16 orang disahkan terkorban & 9 orang lagi berjaya diselamatkan...Ini berita terbaru mengenai kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat Selangor...Al-Fatihah...
Semalam, kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang yang telah menimpa separuh daripada struktur Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang. Kejadian tersebut telah menimbuskan seramai 25 orang yang terdiri daripada pelajar dan 4 orang penjaga (warden). Difahamkan semasa kejadian berlaku, anak-anak yatim tersebut sedang melakukan raptai kompang & nasyid untuk menyambut kunjungan dari pihak FINAS.
Bila sebut nama anak yatim pun hati kita dah tersentuh, inikan pula bila berlaku kejadian macam ni...apa-apa pun Allah Taala lebih sayangkan mereka
HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.
“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.
“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.
“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.
Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.
“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.
Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.
SUMBER : myMetro>Lenyap sekelip mata
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor pun sempat memberi nasihat berhubung dengan kejadian tanah runtuh...lazimnya benda ni tak berlaku sekali gus tapi ada petanda-petanda awal...macam kejadian tsunami jugak...antaranya pokok yang kelihatan condong, tanah yang dikesan mengalir turun dari cerun, bangunan yang mula retak secara melampau, mendapan tanah, air keluar daripada tebing dan sebagainya. Kat bawah ni ada info secara detail...So, kalau ada tanda-tanda ni kita kenalah alert & inform kat pihak berkuasa
- Kecondongan pada tiang telefon/letrik, pokok, dinding penahan atau pagar.
- Keretakan ketara dan mendadak pada lantai konkrit.
- Garisan lurus pagar menjadi bengkang-bengkok.
- Struktur sampingan seperti kaki lima atau ruang lain senget/bergerak daripada struktur utama rumah.
- Kepecahan serta kebocoran pada paip air.
- Pintu serta tingkap rumah tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.
- Penjelmaan mata air atau tanah basah melampau yang tidak pernah terdapat atau belum pernah terjadi.
- Retakan baru serta pembengkakan tanah, jalan atau kaki lima.
- Pemendapan ketara permukaan jalan.
Sekarang ni pun area Lembah Klang tiap-tiap petang hujan lebat siap dengan kilat sabung-menyabung...area ni memang banyak rumah yang kat cerun-cerun bukit...kalau lalu tengok pun ngeri...hope, perkongsian info ni dapat manfaat kepada semua especially kepada yang tinggal berhampiran lereng-lereng bukit, berdekatan curam & kawasan yang padat dengan pembinaan atau pembangunan infrastruktur
Ucapan takziah untuk Warga Rumah Anak Yatim Al-Taqwa...
*nota kaki berbau:
Tanah Runtuh = Semula jadi (Jumlah taburan hujan), Pembangunan di kawasan tanah tinggi, Aktiviti pembalakan tanpa kawalan #
4 KOMEN:
subhanallah, sekelip mata je klu dh nak berlaku kan
apapun, takziah semua semua mangsa dan keluarga
al-fatihah buat semua arwah
semoga roh mereka dicucuri rahmat
amin
takziah buat keluarga mangsa,.trkjut tgk brite ni smlm,.
errmm,sbnrnye CM ade tagged odah kt sni,.
http://zaihazrasulaiman.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
hik3,.sile lah join klu sudi,.
Alfatihah utk mangsa yg telah meninggal dunia..sedih kan..skrg ni takut nak duduk rumah yg dekat2 dgn bukit...
yela time musim ujan ni mmg rasa xselamat duduk umh kat cerun2 ni...tdo pun xlena
Post a Comment