31 May 2011

KISAH TUAN RUMAH KEDAUNG & RUMAH SEWA



Si penyewa akan berpindah rumah sebelum hujung bulan ni untuk mencari sesuatu yang lebih baik setelah hampir 4 tahun menyewa rumah...satu notis perpindahan rumah telahpun dihantar kepada si tuan rumah...

Si tuan rumah sound kenapa awak nak pindah tak bagitau awal-awal & bagi notis sekurang-kurangnya 3 bulan...amboi??? setahu aku notis 3 bulan tu tuan rumah yang kena bagi kat penyewa rumah kalau dia nak suruh penyewa keluar dari rumah tu...tapi, kes ni aku yang nak chow & cukuplah notis 1 bulan plus 2 minggu yang aku bagi...apolah orang nak resign kerja pun just bagi notis sebulan awal tak sampai 3 bulan pun pakcik...dah lah sepanjang 4 tahun dia tak pernah datang menjenguk rumah pun

Si tuan rumah suruh aku cari sendiri penyewa yang baru sebagai ganti kalau tak duit deposit RM1800 hangus begitu sahaja...banyak tu, waktu aku mula-mula masuk dulu kena bayar deposit 2 + 1 plus api & air...standardlah tuan rumah kat area KL semua buat cara camni...sewa rumah ni RM500 sebulan so, (500 + 500) + 500 + (150 + 150) duit api & air = RM1800...duit ni boleh guna untuk bayar 2 bulan installment kereta Myvi SE maa...

Aku pun layankan jek kehendak tuan rumah sebab nak dapatkan duit deposit...so, tengah hari semalam aku pun publish iklan kat mudah.my...tak sangka pulak iklan aku laku macam cempedak goreng time panas...sebelah petang dah berduyun-duyun call yang masuk...terpaksalah tapis sikit-sikit...takut gak ada yang nak menipu & nak buat benda jahat or kidnapped...lagipun cuma aku sorang jek yang stay kat rumah...pagi ni terpaksa remove iklan kat mudah.my sebab tak larat nak layan phone call sepanjang petang sampailah malam...last sekali aku off handset & barulah dapat tidur lena-lena

Malam ni ramai yang nak datang tengok rumah...dah macam majlis rumah terbukalah pulak...raya lama lagi daa...rumah dah lah macam tongkang karam nak pecah bersepah sana-sini...al-maklum orang nak pindah...tapi, sori ek tak boleh nak sediakan air & biskut kering sebab nak cari gula & kopi pun tak tau kat mana semua dah sumbat dalam kotak...lupa pulak nak letak label kat atas kotak...aku pun bagi limit kalau nak datang tengok sebelum pukul 8.30 PM...sebab lepas tu aku nak tengok cerita kesayangan aku "All Men Are Brothers"...Song Jiang...hujan tepat pada masanya...tak mau ada gangguan orang ketuk-ketuk pintu

Rumah kat area ni memang hot...kawasan panas...bukan panas sebab kes jenayah or black area tapi sebab kemudahan yang ada kat sini memang tip top macam-macam ada...kes jenayah especially ragut pun banyak gak cuma dah berkurang sebab sekarang pondok polis bersepah kat sana-sini...orang jahat pun takut nak buat jahat...yang tinggal orang baik-baik jek yang kadang-kadang teringin nak jadi jahat

Area ni dekat dengan stesyen LRT & komuter...bas rapid & teksi pun selalu lalu-lalang kat sini...so, nak pergi kerja memang senang walaupun takde kenderaan sendiri...sebab tu lah ramai yang berebut-rebut nak tinggal sini...letaklah sewa RM1K pun maybe ada yang sanggup kot walaupun rumah kecik just 3 bilik & 1 bilik air...kedai makan, mini market, masjid, sekolah & macam-macam kedai semua dekat-dekat area ni...tapi dah crowded sangat sampai nak parking kereta pun susah

Hope, dapat cari penyewa & dapat balik duit deposit daripada tuan rumah kedaung...nampak gayanya macam dia nak burn jek...

