka tak pernah menang sehingga ke hari ini setelah 5 kali mencuba...apa-apa pun tahniah kepada pemain Indonesia yang telah mencuba habis-habisan dengan semangat kesukanan yang tinggi

Hari ini, hampir setiap blog yang kita lawati akan menceritakan perkara yang sama...bukan sebab minat bolasepak tapi sebab semangat patriotisme yang mengalir dalam diri rakyat Malaysia...tak kira laki ke perempuan semua bercerita topik yang sama...topik SEO yang paling tinggi diketika ini menenggelamkan cerita para artis & selebriti...shoutbox pun penuh dengan jeritan Malaysia Boleh! Malaysia Juara!...begiitulah indahnya permainan yang paling popular dalam dunia, football

Tiada perkataan yang terbaik selain daripada mengucapkan; "Tahniah Malaysia! Syabas malaysia! Malaysia Boleh! Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!"

*nota kaki berbau :
Terharu bila mendengar & melihat penyokong pasukan Malaysia berarak beramai-ramai sambil menyayikan lagu "Inilah barisan Kita" mengelilingi pangsapuri meraikan kemenangan Harimau Malaya

29 December 2010

ULANG TAHUN PERTAMA BLOG SEMBANG HARI2!




Sempena ulang tahun pertama Blog Sembang Hari2! bermurah hati nak memberilkan Giveaway kepada para blogger yang ada kat luar sana tu...marilah kita sama-sama join...Kliklah kat banner Giveaway tu...mana tahu sekali klik dapat hadiah...



Hadiah-hadiah menarik menanti anda!

Hadiah berupa penginapan di Pak Ya Home Stay, Wang Tunai, Cloth Diapers (Baby Land) dan rebat tunai untuk pembelian barangan yang diiklankan di blog Discount Hari2...kat bawah ni ada detail tentang hadiah-hadiah yang ditawarkan...banyak tuuu...rugi wooo kalau tak join...belum cuba belum try...tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tau...kalau nak tau joinlah 1st Giveaway Sembang Hari2! ni...

Tak rugi pun...tak perlu slogan, tak perlu setem, tak perlu bukti pembelian, orang kata duit satu sen pun tak perlu keluarlah...just jadi follower & buat satu entry yang simple-simple contohnya macam yang odahone buat ni...ni pun aku buat dah terlebih-lebih...lepas tu taglah 3 member...taraaa! dah siap...


Tempat pertama:
Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
Wang tunai RM50
Rebat Tunai RM50 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Tempat Kedua:
3 unit Cloth Diapers (Baby Land)
Wang tunai RM30
Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Tempat Ketiga:
2 unit Cloth Diapers (Baby Land)
Wang tunai RM20
Rebat Tunai RM20 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2

Hadiah Mingguan (5 minggu):
1 unit Cloth Diapers (Baby Land)
(Diberikan untuk blog yang banyak menjadi pendorong untuk rakan blog lain menyertai contest ini)

Hadiah Pendorong terbanyak:
Penginapan satu malam di Pak Ya Homestay
Wang tunai RM30
Rebat Tunai RM30 untuk pembelian barang-barang di yang diiklankan di blog Discount Hari2


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2011
Keputusan pengadil adalah muktamad...Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan (aku saja pandai-pandai tambah) 

*nota kaki berbau :
Orang yang bertuah selalunya membawa tuah buat orang lain & orang yang bermaruah selalunya menjaga maruah orang lain

STYLIST BLOGGER AWARD FROM PRINCESS MOMOY



Stylist Blogger Award? Apa tu? Is it a bird? Is it a plane? No, its...jap nak jawab soalan kat bawah ni dulu takut lambat nanti terlepas pulak award ni ke tangan blogger lain...

1. Thanks to the sender of the award and linked this entry to the sender
Alamak dia speaking omputeh pulak daa...takpe aku bantai cakap melayu jek lah, lagipun Datuk Rais Yatim Menteri Kebudayaan kita tu suruh cakap melayu banyak-banyak (alasan jek tu)...Thanx god...my mum, my dad...ewah macam nak berucap kat Academy award pulak bunyinya

Terima kasihlah kat Princess Momoy kerana memilih blog hamba yang tak seberapa nak stylist ini (ayat merendah diri)...tang mana yang stylist aku pun tak tahu...maybe header yang terpampang besar kat pintu masuk tu kot yang buat stylist...hoho

Anyway...terima kasih...terima kasih...terima kasih coca cola pepsi, kalau ada award bagilah lagi...from muo to taypeng with love to Princess Momoy

"Wokeh... Momoy nak beri kepada blogger-blogger baru. Mereka yang stylist itu adalah:" (petikan ayat Princess Momoy ketika memberikan award)

Bro Framestone
Syira a.k.a Sepatu Hijau
Biarkan Mereka Berdua Berbicara
Isteri Abang Manis

2. Share 8 facts about yourself
Apa yang dia nak ni ek? Actually, about ourself not only myself because i'm sharing this lovely blog with my lovely boyfren...we built this blog together as one...like our blog title "odah + one = odahone"...a simple equation but with a unique  answer, i think...do you think so?
  • Kami suka bercinta waktu dalam kelas
  • Kami suka mengumpat time lecturer mengajar kat depan
  • Kami pandai berisyarat tangan (bukan isyarat lucah)
  • Kami suka buat kerja-kerja welfare bantu OKU & so on
  • Kami berminat nak buat bisnes sendiri tapi tak decide lagi nak bisnes apa
  • Kami suka makan dinner plate kat kepsi
  • Kami support Harimau Malaya & Manchester United
  • Last but not lease, kami boleh nyanyi lagu negaraku tanpa mengeluarkan suara (hanya menggerak-gerakkan tangan dan jari sahaja)...terer tak?

