Sure ramai yang dah baca berita tentang Tiga Beradik Hilang Dihanyut Kepala Air...kejadian berlaku kat kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul
KUALA PILAH: Tiga beradik hilang sekelip mata akibat fenomena ‘kepala air’ di Sungai Ulu Bendul dalam kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini, menyebabkan mereka dihanyutkan air deras ketika sedang mandi, petang semalam.
Kalau ikut pengalaman aku yang rajin mandi air terjun ni, bila hujan memang aku cepat-cepat naik atas tak lepak kat kawasan air even hujan renyai rintik-rintik pun...sebab yang kita tengok tu cuma hujan dikaki gunung or bukit tapi kat atas gunung tu sebenarnya hujan yang turun lagi lebat daripada hujan yang kat bawah tu...orang panggil hujan gunung or hujan bukit...aku dapat info ni pun dari Orang Asli yang aku jumpa kat Gunung Ledang waktu camping dulu...diaorang memang banyak experience tentang fenomena macam ni
Ada certain kawasan perkelahan contohnya Kawasan Rekreasi Air Terjun Gunung Ledang setiap kali hujan pihak security akan bunyikan siren & suruh para pengunjung jangan lepak kat kawasan air...lagipun dulu pernah terjadi kejadian lebih kurang macam kat Ulu Bendul tu kat Gunung Ledang...aku pun tak ingat tahun bila tapi yang mati ramai gak...lepas dari kejadian tu diaorang ambil langkah pasang siren setiap kali hujan & suruh orang ramai jangan hampiri kawasan air...kena tunggu sampai hujan berhenti...ada jugak orang yang degil tetap nak mandi tak hirau bunyi siren
Tapi, kenapa diaorang tak buat sistem macam tu kat semua kawasan perkelahan air terjun kat Malaysia ni...takkan nak tunggu ada yang mati kat kawasan tu baru nak pasang...dengar cerita kat kawasan Ulu Bendul memang tak pernah terjadi lagi kejadian fenomena kepala air ni...lepas ni sure diaorang pasang kot sebab dah ada kejadian macam ni...like always...we are proud to be Malaysian
My father dulu memang pantang kalau aku & adik-beradik yang lain cakap nak mandi air terjun bila time-time musim hujan ni...kalau dulu memang aku memberontak sebab excited sangat nak mandi-manda dengan member-member...pergi naik basikal pun aku sanggup...lagipun Gunung Ledang dengan rumah aku tu tak jauh mana pun kalau naik bas...maybe sebab nak elakkan terjadinya perkara-perkara macam ni sebab tu my father larang agaknya...insaf-insaf, my father is a hero!
Lagi satu kawasan air terjun ni memang port muda mudi bercengkerama...ramai orang yang buat maksiat kat area air terjun...tak kesah lah kat kawasan air terjun kat mana pun....sure benda yang sama kita nampak...memang port paling popular maybe sebab free kot tak payah bayar sewa bilik...suasana pun tenang & damai sambil diiringi deruan air terjun
Apa itu Kepala Air???
Bila aku search apa makna kepala air ni ada pulak yang buat lawak air dah naik kepala...dah lain maknanya tu...entahlah tapi yang ni aku dapat dari sumber Wikipedia bukan lawak-lawak punya
Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya :
---> Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat (senang cerita kalau nampak hari macam nak hujan tu tak payahlah turun mandi air terjun)
---> Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
---> Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air)
---> Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu, Air Terjun Gunung Ledang...kalau dah dengar bunyi siren jangan degil-degil nak mandi jugak, cepat-cepatlah naik atas)
SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepala_air
Harap-harap info ni dapat beri manfaat bagi kita semua...berhati-hatilah kalau nak mandi air terjun tak kiralah either kanak-kanak or orang dewasa...last sekali, ucapan takziah untuk kesemua ahli keluarga mangsa 3 beradik yang terlibat dengan kejadian di Ulu Bendul kelmarin...Al-Fatihah...hope diaorang tabah menghadapi ujian dari Allah Taala...buat yang lain ada sesuatu yang boleh kita pelajari...
*nota kaki :
..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya...(Al-Baqarah : 216)
12 KOMEN:
Thanks for information!!!
kena berhati2 lah kan,terutama kalau pergi dgn anak2,mereka tahu seronok aje..
bagus info tu...mmg bahaya lah..sian dak2 tu dah lah kecik lagi...
em..mai lah join GA saya...
http://ourlovenlife.blogspot.com
yup, sian gak kat parents bdk2 tu...3org anak hilang sekaligus...
al-fatihah..
takziah bg keluarga bkenaan..
berat mata mmandang, berat lg bahu mmikul..
mujur i tak suka mandi sungai or laut.
fobia kut.
papepun al-fatihah buat semua mangsa.
T_T
nak selamat mandi jek kat pool...tu pun ada jugak kes yg mati lemas...yg pntg sekali berhati-hati especially bila bwk budak2...dieorg mmg suka main2 air ni...air shower kat blk air pun dieorg suka main
teman taw pasal fenomena nih, tapi tak berkesempatan lagi nak tengok.. macam mana le yp keadaannya..
tQ for the infor... amat berguna.
wuu.musim ujan xbrani nak mandi aer terjun ke sungai ke.ngeri.
nike air max 97
adidas ultra boost
goyard
yeezy boost 350
off white hoodie
golden gooses outlet
authentic jordans
balenciaga sneakers
off white jordan 1
louboutin shoes
his explanation click this link now more my website link Check This Out
Post a Comment