*nota kaki berbau :
"Ini bukan rumah haram ini rumah makruh...di atas bumi pun bukan...di atas awang-awangan pun bukan"...Jom tengok Rumah Makruh

27 May 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA PUTRAJAYA MEI 2011



Majlis Pelancaran Himpunan Sejuta Belia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
Tarikh: 28/5/2011 (4.30ptg)
Pentas Utama, Simpang Empat Jalan Kemerdekaan, Persiaran Perdana, Presint 3

Mampukah sasaran untuk menghimpunkan sejuta orang belia tercapai? Hari Belia Negara tahun lepas 2010 dah pun berjaya menghimpunkan seramai lebih daripada 200 ribu orang belia dari seluruh Malaysia...kalau tengok dari segi aktiviti-aktiviti yang ada kat bawah ni memang tak mustahil matlamat ni dapat dicapai...best-best tu aktiviti dia...kalau belia tak join memang rugi...

Belia tu siapa? Populasi belia kat Malaysia ni ada seramai lebih kurang 15.1 juta orang...belia tu mereka yang berumur dari 16 hinggalah 40 tahun...adakah anda masih muda belia?...kiranya golongan belia ni mewakili separuh daripada populasi rakyat Malaysia...belia ni memang aset terbesar pembangunan negara...kalau belia hancur negara kita pun jadi hancur...so, wake up para belia jom join aktiviti yang sihat kat bawah ni...ada antara aktiviti yang selama ni orang pandang macam tak sihat tapi telah disihatkan...tak percaya tengoklah kat bawah ni...


Sasuke Malaysia
Pertama kali diadakan di Malaysia. Acara sukan yang datang dari negara Jepun dan diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 iaitu Sasuke Malaysia. Acara ini akan disiar secara langsung di Tokyo Broadcasting dan Tv NHK untuk mencari juara bagi mewakili Malaysia. Kepada yang berminat ingin menyertai sukan ini, sila layari http://www.sasukemalaysia.com/ atau http://www.facebook.com/sasukemalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aku pun tak pernah tengok lagi benda ni camne...kalau nak tau jomlah kita terjah




Karnival Skills Malaysia 
(Klik images untuk  maklumat lanjut)
Sesuai untuk para belia yang banyak skills...inilah peluang untuk tunjukkan skill & bakat masing-masing yang selama ini terperap



Peraduan Fotografi & Video Sempena HBN 2011
Sempena HBN 2011 kali ni, Segmen World Youth Fantasy & Gadget World akan mengadakan Peraduan Fotografi & Video. Kepada yang berminat untuk sertai peraduan ini boleh dapatkan borang penyertaan disini..Siapa yang rajin tangkap gambar sana-sini bolehlah join


Pertandingan Rekacipta Motosikal Sejuta Belia




KBS-MUSC Drag Challenge Official Pit Bike
Ini yang paling best & yang paling aku berminat nak tengok...belia yang muda remaja memang tunggu benda yang legal macam ni...biasa tengok benda yang illegal jek takut-takut kantoi dengan polis...nak tengok motor yang togel-togel race kat sinilah tempatnya...nak tengok kereta macam kat dalam filem Fast & Furious pun boleh


Youth Job Fair 2011, Perhimpunan Sejuta Belia
Bertemakan Himpunan Sejuta Belia, “Youth Job Fair 2011” menyediakan carian kerja yang bersesuaian seiring dengan keperluan dan kehendak pasaran.
Tempoh Pameran
27 – 29 Mei 2011
Waktu operasi: 09.00 pagi – 06.00 petang
Lokasi: 
Commercial Building
Lot 4C11, Presint 4
Putrajaya.
(Beside Ministry of Youth & Sports building)
Penganjur
Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Belia Malaysia
Kepada belia yang still tanam buah anggur kat luar sana marilah kita cari lubang-lubang kirja kat sini...mana tau ada rejeki


Rentap Futsal 2 Putrajaya
Cabaran Rentap Futsal 2 Putrajaya kembali lagi……untuk keterangan lanjut sila layarihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/special.asp?pr=futsalkosmo2011...kaki-kaki futsal jomlah try...sepak-sepak boleh dapat duit


