Farahiyah (kiri) dan Chua Shyang Chyi menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Kejuruteraan Awam. |
IPOH - Dua pelajar orang kelainan upaya (OKU) membuktikan kecacatan mereka bukan halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran. Farahiyah Hussin, 23 dan Chuah Shyang Chyi, 22, yang mengalami masalah pendengaran sejak kecil masing-masing menerima Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan) pada Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-40 di sini semalam.
Dua bekas penuntut Sekolah Menengah (SM) Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang itu masing-masing meraih keputusan Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.83 dan 3.53. Menurut Farahiyah, dia dan para pelajar senasib seperti Shyang Chyi sudah mula mengulang kaji sejak semester pertama untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.
"Kami bernasib baik kerana sentiasa mendapat sokongan tenaga pengajar biarpun terpaksa mengikuti pengajian bersama pelajar normal lain," katanya dalam bahasa isyarat yang diterjemah oleh kakak ketiganya, Hamidah, 36.
Mereka ditemui selepas menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar pada sidang pertama Majlis Konvokesyen PUO ke-40 di Dewan Jubli Perak, PUO di sini semalam. Shyang Chyi dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula kini berkhidmat sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat pembinaan tidak jauh dari rumahnya setelah tamat pengajian akhir tahun lalu.
SUMBER : Kosmo
Tahniah pada student OKU PUO berdua ni...
Aku tumpang gembira sebab dulu aku pernah bantu lecturer PUO untuk mengajar 2 orang student ni...ayat nak menumpang glamer...hoho...bukan mengajar just jadi Jurubahasa Isyarat untuk diaorang jek...student ni deaf & lecturer yang mengajar tak mahir sangat gunakan Bahasa Isyarat...
Lagipun ada deaf student yang join kelas bersama-sama pelajar normal...of courselah lecturer akan mengajar gunakan bahasa lisan sebab majoriti student kat dalam kelas tu boleh mendengar...so, aku pun menghulurkan bantuan sebagai Jurubahasa Isyarat...kalau tak ada jurubahasa jadilah macam ayam berbual dengan itik...dua-dua lost tak faham

Diaorang ni memang bijak tapi sebab tak boleh mendengar agak susah ilmu tu nak sampai kat diaorang...ramai lagi deaf student yang berpotensi jadi pelajar cemerlang cuma takde yang guide diaorang, so tak bolehlah nak berjaya...
Kalau kat negara maju setiap deaf student akan ada Jurubahasa Isyarat masing-masing...tapi, negara kita Malaysia ni masih agak mundur & jauh terkebelakang daripada segi ni...boleh kira berapa kerat sangat Jurubahasa Isyarat kalau nak dibandingkan dengan Orang Pekak yang ada kat Malaysia...jawatan Jurubahasa Isyarat yang official pun belum create lagi kat dalam JPA...kalau nak capai status negara maju sekurang-kurangnya negara kita mesti ada 300 orang Jurubahasa Isyarat

Kalau dalam exam SPM orang buta dibantu dengan kertas soalan dalam bentuk tulisan braille, tapi bagi pelajar pekak diaorang gunakan set soalan yang sama macam student normal yang lain sedangkan bahasa tulisan diaorang bukan sama macam bahasa yang kita gunakan...rujuk entry ni kalau nak belajar bahasa orang pekak...ALA ALA DIN PART 1
Sebab tu kita tengok orang buta lebih berjaya kalau nak dibandingkan dengan orang pekak...lagipun ilmu tu lebih senang nak disampaikan melalui lisan berbanding visual...contohnya cuba terangkan maksud fotosintesis kepada orang pekak...nak tergeliat jugak tangan aku nak terangkan...tapi kalau guna bahasa lisan senang jek...
Dalam bab ilmu agama pun orang pekak agak terkebelakang berbanding orang buta...bab mengaji Al-Quran tu maybe memang agak mustahil nak ajar diaorang...sebab orang pekak biasanya automatik bisu especially yang pekak sejak lahir lagi...tapi at least basic agama wajib kita sampaikan kat golongan pekak

Sebab apa aku gunakan perkataan Orang Pekak bukan Orang Bermasalah Pendengaran atau Orang Kurang Upaya Pendengaran bolehlah baca entry yang ini "ALA ALA DIN PART 2" ....sama jugak kalau dulu dipanggil golongan cacat, kemudian ditukar jadi Orang Kurang Upaya, sekarang ditukar pulak jadi Orang Kelainan Upaya...hurufnya tetap sama OKU, orang yang dirujuk tetap sama
So, buat pelajar khas PUO yang aku pernah bersama-sama diaorang seperti gambar kat bawah ni, tahniah sebab berjaya menghabiskan sijil mahupun diploma korang...One Deaf One Community One Malaysia
So, buat pelajar khas PUO yang aku pernah bersama-sama diaorang seperti gambar kat bawah ni, tahniah sebab berjaya menghabiskan sijil mahupun diploma korang...One Deaf One Community One Malaysia
*nota kaki berbau :
Orang lumpuh dikebumikan bersama-sama wheel chairnya (wilcha), orang buta dikebumikan bersama-sama tongkatnya, orang pekak dikebumikan bersama-sama Jurubahasa Isyaratnya???
10 KOMEN:
tu lah org kata dimana ada kemahuan di situ ada jalan..jangan jd kan kelemahan satu alasan utk berjaya ye tak?
kalau depa boleh berjaya harus yg cukup sifat ni rasa malu dan kuatkan semangat utk berjaya jugak...
adeh malu..
kenangan malas di zaman skolah menerjah kembali =x
sokong dgn kamu semua yg kat atas ni...yg buat kita xbjaya sbb xmau cuba & malas...di mana ada semut di situ ada gula...dimana ada lalat disitu ada tahi lalat...oppss lari tajuk pulak....hoho...
yang tak berjaya tu punpekak gak, buat buat tak dengar nasihat orang....
kal betul2 niat nak blaja, sume boleyh..xda alasan da...kan
Perghh..ni yang rasa tercabar ni..
Hehe..
Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri
replica bags online shopping replica bags los angeles replica bags dubai
over here home next see website link next page
replica bags aaa have a peek at this website e0r25g7w45 replica bags new york top article f5k73t5h70 louis vuitton replica handbags replica bags vuitton s5a74n8u14 replica goyard bags look at more info a0n23q0i09 replica bags and watches
Post a Comment