Showing posts with label colour of life. Show all posts
Showing posts with label colour of life. Show all posts

25 May 2011

PELAJAR PEKAK PUN BOLEH BERJAYA


Farahiyah (kiri) dan Chua Shyang Chyi menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Kejuruteraan Awam.


IPOH - Dua pelajar orang kelainan upaya (OKU) membuktikan kecacatan mereka bukan halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran. Farahiyah Hussin, 23 dan Chuah Shyang Chyi, 22, yang mengalami masalah pendengaran sejak kecil masing-masing menerima Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan) pada Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-40 di sini semalam.

Dua bekas penuntut Sekolah Menengah (SM) Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang itu masing-masing meraih keputusan Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.83 dan 3.53. Menurut Farahiyah, dia dan para pelajar senasib seperti Shyang Chyi sudah mula mengulang kaji sejak semester pertama untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.

"Kami bernasib baik kerana sentiasa mendapat sokongan tenaga pengajar biarpun terpaksa mengikuti pengajian bersama pelajar normal lain," katanya dalam bahasa isyarat yang diterjemah oleh kakak ketiganya, Hamidah, 36.

Mereka ditemui selepas menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar pada sidang pertama Majlis Konvokesyen PUO ke-40 di Dewan Jubli Perak, PUO di sini semalam. Shyang Chyi dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula kini berkhidmat sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat pembinaan tidak jauh dari rumahnya setelah tamat pengajian akhir tahun lalu.

SUMBER : Kosmo

Tahniah pada student OKU PUO berdua ni...

Aku tumpang gembira sebab dulu aku pernah bantu lecturer PUO untuk mengajar 2 orang student ni...ayat nak menumpang glamer...hoho...bukan mengajar just jadi Jurubahasa Isyarat untuk diaorang jek...student ni deaf & lecturer yang mengajar tak mahir sangat gunakan Bahasa Isyarat...


Lagipun ada deaf student yang join kelas bersama-sama pelajar normal...of courselah lecturer akan mengajar gunakan bahasa lisan sebab majoriti student kat dalam kelas tu boleh mendengar...so, aku pun menghulurkan bantuan sebagai Jurubahasa Isyarat...kalau tak ada jurubahasa jadilah macam ayam berbual dengan itik...dua-dua lost tak faham

Diaorang ni memang bijak tapi sebab tak boleh mendengar agak susah ilmu tu nak sampai kat diaorang...ramai lagi deaf student yang berpotensi jadi pelajar cemerlang cuma takde yang guide diaorang, so tak bolehlah nak berjaya...


Kalau kat negara maju setiap deaf student akan ada Jurubahasa Isyarat masing-masing...tapi, negara kita Malaysia ni masih agak mundur & jauh terkebelakang daripada segi ni...boleh kira berapa kerat sangat Jurubahasa Isyarat kalau nak dibandingkan dengan Orang Pekak yang ada kat Malaysia...jawatan Jurubahasa Isyarat yang official pun belum create lagi kat dalam JPA...kalau nak capai status negara maju sekurang-kurangnya negara kita mesti ada 300 orang Jurubahasa Isyarat

Kalau dalam exam SPM orang buta dibantu dengan kertas soalan dalam bentuk tulisan braille, tapi bagi pelajar pekak diaorang gunakan set soalan yang sama macam student normal yang lain sedangkan bahasa tulisan diaorang bukan sama macam bahasa yang kita gunakan...rujuk entry ni kalau nak belajar bahasa orang pekak...ALA ALA DIN PART 1

Sebab tu kita tengok orang buta lebih berjaya kalau nak dibandingkan dengan orang pekak...lagipun ilmu tu lebih senang nak disampaikan melalui lisan berbanding visual...contohnya cuba terangkan maksud fotosintesis kepada orang pekak...nak tergeliat jugak tangan aku nak terangkan...tapi kalau guna bahasa lisan senang jek...


Dalam bab ilmu agama pun orang pekak agak terkebelakang berbanding orang buta...bab mengaji Al-Quran tu maybe memang agak mustahil nak ajar diaorang...sebab orang pekak biasanya automatik bisu especially yang pekak sejak lahir lagi...tapi at least basic agama wajib kita sampaikan kat golongan pekak

Sebab apa aku gunakan perkataan Orang Pekak bukan Orang Bermasalah Pendengaran atau Orang Kurang Upaya Pendengaran bolehlah baca entry yang ini "ALA ALA DIN PART 2" ....sama jugak kalau dulu dipanggil golongan cacat, kemudian ditukar jadi Orang Kurang Upaya, sekarang ditukar pulak jadi Orang Kelainan Upaya...hurufnya tetap sama OKU, orang yang dirujuk tetap sama


So, buat pelajar khas PUO yang aku pernah bersama-sama diaorang seperti gambar kat bawah ni, tahniah sebab berjaya menghabiskan sijil mahupun diploma korang...One Deaf One Community One Malaysia



*nota kaki berbau :
Orang lumpuh dikebumikan bersama-sama wheel chairnya (wilcha), orang buta dikebumikan bersama-sama tongkatnya, orang pekak dikebumikan bersama-sama Jurubahasa Isyaratnya???