Standard Chartered 5KM Funrun 
28 May, 6.30am-2.00pm...berlarilah untuk sihatkan badan


Battlefield Putrajaya
Untuk dapatkan borang penyertaan klik disini...boleh main perang-perang ala-ala combat


6th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2011
Ni pun sesuai untuk belia yang berminat untuk menyihatkan badan dengan berlari...nak berjalan pun tak kesah yang penting join


Memancing Sejuta Belia
Tawaran istimewa kepada pemancing – pemancing di seluruh negara sempena Sambutan Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya bagi menghimpunkan Sejuta Belia pada 27 – 29 Mei 2011.
Sila klik disini untuk mendapatkan borang pendaftaran / penyertaan...kaki pancing apa tunggu lagi...siapkan joran & pancinglah hadiah yang menarik


Karnival Jom Makan 1 Malaysia
Yang ini pulak sesuai untuk kaki-kaki makan...jalan-jalan cari makan...makan-makan sampai tak boleh makan...patutlah rakyat Malaysia ramai yang Obesiti...siapa yang rasa dah over limit tu tak payahlah join aktiviti yang ni...hoho...


Karnival Sukan Air
Karnival Sukan Air Hari Belia 2011 ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia dan Perbadanan Putrajaya
sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 bagi tujuan menghimpunkan satu juta
belia dalam 200 aktiviti yang disediakan. Bagi aktiviti berpusat di air, Karnival ini dianjurkan untuk menggalakkan aktiviti rekreasi dan sukan air di Presint 6, Kompleks Sukan Air, Tasik Putrajaya selari dengan hasrat Perbadanan Putrajaya untuk menjadikannya sebagai pusat sukan air terunggul di Malaysia dan antarabangsa...Siapa yang suka main-main air kat sinilah tempatnya


‘GIG Dance Rakan Muda 2011’ 
Merupakan satu pertandingan tarian ekstrem penuh bertenaga melalui gabungan pelbagai elemen tarian moden seperti Shuffle, Breakdance, Hip-hop dan sebagainya bagi meraikan Himpunan Sejuta Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara tahun ini. Tarian ini sangat popular dan mendapat sambutan yang menggalakkan serta menjadi ikutan generasi muda hari ini. Tarian menarik ini juga, dilakukan dengan pergerakan badan yang sungguh kreatif dengan mengikut rentak lagu dan susunan muzik yang tersendiri. Kreativiti dan bakat luar biasa yang ditonjolkan oleh belia remaja ini amat dikagumi. Tarian Ekstrem ini merangkumi elemen Gaya Hidup Rakan Muda Kecergasan untuk membina remaja sihat, cergas dan bertanggungjawab serta bebas daripada pengaruh dan perlakuan negatif dan berupaya menyumbangkan secara produktif kepada pembangunan negara...We ready for the showdown!

Untuk Maklumat Lanjut & Lebih Detail Bolehlah Layari Laman Web Berikut :

*nota kaki berbau :
In youth we learn, in age we understand...You're never too old to become younger bro!

25 May 2011

PELAJAR PEKAK PUN BOLEH BERJAYA


Farahiyah (kiri) dan Chua Shyang Chyi menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Kejuruteraan Awam.


IPOH - Dua pelajar orang kelainan upaya (OKU) membuktikan kecacatan mereka bukan halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran. Farahiyah Hussin, 23 dan Chuah Shyang Chyi, 22, yang mengalami masalah pendengaran sejak kecil masing-masing menerima Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan) pada Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-40 di sini semalam.

Dua bekas penuntut Sekolah Menengah (SM) Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang itu masing-masing meraih keputusan Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.83 dan 3.53. Menurut Farahiyah, dia dan para pelajar senasib seperti Shyang Chyi sudah mula mengulang kaji sejak semester pertama untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.

"Kami bernasib baik kerana sentiasa mendapat sokongan tenaga pengajar biarpun terpaksa mengikuti pengajian bersama pelajar normal lain," katanya dalam bahasa isyarat yang diterjemah oleh kakak ketiganya, Hamidah, 36.