Nasib baik dia mintak 8 jek, kalau tak mahu aku bubuh sampai 18 

3. Give this award to the other bloggers who deserve it
Tak tahulah nak bagi kat siapa ek? From the bottom of my heart I salute you, take this as an honour; (Stylist Blogger Award)


Okay setel sudah menjawab soalan yang dikemukakan sekarang dah bolehlah genggam award...mak ayah kami dah menang award!


*nota kaki berbau :
Orang memberi kita merasa, orang mengeji kita mengata, orang memanggil kita menyapa, orang tak suka kita lagilah tak suka

AFF SUZUKI CUP | PANTUN SELOKA SANG HARIMAU MALAYA SANG GARUDA



Jom kita hilangkan ketegangan match Piala AFF Suzuki malam ni dengan layan pantun seloka bertajuk;

"Sang Harimau Malaya Sang Garuda"
Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Jiran serumpun sama bahasa
Sering bergaduh sering bersengketa
Akibat mentaliti dunia ketiga

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Sama kuat sama ternama
Bila bertemu sering bergulana
Bagai ada yang tidak kena

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Hilang taring ketika di Gelora
Tak hilang semangat berputus asa
Kini bangkit di tanah airnya

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Dimedan perang bertemu semula
Sekali terkena sampai tiga
Baru rasa mulut ternganga

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Beradu kuat bermain bola
Bila kalah tak mahu terima
Akibat laser punya angkara

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Melihat sinaran di sini sana
Si Botak mengeluh mengadu bicara
Mata tak nampak bola dimana

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Kepalanya bersilau dek cahaya
Pengadil Jepun tak terkata apa
Buat permainan terhenti seketika

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Berhati panas tidak terkira
Coli berlaser bikin idea
Agar pemain buta matanya

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Letih lesu tidak bermaya
Mulut terkunci tanpa berkata
Safee Sali punya angkara

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Lemah longlai tiada kuasa
Meratap ia penuh curiga
Ibarat burung patah sayapnya

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Berterbang megah diangkasa raya
Penuh caci penuh nista
Jadi alasan orang kecewa

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Berkelahi sungguh bagai direka
Twitter Facebook mengadu domba
Bikin ribut seantero dunia

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Berkuku tajam mencari mangsa
Hajat dihati nak ganyang Malaysia
Sayang garuda tumpul paruhnya

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Mengalir darah merah menyala
Luka perit kian terasa
Akibat Rajagobal dan anak buahnya

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Kini bertemu kali kedua
Bekalan selesa menjulang piala
Menunggu masa saat ketika

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Langkah perwira disusun rata
Satu tekad Satu Malaysia
Harapan menggunung rakyat jelata

Sang Harimau Malaya Sang Garuda
Malam ini menghitung masa
90 minit taklah lama
Waduh! waduh! rasain goyangnya

Hasil nukilan : odahone buat Pak Belang ku sayang di Gelora perang

**Kepada sesiapa yang pandai berpantun ayuh kita berbalas pantun seloka tentang match malam ni untuk menghangatkan lagi suasana yang sedia hangit...jom!

*nota kaki berbau :
Melayu itu orang yang bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan

28 December 2010

COLI JULIA PEREZ MENANTI PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA DI GELORA BUNG KARNO


JAKARTA: Awas skuad bola sepak Malaysia! Sebagai langkah membalas dendam atas gangguan cahaya laser ke atas penjaga gol Indonesia di Stadium Bukit Jalil kelmarin, Julia Perez menyiapkan senjata sulit untuk pemain Malaysia esok.

Kata Julia, pemain Malaysia akan ‘diajar’ melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.

“Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karno di Jakarta.

“Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia.

“Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Kuala Lumpur kelmarin, Malaysia membuat permulaan meyakinkan apabila membenam Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki.

Indonesia mendakwa, gangguan pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan itu menjadi punca mereka tewas teruk.

Walaupun dilihat seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktres simbol seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.

“Memang saya akan datang bersama coli laser, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya,” katanya. - Agensi

SUMBER: myMetro > Global

Coli Oh Coli...
Kenapalah agaknya ek, rendah sungguh mentaliti saudara kita yang kat sebelah sana tu...terlampau taksub sangat dengan sesuatu benda sampaikan sanggup datang nak tengok perlawanan bolasepak cuma pakai coli jek atas niat nak balas dendam...coli pulak bukan coli biasa, siap modal duit modified lagi letak laser beam nak bagi buta mata pemain bolasepak Malaysia

Setakat ni belum ada lagi kat pasaran coli jenis ni...maybe lepas match ni akan popularlah coli jenis ni & kalah coli jenama Triumph...tapi popular dikalangan orang-orang bodoh jek aku rasa...kaum wanita kita tak mahu pakai coli murahan macam tu...lagipun kita bangsa yang masih waras & tak terikut-ikut dengan budaya extreme kat sana tu

"I'm proud to be Malaysian...My country my homeland...Tanah tumpahnya darahku"

Aku takut tak sempat masuk dalam stadium lagi si pemakai coli laser tu dah lunyai kena ramas-ramas dengan penyokong yang terserlah dengan sifat extremenya tu...baru padan muka kau, tak sempat nak melaser lagi dia punya 'tut' dah barai dikerjakan...rasanya mata anak-anak buah Rajagobal tak buta kot dek pancaran laser dari coli tu...kalau terjojol sampai buntang biji mata tengok buah dada si Julia Perez tu aku percayalah...apa-apa pun kita tunggu & tengok nanti freeshow kat Gelora Bung Karno 29 Disember ni...laki-laki kat luar sana sure tak sabar nak tengok kan?

*nota kaki berbau :
Suka tengok Shinchan time dia pakai coli kat atas kepala & berlagak macam Action Karmen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...