26 October 2010

KU LIHAT HIJAU


"Hijau Bumi Tuhan"

Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentang makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Kadang-kadang kita tak perasan yang hidup kita ni dikelilingi oleh benda2 yang unik yang penuh dgn pelbagai warna...itulah yang dipanggil warna2 kehidupan...tapi bila kita duk sorang2 & takde benda nak wat baru kita akan perasan akan kehadiran benda2 macam ni yang selama ni bersama2 dengan kita tanpa disedari akan kehadirannya...

Gambo2 ni aku tangkap guna kamera handset sony cybershot jek xmampu nak beli kamera digital or SLR or DSLR...so apa yang ada kita layan bersama2



Ini entrance pintu bilik aku yang berwarna hijau kehijauan saujana mata memandang...gambo ben 10 ni anak sedara aku kimie yang suruh lekatkan kat pintu...aku ikutkan jek...tapi cantik gak ek sesuai dgn theme ijau


Tudung saji penutup makanan ni ayah aku baru beli...benda alah ni yang wat aku noticed akan kehadiran unsur2 hijau yang meresap kat dalam umah aku ni...macam jahat jek bunyinya

Berus gigi ijau ni bukan aku yang punya...maybe time kenduri kahwin hari tu ada orang yang tertinggal kat dalam toilet...xpelah boleh interframe skali wat cukupkan corum

Berus jamban pun tak mau ketinggalan gak nak join the green familia...glamerlah gak walaupun tugas die sangat tidak glamer dan mencabar...dah banyak berjasa dah patut tukar yang baru pun...tapi tak taulah kaler apa plak pasni...tunggu...

Kotak ijau ni ialah slimming tea my father...untuk buang toxin dalam badan sekali...kalo bapak aku guna produk jusmate5 Dr Rozmey tak dapat aku nak upload gambo kat entri ni coz kotak die kaler pink...minum teh ni akan menyebabkan kita kuar masuk toilet berulang kali...aku bukan nak promote produk ni just sebagai ayat penyata...lu slimlah beb!!!

Gambo diatas ialah penapis air teh or kopi...pun nak kaler ijau gak padahal banyak lagi kaler2 kat dalam dunia ni kaler kelabu taik anjing, coklat taik, biru air laut, merah hati, kuning langsat, kaler lemak ketam, tapi tetap nak pilih ijau jugak

Yang ni pintu bilik my mum...kat dinding tu wallpaper kaler ijau aku gak yang tampal...lawa gak aku tampal...beri salam dan ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik orang jangan main redah sebarang jek

Ini lukisan yang tergantung kat dinding luar sebelum masuk ke bilik aku...dinding ni dulu aku yang cat waktu kudrat aku masih kuat dulu...nak cat dinding ni dulu macam2 problem...tengah cat syok2 skali cat tak cukup, so aku pun g beli lagi 1tin cat nak sambung kerja2 mengecat...skali cat ni kaler lain daa...padahal kat luar tulis nombor cat yang sama jenama pun sama kedai yang sama harga pun yang sama tokey yang sama gak tapi awat kaler tak sama???...

My botol air...pun tak lari dari theme ijau...bukan aku yg beli tapi akak aku yang bagi...bagus botol air ni dah banyak berjasa pada tuannya...waktu aku dahaga die yang membantu menghilangkan kehausan (berkat rahmat dari Allah)...tapi waktu aku dahagakan kasih sayang die tak boleh nak membantu...chet...dasar botol air

Konon2 ni shoot yang menariklah...ditengah2 kehijauan padahal takde apa pun...cuma ada tambahan item raga yang jaring2 tu...benda ni dapat time kenduri kahwin orang bagi wat goodies bag letak telur kat dalam tu, cara gak

Kotak tisu, pendrive, cawan milo, bam serai, aku punya Jcard yg dah xpired sumenya ada sentuhan ijau...krim halia yang odah jual pun tag die kaler ijau...belilah krim halia yang odah jual ni murah jek RM10

Sesuai untuk sesiapa yang nak ilangkan spare tyre kat perut, legakan sengal2 kat badan & sendi2, pecahkan angin & lemak, kembung perut...bagus krim halia campur susu kambing ni dah terbukti berkesan ramai yang dah order & gunakan...cuma stok jek takde & susah nak dapat...penat aku promote ni dapatlah kamsen hendaknya

<
<
<

Ni baru kat dalam umah aku jek belum tgk kat luo sana tu...cuba jenguk kat luar sana tu betapa indahnya alam ciptaan Allah yang maha esa...memang sesuailah dgn lagu tema aku hijau bumi tuhan...kita belalah bersama-sama kita jagalah harmoninya...

Pesanan khidmat masyarakat ini di bawa oleh OdahOne Group CSR (Corporate Social Responsibility)


*nota kaki berbau : warna ijau terhasil daripada campuran warna kuning dan biru, abadikan keindahan ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...