Mereka ditemui selepas menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar pada sidang pertama Majlis Konvokesyen PUO ke-40 di Dewan Jubli Perak, PUO di sini semalam. Shyang Chyi dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula kini berkhidmat sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat pembinaan tidak jauh dari rumahnya setelah tamat pengajian akhir tahun lalu.

SUMBER : Kosmo

Tahniah pada student OKU PUO berdua ni...

Aku tumpang gembira sebab dulu aku pernah bantu lecturer PUO untuk mengajar 2 orang student ni...ayat nak menumpang glamer...hoho...bukan mengajar just jadi Jurubahasa Isyarat untuk diaorang jek...student ni deaf & lecturer yang mengajar tak mahir sangat gunakan Bahasa Isyarat...


Lagipun ada deaf student yang join kelas bersama-sama pelajar normal...of courselah lecturer akan mengajar gunakan bahasa lisan sebab majoriti student kat dalam kelas tu boleh mendengar...so, aku pun menghulurkan bantuan sebagai Jurubahasa Isyarat...kalau tak ada jurubahasa jadilah macam ayam berbual dengan itik...dua-dua lost tak faham

Diaorang ni memang bijak tapi sebab tak boleh mendengar agak susah ilmu tu nak sampai kat diaorang...ramai lagi deaf student yang berpotensi jadi pelajar cemerlang cuma takde yang guide diaorang, so tak bolehlah nak berjaya...


Kalau kat negara maju setiap deaf student akan ada Jurubahasa Isyarat masing-masing...tapi, negara kita Malaysia ni masih agak mundur & jauh terkebelakang daripada segi ni...boleh kira berapa kerat sangat Jurubahasa Isyarat kalau nak dibandingkan dengan Orang Pekak yang ada kat Malaysia...jawatan Jurubahasa Isyarat yang official pun belum create lagi kat dalam JPA...kalau nak capai status negara maju sekurang-kurangnya negara kita mesti ada 300 orang Jurubahasa Isyarat

Kalau dalam exam SPM orang buta dibantu dengan kertas soalan dalam bentuk tulisan braille, tapi bagi pelajar pekak diaorang gunakan set soalan yang sama macam student normal yang lain sedangkan bahasa tulisan diaorang bukan sama macam bahasa yang kita gunakan...rujuk entry ni kalau nak belajar bahasa orang pekak...ALA ALA DIN PART 1

Sebab tu kita tengok orang buta lebih berjaya kalau nak dibandingkan dengan orang pekak...lagipun ilmu tu lebih senang nak disampaikan melalui lisan berbanding visual...contohnya cuba terangkan maksud fotosintesis kepada orang pekak...nak tergeliat jugak tangan aku nak terangkan...tapi kalau guna bahasa lisan senang jek...


Dalam bab ilmu agama pun orang pekak agak terkebelakang berbanding orang buta...bab mengaji Al-Quran tu maybe memang agak mustahil nak ajar diaorang...sebab orang pekak biasanya automatik bisu especially yang pekak sejak lahir lagi...tapi at least basic agama wajib kita sampaikan kat golongan pekak

Sebab apa aku gunakan perkataan Orang Pekak bukan Orang Bermasalah Pendengaran atau Orang Kurang Upaya Pendengaran bolehlah baca entry yang ini "ALA ALA DIN PART 2" ....sama jugak kalau dulu dipanggil golongan cacat, kemudian ditukar jadi Orang Kurang Upaya, sekarang ditukar pulak jadi Orang Kelainan Upaya...hurufnya tetap sama OKU, orang yang dirujuk tetap sama


So, buat pelajar khas PUO yang aku pernah bersama-sama diaorang seperti gambar kat bawah ni, tahniah sebab berjaya menghabiskan sijil mahupun diploma korang...One Deaf One Community One Malaysia



*nota kaki berbau :
Orang lumpuh dikebumikan bersama-sama wheel chairnya (wilcha), orang buta dikebumikan bersama-sama tongkatnya, orang pekak dikebumikan bersama-sama Jurubahasa Isyaratnya???

23 May 2011

SATE | SUNDEL BOLONG | SATAY STATION


Sate-sate
Ayam, perut, lembu, kambing
Minta sate
Aku nak makan di sini
Makan sampai tinggal lidi
Baumu aku mimpi
Dan tempatmu ku cari
Bawang pasangannya timun
Kuah pasangannya kacang
Telan pasangannya kenyang
Jangan tinggalkan nasi himpit
Makan sate
Hingga menjilat jari
Sate-sate
Makanan tradisi

Ini antara bait-bait lagu Cinta Sate kumpulan Senario...Siapa yang tak pernah makan sate? Siapa yang tak suka makan sate? sate ni memang makanan favorite...makanan tradisi...zaman dulu orang jual sate pakai kandar...sate mobile yang dibawa ke sana ke mari secara kandar (angkat letak kat bahu)...orang nampak penjual sate lalu just panggil, order & dia bakar on the sport kat situ jugak

Kalau balik Muar pagi-pagi lagi aku dah breakfast makan sate...kat tempat lain tak jumpa kedai yang open pagi-pagi jual sate...sate kat depan bus stand Muo tu memang terbaek! kena datang awal kalau tak tinggal lidi jek...lidi tak boleh makan tapi boleh buat penunjuk time mengaji...tapi cikgu mengaji aku dulu marah kalau guna lidi sate buat penunjuk

Cerita pasal sate teringat aku kat cerita hantu Sundel Bolong...kalau dulu hantu ni yang paling scary...memang takut giler tak macam Hantu Kak Limah...hantu Sundel Bolong ni badan dia berlubang kat belakang, orang Indonesia panggil Bolong itulah asal usul namanya...tang nama Sundel tu aku tak tau maybe sundal kot...dia boleh makan 100 cucuk sate tak sampai berapa saat...mula-mula aku ingatkan dia nak Take Away (tapau) sate 100 cucuk tu tapi dia Dine In makan sorang-sorang...lepas tu boleh pulak hirup sup panas menggelegak sampai 1 periuk...apa lagi cabutlah tokey jual sate tu

Kelihatan Hantu Sundel Bolong sedang order sate 100 cucuk
Ok, berbalik pada cerita tentang sate...dulu, kalau kat area Lembah Klang ni aku selalu makan kat tempat sate yang popular tu (selalu orang sebut-sebut)...tapi, sekarang sate kat tempat tu dah tak sesedap dulu...hanya tinggal nama jek...pekerjanya pun ramai foreigner...rasanya dah tak fresh maybe sebab dah lama sangat duduk kat dalam peti sejuk...nasib baik bulan lepas dah jumpa port baru yang lagi best & marveles

Sate kat tempat ni rasanya memang superb cukup dengan rempah ratus & yang paling penting fresh...kemanisan daging bersama-sama rempah tu memang membuatkan sesiapa sahaja nak makan bercucuk-cucuk...tapi makan 10 cucuk pun dah cukup kenyang kot sebab saiznya XXL...tambah pulak kuahnya memang ngam sebagai kuah sate...harganya agak mahal sikit tapi memang berbaloi-baloi...nak makan jangan kedekut nak keluar duit...dah 2 kali aku makan kat situ memang worth it lah

Inilah port sate terbaru yang agak best
Kelemahan tempat ni cuma satenya tak variety...cuma ada sate ayam, daging lembu & yang terbaru hati...sate ikan, perut, arnab, kambing, rusa or yang lain-lain belum ada lagi...maybe akan datang ada kot...menu makanannya pun tak banyak...lagipun namanya pun Satay Station orang datang pun just nak makan sate kalau nak makan benda lain kenalah berhenti kat station lain, macam naik Keretapi Tanah Melayu

Dah macam jalan-jalan cari makan...bukan nak promote just nak suggest jek...lagipun selera orang ni lain-lain... kadang-kadang aku rasa benda tu best tapi orang lain rasa macam kertas pasir...just pergi, makan & judge sendiri either sedap or tak sedap...


Sate hati yang besar...makan 1 cucuk dah kenyang...memang betul-betul makan hati


*nota kaki berbau :
Sate atau kadangkala ditulis satay atau satai adalah makanan tradisi yang  dihasilkan dari potongan daging (ayam, lembu, kambing, ikan, perut, arnab & seumpamanya) yang dipotong kecil-kecil, dan dicucuk dengan lidi yang biasanya dibuat daripada lidi daun kelapa atau buluh, kemudian dibakar menggunakan bara arang kayu serta dihidangkan bersama-sama kuah kacang

GIVEAWAY BELOG NEMOMIMOSH


Bagi menyahut cabaran Cahaya Mama, OdahOne dengan bangganya menJOINkan diri dalam GA seperti yang tertera kat banner diatas...Giveaway Belog Nemomimosh...tarikh tutup pun ada tulis kat banner yang cun tu...20-31 May ada masa 11 hari jek untuk JOIN GA ni...So, jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah FOC...nak tau syarat semua just KLIK pada banner & anda akan dibawa menjelajah ke blog tuan penganjur GA & harapan untuk memenangi hadiah semakin cerah...Hadiah pulak tajaan daripada Zeera Boutique...kalau butik yang taja hadiah mestilah ranggi-ranggi & superb...boleh pilih pulak nak hadiah yang mana satu...ada 8 pilihan hadiah total semua sekali...hadiah universal sesuai untuk lelaki & wanita...ada baju ada handbag...baju pulak ala-ala K-Pop siapa yang tak mau...wish Odahone luck!

Dengan segala hormatnya diumumkan mereka yang diTAG :


*nota kaki berbau :

“It is by chance that we met, by choice that we became friends...So, grab the chance”

22 May 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM AL-TAQWA HULU LANGAT



16 orang disahkan terkorban & 9 orang lagi berjaya diselamatkan...Ini berita terbaru mengenai kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat Selangor...Al-Fatihah... 

Semalam, kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang yang telah menimpa separuh daripada struktur Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang. Kejadian tersebut telah menimbuskan seramai 25 orang yang terdiri daripada pelajar dan 4 orang penjaga (warden). Difahamkan semasa kejadian berlaku, anak-anak yatim tersebut sedang melakukan raptai kompang & nasyid untuk menyambut kunjungan dari pihak FINAS.

Bila sebut nama anak yatim pun hati kita dah tersentuh, inikan pula bila berlaku kejadian macam ni...apa-apa pun Allah Taala lebih sayangkan mereka







HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.

“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.

“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.

“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.

SUMBER : myMetro>Lenyap sekelip mata


Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor pun sempat memberi nasihat berhubung dengan kejadian tanah runtuh...lazimnya benda ni tak berlaku sekali gus tapi ada petanda-petanda awal...macam kejadian tsunami jugak...antaranya pokok yang kelihatan condong, tanah yang dikesan mengalir turun dari cerun, bangunan yang mula retak secara melampau, mendapan tanah, air keluar daripada tebing dan sebagainya. Kat bawah ni ada info secara detail...So, kalau ada tanda-tanda ni kita kenalah alert & inform kat pihak berkuasa



  • Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar.
  • Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit.
  • Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok.
  • Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget/bergerak daripada struktur utama rumah.
  • Kepecahan serta kebocoran pada paip air.
  • Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.
  • Penjelmaan mata air atau tanah basah melampau yang tidak pernah terdapat atau belum pernah terjadi.
  • Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima.
  • Pemendapan ketara permukaan jalan.

Sekarang ni pun area Lembah Klang tiap-tiap petang hujan lebat siap dengan kilat sabung-menyabung...area ni memang banyak rumah yang kat cerun-cerun bukit...kalau lalu tengok pun ngeri...hope, perkongsian info ni dapat manfaat kepada semua especially kepada yang tinggal berhampiran lereng-lereng bukit, berdekatan curam & kawasan yang padat dengan pembinaan atau pembangunan infrastruktur

Ucapan takziah untuk Warga Rumah Anak Yatim Al-Taqwa...

*nota kaki berbau:
Tanah Runtuh = Semula jadi (Jumlah taburan hujan), Pembangunan di kawasan tanah tinggi, Aktiviti pembalakan tanpa kawalan #

LE BEAU MONDE GIVEAWAY


Mood untuk Join GA dah kembali lagi...Le Beau Monde, sebut betul-betul (amboi tergeliat lidah nak sebut bahasa France ni, agaknya lah) ada buat 1st GA dengan hadiah-hadiah yang tak kurang hebatnya...Jomlah kita join beramai-ramai senang jek nak Join...Just KLIK pada banner kat atas tu & anda dah pun selangkah kaki untuk jadi calon-calon pemenang...horey!...Due date hari Ahad minggu depan 29 Mei 2011


TAG this 3 person ;

*nota kaki berbau :
Warna merah selalunya bawa tuah...apa-apa team yang pakai jersi merah time tournament biasanya menang...Blog yang kaler merah???

20 May 2011

FUHH...LEGA...


Lega rasanya sebab janji telah pun tertunai minggu lepas...kesemua pemenang ODAHONE GIVEAWAY | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA dah pun dapat hadiah masing-masing seperti yang dijanjikan dengan selamat...hope diaorang semua suka & puas hati dengan hadiah-hadiah tu...daripada balasan yang OdahOne terima rasanya diaorang semua puas hati kot...anyway, bila korang enjoy Odahone lagilah enjoy...ada rezeki lebih nanti bolehlah OdahOne bagi hadiah lagi...

Selagi diaorang ni tak terima hadiah masing-masing rasa macam tak best sebab ada janji yang belum ditunaikan...sebab tu lah pos cepat-cepat hadiah tu & luckily semua hadiah dah sampai dengan selamat kat tangan para pemenang...fuhh!!! lega rasanya...dapatlah 1st experience organized GA...susah jugak ingatkan macam senang...taklah susah sangat cuma kena bertanggungjawab dengan apa yang kita dah janji...tak baik hampakan harapan orang...jangan suka bagi orang harapan lepas tu tinggalkan & lupakan macam tu jek...dalam maknanya tu...oklah...tahniah & terima kasih sekali lagi kat semua yang memeriahkan acara majlis...sayonara!

*nota kaki berbau :
Kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa gembira beginilah caranya kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa tak gembira tepuk dahi???

18 May 2011

SUSAHNYA HIDUP DENGAN ORANG YANG BERMENTALITI RENDAH



Kes 1 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka bela kucing

Tak tahulah kenapa...rumah dah lah sempit muat-muat untuk 2 or 3 orang jek yang stay, tapi diaorang ni boleh pulak tambah kucing tinggal bersama-sama...maybe orang ni memang makhluk yang penyayang...tak kesahlah masalahnya menyusahkan jiran-jiran...biasanya aku tengok orang bela kucing kat bawah tu alas pasir tapi yang ni tak...ada ke dia alas kain jek kat bawah tu...makin kuat harumannya...sebelum masuk pintu rumah terpaksalah aku cium haruman taik kucing...haruman taik kucing bukan haruman kasturi...harum ker??? setiap kali nak masuk rumah terpaksa tahan nafas & bukak kunci rumah cepat-cepat...lagipun jarak 20 meter dari rumah dah start boleh hidu bau-bauan...anyway, boleh bela binatang tapi kalau tinggal kat rumah yang macam ni memang tak sesuailah

Kes 2 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka bawak kawan ramai-ramai lepak tengok bola sampai pukul 3-4 pagi

Rumah dah lah dekat-dekat dinding pulak pakai batu blok bukan batu bata...silap-silap pukul 3 pagi kalau orang sebelah kentut pun kita boleh dengar...begitulah perumpamaannya dengan kes ni...tau lah korang tu peminat bola aku pun tengok bola gak...kalau rasa nak terjerit-jerit pagi-pagi buta ajaklah member-member tu pergi stadium or lepak kat kedai mamak...kat situ memang orang tak boleh nak marah...lagipun mana ada orang tengok bola sopan-sopan & tak jerit perkataan GOL!!!...tapi kena consider dengan jiran sebelah menyebelah yang nak bangun awal-awal pagi pergi kerja

Kes 3 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka tutup kepala paip rumah orang

Yang ni aku pun tak tahu apa modus operandi diaorang ni...pernah 1 hari aku tak mandi sebab ingatkan takde air...tapi yang aku peliknya aku boleh dengar dari rumah atas air mencurah-curah turun kat bawah...bila aku keluar rumah check tengok ada malaun yang tutup kepala paip kat luar rumah...dah takde kerja lain agaknya maybe minat sangat nak kerja dengan SYABAS (Syarikat Air Selangor)...tapi ni jenis kerja takde gaji just dapat caci maki...bukan sekali dua tapi berkali-kali diaorang buat...time tengah-tengah syok mandi dengan sabun penuh kat badan tiba-tiba diaorang tutup kepala paip...apa kejadahnya semua ini???

Kes 4 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka ketuk pintu rumah orang tengah-tengah malam

Ini orang ke hantu aku pun tak tahu...rasanya hantu pun takde masa nak ketuk pintu rumah orang...hantu mana ada adab macam tu...dia main masuk jek siap boleh tembus ikut pintu lagi macam magic tak payah ketuk pintu bagi salam sebelum masuk rumah orang...maybe orang ni tersalah ketuk pintu rumah kot...tapi kalau dah selalu sangat takkan asyik tersalah jek?

Kes 5 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka kencing dalam lif

Perangai orang mabuk...masuk lif bau hancing tak taulah orang dewasa or budak-budak yang kencing kat dalam tu...kalau budak-budak boleh considerlah tapi kalau bapak budak memang takde sivik...dah macam tandas awam agaknya...dulu aku pernah terserempak dengan warga asing perempuan yang kencing kat dalam lif...tapi time tu dia tengah mabuk...dah mabuk apa benda pun orang boleh buat 

Kes 6 : Tinggal kat rumah Flat / Pangsapuri tapi suka merokok dalam lif

Asap berkepul-kepul dalam lif bila orang tegur dia buat muka macam tak puas hati macam nak pukul orang...pernah aku naik lif sama-sama dengan ibu yang tengah mengandung...terpaksa dia tutup lubang hidung sepanjang berada dalam lif...dah lah rumah mamat yang berasap tu kat tingkat 18...sepanjang dia nak naik tingkat 18 tu entah berapa banyak karbon monoksida yang orang kat dalam lif tu terpaksa sedut...padahal kat pintu lif dah terpampang notis dilarang merokok kat dalam lif...lagipun benda ni common sense...biasanya orang yang buat macam ni naik lif secara berkumpulan...so orang memang tak berani nak tegur

Apa KES??? bukan nak kutuk orang yang tinggal kat rumah flat or pangsapuri ni bermentaliti rendah tapi just nak cerita secara general & hope orang yang selalu buat benda ni sedar...sebenarnya orang yang tinggal kat condo pun ada yang buat perangai macam ni...tapi aku tak mampu nak tinggal kat condo so ceritalah pengalaman tinggal kat flat & pangsapuri jek...kadang-kadang kita tak perasan benda yang kita buat tu boleh mengganggu perasan jiran-jiran...ini antara hadis-hadis Nabi mengenai jiran untuk kita jadikan rujukan;

"Jibril a.s. sentiasa mengingatiku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa mereka boleh mewarisi harta pusaka".

"Tidak sempurna iman seseorang apabila tidur dalam keadaan kekenyangan sedangkan jiran berada dalam kelaparan sedang ia mengetahuinya".

"Kamu tidak boleh masuk syurga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak berkasih sayang sesama kamu...".

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah berkata yang baik atau diam, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan jiran tetangga dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah memuliakan tetamunya."

*nota kaki berbau :
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai...kalau nak buat perangai diatas jangan berumah di flat/pangsapuri lebih baik berumah di dalam hutan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...